Penulis : Munie Asra
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Galeri Ilmu
Bilangan Mukasurat : 268
Tarikh Terbitan : 2011
ISBN : 978-983-097-333-3
Rating : ★★★★
Ulasan :
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA aku telah diberi kesempatan dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya yang hebat ini. Pertama kali membedah siasat karya penulis ini, aku kira kisah cinta luhur syahdu ini boleh di kategorikan sebagai novel tarbiah dan kisah ini boleh dijadikan sebagai iktibar dan panduan hidup para pembaca.
Walaupun aku kurang menyukai gaya bahasa yang digunakan dalam karya ini kerana ayat-ayat yang digunakan dalam karya ini agak formal dan seperti ayat sastera je dan kurang daya tarikan dengan penggunaan dialog/monolog yang agak biasa-biasa je tak ada ayat-ayat jiwang yang boleh membuai rasa di hati pembaca. Namun, penulis berjaya menterjemahkan tema dan persoalan dalam karya ini dengan begitu terkesan dihatiku. Apa yang pasti, jika pembaca dapat menghayati jalan cerita dan setiap baris ayat dari karya ini sehingga ke akhir cerita pasti pembaca dapat merasai sesuatu yang boleh mengundang pelbagai rasa di hati, menyedarkan dan menginsafkan.
Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui karya hebat ini. Terima kasih dan tahniah kepada penulis karya ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang bukan hanya dapat dijadikan sebagai inspirasi, malah juga dapat dijadikan sebagai panduan hidup untuk menjadi wanita solehah insya-Allah. Semoga karya ini dapat memberi pengajaran berguna kepada kita semua.
Sinopsis
Fazura, seorang novelis muda memenuhi masa lapang di Rumah Anak Yatim Baiduri. Di situ, dia berkenalan dengan sorang lelaki Cina tua. Fazura tidak menyedari bahawa lelaki itu adalah Tan Sri Koh, seorang hartawan Malaysia.
Alan Koh, cucu Tan Sri Koh dipaksa berkahwin dengan Fazura. Sekiranya dia ingkar, datuknya mengugut untuk menarik kembali harta dan perniagaannya. Fazura mengidap leukemia tetapi merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan Alan kerana dia tidak inginkan cinta yang lahir dari simpati.
Pada saat Fazura dan Alan mula rapat, muncul Andy Azman, seorang pemuda yang Islam pada nama menaruh perasaan pada Fazura. Adakah Alan akan melepaskan cintanya ? Mampukah Fazura bertahan dengan penyakit leukemianya ? Mampukah Andy menghadapi ujian cinta dari-Nya ?
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
A picture worth a thousand words
Fill you heart with kindness and love, you will never regret
Lebih baik memiliki seorang sahabat yang setia daripada memiliki seribu kawan yang ada hanya seketika
Muhammad al Ghazali berkata sejarah itu umpama orang tua yang menceritakan pengalamannya kepada anak-anaknya untuk memberi inspirasi kepada mereka dalam membina masa depan. Orang tua itu harus bijak dan cerdik, sehingga nasihat dan pesanannya bermanfaat
Baik atau buruk sesuatu perlakuan pada zaman lalu tidak perlu diubah untuk menyedapkan mata pembaca, kerana di sebalik kebaikan dan keburukan itu pasti terselit pengajaran untuk generasi kemudian
Ya Allah, sujudku hanya untuk-Mu yang satu, junjunganku hanya kekasih-Mu Muhammad. Aku ini hanya hamba yang lemah segalanya. Aku bersyukur dengan nikmat kurnian-Mu. Engkau telah memberi hidayah kepada suamiku. Engkau jadikan suamiku seorang yang beriman. Ya Allah ku mohon pada-Mu, janganlah Engkau lenyapkan iman ini dari hatiku dan hati suamiku
Kadang-kadang perlu juga ada tekanan untuk berjaya. Tekanan jika diurus dengan baik, akan menghasilkan sesuatu yang hebat
Hidup adalah pilihan, kerana sentiasa ada pilihan.
Tidak sukar untuk memilih tapi sukar untuk memahami pilihan
Ya Allah jadikan cinta ini cinta yang terakhir untuk kami, cinta antara seorang lelaki dan perempuan yang diikat dengan ikatan yang halal. Cinta yang mendapat keredhaan-Mu agar nikmat ini bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat sana. Aku mohon pada-Mu ya Allah, jadikanlah isteriku pendampingku di syurga-Mu supaya kami dapat meneruskan cinta kami selamanya
Cinta kepada kekasih adalah mesra, cinta kepada ibu bapa adalah murni
tetapi cinta kepada Allah adalah abadi
... lagu Ku Mohon - Sheila Majid ...
No comments:
Post a Comment