Penulis : Nazurah Aishah
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Tarikh Terbitan : Oktober 2010
ISBN : 978-967-5118-44-3
Rating : ★★★★
Ulasan :
Bukan Dipaksa adalah salah satu cerita dalam karya Warna (3 Ceritera Dalam Sebuah) yang menghimpunkan karya tiga penulis iaitu Warna I - Nazurah Aishah, Warna II - Rnysa dan Warna III - Nasz. Aku dah baca 2 daripada 3 cerita yang terdapat dalam buku ni. Kalau nak tau tentang Warna III boleh klik link Karamel.
Ini adalah buku keempat penulis yang telah kubaca selepas Bukan Hanya Ada Kita, Rahsia Hati Sofia dan Lili Buat Najah. Walaupun kisah ini tidaklah sesedih ketiga-tiga karya yang telah kubaca sebelum ini. Namun, kisah ini juga mengundang pelbagai rasa dihati. Cik Penulis memang bijak mencorakkan jalan cerita dan membuai emosi pembaca sehingga aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang dah berlaku pada Affan dan Ayu nih, diorang dah terlanjur ke apa ? macam-macam andaian dalam kepala otak aku dan tak sabar-sabar nak tahu kesudahan kisah ini. Memang berat ujian yang terpaksa ditanggung oleh Ayu akibat daripada tindakan melulu yang telah mereka ambil. Rupanya ada rahsia besar yang disimpan kemas antara mereka dan hanya tersingkap di akhir cerita. Adoiii memang tak puas hati betul baca karya pendek ni sebab akhiran ceritanya terlalu sedikit dan mendadak.
Satu lagi kisah realiti kehidupan yang nampak macam biasa-biasa je tetapi dengan gaya bahasa yang mudah dan selamba ada mesej yang baik untuk diteladani oleh pembaca.
Sinopsis
Cerita tentang Nardine Zahiyyah dan Affan Hakeem yang telah bernikah di sempadan Thailand tanpa pengetahuan keluarga sebelum mereka melanjutkan pelajaran di luar negara. Affan telah dipaksa bercerai oleh ibunya, Hajah Normah. Perkahwinan itu tidak pernah diketahui oleh orang lain selain daripada mereka bertiga. Affan yang pada ketika itu sedang menuntut di Ireland kembali menyambung pengajiannya tanpa mengetahui bekas isterinya itu sedang mengandung.
Nardine Zahiyyah atau dipanggil Ayu oleh keluarganya pula terbang ke Australia dan tidak pernah pulang sehingga tamat pengajian. Affan cuba mencari Ayu di Australia namun tidak berhasil. Sekembalinya mereka ke kampung halaman, Ayu cuba menjauhkan dirinya daripada Affan. Konflik keluarga menjadi penyebab hubungan mereka menemui jalan buntu. Namun Affan tidak pernah jemu berusaha untuk memenangi hati Ayu dan memujuknya agar mereka kembali bersama. Dengan panggilan nenek, kemunculan budak perempuan bernama Alani Hadfina Nayli di rumah Affan telah mencairkan hati keras emak Affan untuk mengaku kesilapannya dan menerima kembali serta menyambung semula ikatan kasih sayang di antara Affan dan Ayu.
... lagu Kupendam Sebuah Duka - Khadijah Ibrahim ...
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...
No comments:
Post a Comment