Fiy Square




Penulis   :  L
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni
Bilangan Mukasurat : 533
Tarikh Terbitan : Oktober 2015
ISBN : 978-967-0851-14-3
Rating : 



Ulasan :

Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA, aku berjaya mendapatkan karya yang telah sekian lama kucari-cari selama ini dan dapat menghayati karya pertama penulis hebat ini. 


Perrgghhh, apa yang aku boleh tulis kat sini, Subhanallah sebuah kisah yang sungguh meruntun jiwa dan tak terkata pada sesiapa sahaja yang dapat menghayati jalan cerita yang penuh emosi dan mencengkam pelbagai rasa di hati. Ternyata selepas membaca setiap baris ayat dari karya ini aku jadi sesak nafas, bengkak mata nangis tersedu sedan, keluar air hidung, sakit dada dan buat aku takut dan insaf dengan kejahilan diri ini.

Sejujurnya, watak Fiyya dan Hafiy dalam karya ini buat aku termenung panjang dan memaksa otak aku untuk berfikir dan berfikir lebih jauh lagi atas apa yang berlaku dalam cerita ini. Adakah aku mampu menghadapi segala ujian dan takdir seperti dalam kisah ini ? Tepuk dada tanya iman. Inilah kebenaran hidup yang harus kita terima walaupun amat payah kerana setiap manusia akan diuji dengan pelbagai dugaan. Ada sebab kenapa ALLAH uji kita kerana DIA nak tengok sejauh mana kesabaran, ketaatan dan keimanan kita terhadapNYA. Kita kena sentiasa ingat, segala apa yang ada di muka bumi ini hanya milik DIA dan segala-galanya adalah pinjaman daripada DIA. Dan apa yang kita perlu ingat, ALLAH sentiasa ada di sisi kita dan sangat menyayangi hamba-hambaNYa yang sentiasa sabar dalam menghadapi dugaanNYA.

Kisah ini bukan sahaja mampu menyentuh dan melentur setiap hati dan jiwa yang masih kontang dan beku. Malah kisah ini juga mengajak pembaca untuk sama-sama spot check diri, muhasabah diri, belajar, fahami dan beramal dengan ayat-ayat cinta al-Quran dan sunnah. Penawar segala penyakit dan masalah adalah vitamin daripada ALLAH iaitu al-Quran (vitamin Q) dan kena sentiasa ada dalam hati kita kerana ia adalah petunjuk jalan bahagia dunia dan akhirat.  


Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui karya hebat ini. Walaupun cerita ni nampak macam biasa-biasa je tetapi memang berbaloi-baloi aku baca cerita ni. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi pengajaran kepada kita semua. Ucapan terima kasih daripada hatiku yang paling dalam dan tahniah kepada penulis karya hebat ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang menggetarkan jiwa dan ragaku.


T.E.R.B.A.I.K. 




 
Sinopsis


Nur Safiyya Sumayyah (Fiyya) dan Muhammad Hafiy (Afiy) rapat sejak kecil. Pada Fiyya, Afiy itu sahabat terbaiknya. Tapi, ada ke lelaki dengan perempuan boleh jadi kawan tanpa rasa apa-apa?

Dan rasanya…mereka seakan terperangkap dalam formula Fiy x Fiy = Fiy²

Akan tetapi, tiba-tiba Afiy pergi bertemu penciptanya meninggalkan Fiyya yang menyimpan seribu sesalan di hati. Tiada lagi Fiy² buat Fiyya.




Muhammad Hafiy Azib (Hafiy) yang jatuh cinta pandang pertama pada Fiyya cuba mendekati gadis pendiam yang penuh rahsia itu. Dia cuba membina semula formula Fiy² namun tak pernah dipedulikan oleh Fiyya.

“Adakah akan ada lukisan warna-warni-Nya sesudah hujan?”
“Lukisan warna-warni?”
“Maksud saya pelangi. Agar ia mewarnai hidup awak semula.”

Kemudian, mereka dipertemukan semula di bumi UK. Segala-galanya terasa sempurna buat mereka. Seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah pada satu hari. Pada hari itu. Hari yang menjadi titik perubahan dalam hidup mereka sekali lagi, yang mengubah segala-galanya….
 





Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-



Terkadang, kita tidak sedar bahawa dialah orangnya. Sehingga dia tiada lagi di sisi kita ... 

 Surah al-Kahfi A10
... wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami daripada sisiMU dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)

Setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai jenis ujian. Just like taking an exam. If you pass, then you will get the reward. In this case ALLAH will shower you with HIS mercy and grant you HIS Jannah, insya Allah

Life x Test = Reality

Ujian dan realiti. 
Dua perkara yang saling berkait dalam kehidupan
Memang tak boleh nak lari

Live life to the fullest, with HIS guidance, with al-Quran and sunnah. 
Kena hargai hidup ini kerana belum tentu lagi esok kita masih bernafas di muka bumi ini

Har pal yahan, jee bhar jiyo
Jo hai samaa, Kal ho naa ho
Live every moment here, to the fullest
Whatever there is today, may not be there tomorrow

Ya ALLAH, bimbinglah aku sehingga aku selamat kembali kepadaMU dalam keadaan Engkau meredaiku

ALLAH is leading you somewhere, no matter what's going on in your life
Everything is the way it is for a reason
Have faith in ALLAH's plan 

Bittaufiq Wannajah fil imtihan
semoga  berjaya dalam peperiksaan


... lagu Bila Tiba - Ungu ... 




... lagu PadaMu ku Bersujud - Afgan ... 





kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye... 
L  


 L, penulis berbakat yang berasal dari Bentong, Pahang ini merupakan lulusan Universiti Sains Malaysia (USM).  Fiy Square merupakan karya pertamanya bersama Jemari Seni. Beliau aktif di Facebook, L Fiy Square dan boleh juga dihubungi melalui e-mel,  lwriter145@gmail.com

 

No comments:

Post a Comment