Penulis : Noor Suraya
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 482
Tarikh Terbitan : 2009
ISBN : 978-967-5118-27-2
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA, aku berjaya mendapatkan karya yang telah sekian lama kucari-cari selama ini dan dapat menghayati karya pertama penulis hebat ini. Memang betul tulisan Noor Suraya pasti meninggalkan kesan yang mendalam di hati pembaca. Cuba baca ye kalau tak percaya.
Apa yang aku boleh tulis kat sini, Subhanallah sebuah kisah yang sungguh meruntun jiwa pada sesiapa sahaja yang dapat menghayati jalan cerita yang penuh pengajaran dan mencengkam pelbagai rasa di hati ini.
Watak Jaja dalam karya ini buat aku berfikir lebih jauh lagi atas apa yang berlaku dalam cerita ini. Aku dan Jaja hampir punyai persamaan. Mulanya aku rasa Jaja dan Din ni macam tak padan je. Adoi pulak tu perigi cari timba. Namun siapa kita ni nak pertikaikan jodoh yang telah ALLAH tetapkan untuk setiap hambaNya betul tak ??? Betapa beruntungnya Jaja kerana telah ditakdirkan ALLAH bertemu dengan seorang lelaki dan suami bernama Din yang bukan hanya mampu membimbingnya menjadi seorang wanita solehah yang sebenar malah dapat mengubah keseluruhan perangai dan peribadi Jaja.
Secara keseluruhannya aku memang sudah jatuh suka berganda-ganda dengan cara penulis mengolah setiap watak dan mainkan jalan cerita ni. Walaupun gambar cover depan seperti kurang menarik dan cerita ni nampak macam biasa-biasa dan sempoi je jalan ceritanya tetapi ada mesej yang amat baik dan boleh diteladani oleh pembaca. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui karya hebat ini melalui kisah-kisah sirah dan para Nabi. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi pengajaran kepada kita semua. Ucapan terima kasih daripada hatiku yang paling dalam dan tahniah kepada penulis karya hebat ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang mampu menyedarkan dan buat pembaca muhasabah diri dan berusaha berubah untuk menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah insya Allah.
Bahagia itu bukan sepertimana yang orang nampak, tetapi sebagaimana yang kita rasa.
T.E.R.B.A.I.K.
Sinopsis
❤ Cinta pandang pertamakah ini... ✽
Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat
jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan
Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun
sedetik, lalu apa tindakan anda?
A. katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
B. rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
C. kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
D. segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar
Ⓐ Ⓑ Ⓒ Ⓓ
Jaja (Faiza) telah memilih C ✔
cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala
‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!
Implikasinya:
[✉¿∫∞Ωπ䮉¾]
Abah: " Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu! "
Mama: " Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja? "
Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan
Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang
media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din (Burhanuddin al-Helmy) nanti?
♡ rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana
ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...❀
... lagu Nur Kasih - Inteam ...
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...
No comments:
Post a Comment