JAJA & Din



Penulis   :  Noor Suraya   
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd

Bilangan Mukasurat : 482  
Tarikh Terbitan : 2009  
ISBN :   978-967-5118-27-2  
Rating : ★★

  

 
 



Ulasan : 

Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA, aku berjaya mendapatkan karya yang telah sekian lama kucari-cari selama ini dan dapat menghayati karya pertama penulis hebat ini. Memang betul tulisan Noor Suraya pasti meninggalkan kesan yang mendalam di hati pembaca. Cuba baca ye kalau tak percaya.

Apa yang aku boleh tulis kat sini, Subhanallah sebuah kisah yang sungguh meruntun jiwa pada sesiapa sahaja yang dapat menghayati jalan cerita yang penuh pengajaran dan mencengkam pelbagai rasa di hati ini. 

Watak Jaja dalam karya ini buat aku berfikir lebih jauh lagi atas apa yang berlaku dalam cerita ini. Aku dan Jaja hampir punyai persamaan. Mulanya aku rasa Jaja dan Din ni macam tak padan je. Adoi pulak tu perigi cari timba. Namun siapa kita ni nak pertikaikan jodoh yang telah ALLAH tetapkan untuk setiap hambaNya betul tak ???  Betapa beruntungnya Jaja kerana telah ditakdirkan ALLAH bertemu dengan seorang lelaki dan suami bernama Din yang bukan hanya mampu membimbingnya menjadi seorang wanita solehah yang sebenar malah dapat mengubah keseluruhan perangai dan peribadi Jaja. 

Secara keseluruhannya aku memang sudah jatuh suka berganda-ganda dengan cara penulis mengolah setiap watak dan mainkan jalan cerita ni. Walaupun gambar cover depan seperti kurang menarik dan cerita ni nampak macam biasa-biasa dan sempoi je jalan ceritanya tetapi ada mesej yang amat baik dan boleh diteladani oleh pembaca. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui karya hebat ini melalui kisah-kisah sirah dan para Nabi. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi pengajaran kepada kita semua. Ucapan terima kasih daripada hatiku yang paling dalam dan tahniah kepada penulis karya hebat ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang mampu menyedarkan dan buat pembaca muhasabah diri dan berusaha berubah untuk menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah insya Allah.

Bahagia itu bukan sepertimana yang orang nampak, tetapi sebagaimana yang kita rasa.




T.E.R.B.A.I.K. 
 
Sinopsis

 
 
  Cinta pandang pertamakah ini...





Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat
jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan
Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun
sedetik, lalu apa tindakan anda?

A. katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
B. rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
C. kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
D. segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar
Ⓐ Ⓑ
 

Jaja (Faiza) telah memilih C

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala
‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!





Implikasinya:

[✉¿∫∞Ωπ䮉¾]

Abah: " Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu! "


Mama: " Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja? "

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan
Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang
media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din (Burhanuddin al-Helmy) nanti?

rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana
ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...



... lagu Nur Kasih - Inteam ...


 


kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...   
 
 
 

Mencari Taman Di Hati





Penulis   :  Aidah Bakri 
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd

Bilangan Mukasurat :572
Tarikh Terbitan : Disember 2011  
ISBN :   978-967-5118-75-3  
Rating : ★★



  


 
Ulasan : 

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. 

Secara peribadi, cerita ini boleh aku katakan agak menarik untuk dibaca. Tetapi aku memang tidak boleh terima perangai dan cara emak Syuhada yang mata duitan dan tidak berlaku adil kepada anak-anaknya.

Sebuah kisah untuk diteladani.



Sinopsis
 

Aku menipu hatiku sendiri… benarkah?
Aku bahagia apabila dekat dengannya?


Kerana sepotong janji, Syuhada menjadi tunangan orang. Malangnya, lelaki itu ‘lari’ daripadanya. Lima tahun jugalah Syuhada terkapai-kapai dalam ikatan tiada makna; lalu Syuhada nekad memutuskan ikatan janjinya.

Lelaki yang tak kenal erti putus asa itu memang merimaskan. Tak faham-faham langsung orang tak suka. Tetapi jika benar tak suka, mengapa ada rasa lain yang bertunas dalam taman hati? ~ Syuhada

Redup sinar mata itu pernah mencuit hati. Kini, sinar mata yang sama masih mendatangkan getar yang hebat di hati. Tetapi, mengapa sinar itu sayu? Terlalu beratkah deritanya?~ Shahrul Riezman

Saat hati mula diulit bahagia, dia terheret ke perkahwinan tanpa rela. Mampukah kita mengecap bahagia, Syu?

Tertikam di sudut kecil sekeping hati… bukan salah sesiapa, cuma aturan takdir-Nya!


****

AIDAH BAKRI membawa kita menyelami hati Syuhada yang terperangkap oleh janjinya sendiri. Setiap orang berhak bahagia; kenapa tidak mahu Mencari Taman di Hati yang membawa kita ke puncak bahagia yang hakiki?



 


Bening Merah Jingga





Penulis   :  Nazurah Aishah  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd

Tarikh Terbitan : July 2011  
ISBN :   978-967-5118-63-0  
Rating : ★★




 

Ulasan : 


Rupanya ini adalah buku ke 5 penulis yang telah kubaca selepas Bukan Hanya Ada Kita, Rahsia Hati Sofia, Lili Buat Najah dan Bukan Dipaksa

Aku tak nak comment panjang lebar lagi sebab semua karya penulis ni aku dah bagitau kan dalam buku yang aku dah baca sebelum ni semuanya kalau tak buat aku nangis memang tak sah dan tiada istilah happy ending.

Cuma pendapat aku cerita kali ini agak kurang sikit duka lara, kurang meruntun jiwa aku nih dan airmata aku yang keluar kali ni pun kurang tertumpah. Kisah Elly yang hidup menumpang kasih sayang dengan keluarga angkat dan jatuh hati dengan Ehsan abang angkatnya sendiri. Hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada ayah angkatnya kerana Elly tidak diketahui asal usul kelahiran dan ayahnya. Elly beralah, menjauhkan diri dan membawa haluan sendiri. Walaupun akhiran cerita ini Elly bernikah dengan Hannan dan Ehsan telah terkorban dalam kemalangan jalan raya pada malam majlis perkahwinan Elly. Tetapi aku tetap merasa sedih lantaran takdir cinta luhur di antara Elly dan Ehsan tidak kesampaian. Ya terkadang kita terlupa dan sukar untuk terima apa yang terjadi itu adalah qada dan qadar yang maha Esa.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui karya hebat ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat kepada kita semua.

 
Sinopsis

 

"Astaghfirullah, selama ini abang anggap budak itu anak luar nikah ke?" Hajah Maisarah berhenti mengetil pucuk kesum dan berpaling ke arah suaminya Haji Idris.


"Habis itu kalau bukan anak luar nikah, nak panggil anak apa? Anak haram?"


Benarkah Ellina Azura dilahirkan tanpa ayah?


Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.

Jadi dengan siapakah Elly akan bahagia kalau bukan dengan Ehsan, mama?

Tetapi... bagaimana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. Apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yang sudah terluka itu pada Hannan Fakhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yang sudah berjanji mahu susah senang bersama?

Andai benar cinta
cintailah dia dengan hatimu yang tulus
Jika tidak janganlah biarkan dia menantimu
dengan sia-sia!


* * * *

Ini kisah Ellina Azura Abdullah; NAZURAH AISHAH telah mencanai hatinya menjadi wanita kental yang istimewa dalam Bening Merah Jingga.



... lagu Milik Siapakah Gadis Ini - Sudirman ...  



... lagu Mimpi Yang Tak Sudah - Ibnor Riza ... 




Bukan Dipaksa





Penulis   :  Nazurah Aishah
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Publishing    

Tarikh Terbitan : Oktober 2010    
ISBN :   978-967-5118-44-3  
Rating : ★★





 


Ulasan :
 
Bukan Dipaksa adalah salah satu cerita dalam karya Warna (3 Ceritera Dalam Sebuah)  yang menghimpunkan karya tiga penulis iaitu Warna I - Nazurah Aishah, Warna II - Rnysa dan Warna III - Nasz. Aku dah baca 2 daripada 3 cerita yang terdapat dalam buku ni. Kalau nak tau tentang Warna III boleh klik link Karamel.

Ini adalah buku keempat penulis yang telah kubaca selepas Bukan Hanya Ada Kita, Rahsia Hati Sofia dan Lili Buat Najah. Walaupun kisah ini tidaklah sesedih  ketiga-tiga karya yang telah kubaca sebelum ini. Namun, kisah ini juga mengundang pelbagai rasa dihati.  Cik Penulis memang bijak mencorakkan jalan cerita dan membuai emosi pembaca sehingga aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang dah berlaku pada Affan dan Ayu nih, diorang dah terlanjur ke apa ? macam-macam andaian dalam kepala otak aku dan tak sabar-sabar nak tahu kesudahan kisah ini. Memang berat ujian yang terpaksa ditanggung oleh Ayu akibat daripada tindakan melulu yang telah mereka ambil. Rupanya ada rahsia besar yang disimpan kemas antara mereka dan hanya tersingkap di akhir cerita. Adoiii memang tak puas hati betul baca karya pendek ni sebab akhiran ceritanya terlalu sedikit dan mendadak.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang nampak macam biasa-biasa je tetapi dengan gaya bahasa yang mudah dan selamba ada mesej yang baik untuk diteladani oleh pembaca.


Sinopsis




Cerita tentang Nardine Zahiyyah dan Affan Hakeem yang telah bernikah di sempadan Thailand tanpa pengetahuan keluarga sebelum mereka melanjutkan pelajaran di luar negara. Affan telah dipaksa bercerai oleh ibunya, Hajah Normah. Perkahwinan itu tidak pernah diketahui oleh orang lain selain daripada mereka bertiga. Affan yang pada ketika itu sedang menuntut di Ireland kembali menyambung pengajiannya tanpa mengetahui bekas isterinya itu sedang mengandung. 



Nardine Zahiyyah atau dipanggil Ayu oleh keluarganya pula terbang ke Australia dan tidak pernah pulang sehingga tamat pengajian. Affan cuba mencari Ayu di Australia namun tidak berhasil. Sekembalinya mereka ke kampung halaman, Ayu cuba menjauhkan dirinya daripada Affan. Konflik keluarga menjadi penyebab hubungan mereka menemui jalan buntu. Namun Affan tidak pernah jemu berusaha untuk memenangi hati Ayu dan memujuknya agar mereka kembali bersama.  Dengan panggilan nenek, kemunculan budak perempuan bernama Alani Hadfina Nayli di rumah Affan telah mencairkan hati keras emak Affan untuk mengaku kesilapannya dan menerima kembali serta menyambung semula ikatan kasih sayang di antara Affan dan Ayu.


... lagu Kupendam Sebuah Duka - Khadijah Ibrahim ...


  




kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...   



Keimanan CINTA





Penulis   :  Munie Asra
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Galeri Ilmu
Bilangan Mukasurat : 268
Tarikh Terbitan : 2011
ISBN : 978-983-097-333-3
Rating :





 

 

Ulasan :

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA aku telah diberi kesempatan dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya yang hebat ini. Pertama kali membedah siasat karya penulis ini, aku kira kisah cinta luhur syahdu ini boleh di kategorikan sebagai novel tarbiah dan kisah ini boleh dijadikan sebagai iktibar dan panduan hidup para pembaca.


Walaupun aku kurang menyukai gaya bahasa yang digunakan dalam karya ini kerana ayat-ayat yang digunakan dalam karya ini agak formal dan seperti ayat sastera je dan kurang daya tarikan dengan penggunaan dialog/monolog yang agak biasa-biasa je tak ada ayat-ayat jiwang yang boleh membuai rasa di hati pembaca. Namun, penulis berjaya menterjemahkan tema dan persoalan dalam karya ini dengan begitu terkesan dihatiku. Apa yang pasti, jika pembaca dapat menghayati jalan cerita dan setiap baris ayat dari karya ini sehingga ke akhir cerita pasti pembaca dapat merasai sesuatu yang boleh mengundang pelbagai rasa di hati, menyedarkan dan menginsafkan.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui karya hebat ini. Terima kasih dan tahniah kepada penulis karya ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang bukan hanya dapat dijadikan sebagai inspirasi, malah juga dapat dijadikan sebagai panduan hidup untuk menjadi wanita solehah insya-Allah. Semoga karya ini dapat memberi pengajaran berguna kepada kita semua. 


 

Sinopsis





Fazura, seorang novelis muda memenuhi masa lapang di Rumah Anak Yatim Baiduri. Di situ, dia berkenalan dengan sorang lelaki Cina tua. Fazura tidak menyedari bahawa lelaki itu adalah Tan Sri Koh, seorang hartawan Malaysia.
Alan Koh, cucu Tan Sri Koh dipaksa berkahwin dengan Fazura. Sekiranya dia ingkar, datuknya mengugut untuk menarik kembali harta dan perniagaannya. Fazura mengidap leukemia tetapi merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan Alan kerana dia tidak inginkan cinta yang lahir dari simpati. 







Pada saat Fazura dan Alan mula rapat, muncul Andy Azman, seorang pemuda yang Islam pada nama menaruh perasaan pada Fazura. Adakah Alan akan melepaskan cintanya ? Mampukah Fazura bertahan dengan penyakit leukemianya ? Mampukah Andy menghadapi ujian cinta dari-Nya ?








Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

A picture worth a thousand words

Fill you heart with kindness and love, you will never regret

Lebih baik memiliki seorang sahabat yang setia daripada memiliki seribu kawan yang ada hanya seketika

Muhammad al Ghazali berkata sejarah itu umpama orang tua yang menceritakan pengalamannya kepada anak-anaknya untuk memberi inspirasi kepada mereka dalam membina masa depan. Orang tua itu harus bijak dan cerdik, sehingga nasihat dan pesanannya bermanfaat

Baik atau buruk sesuatu perlakuan pada zaman lalu tidak perlu diubah untuk menyedapkan  mata pembaca, kerana di sebalik kebaikan dan keburukan itu pasti terselit  pengajaran untuk generasi kemudian

Ya Allah, sujudku hanya untuk-Mu yang satu, junjunganku hanya kekasih-Mu Muhammad. Aku ini hanya hamba yang lemah segalanya. Aku bersyukur dengan nikmat kurnian-Mu. Engkau telah memberi hidayah kepada suamiku. Engkau jadikan suamiku seorang yang beriman. Ya Allah ku mohon pada-Mu, janganlah Engkau lenyapkan iman ini dari hatiku dan hati suamiku

Kadang-kadang perlu juga ada tekanan untuk berjaya. Tekanan jika diurus dengan baik, akan menghasilkan sesuatu yang hebat

Hidup adalah pilihan, kerana sentiasa ada pilihan. 
Tidak sukar untuk memilih tapi sukar untuk memahami pilihan

Ya Allah jadikan cinta ini cinta yang terakhir untuk kami, cinta antara seorang lelaki dan perempuan yang diikat dengan ikatan yang halal. Cinta yang mendapat keredhaan-Mu agar nikmat ini bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat sana. Aku mohon pada-Mu ya Allah, jadikanlah isteriku pendampingku di syurga-Mu supaya kami dapat meneruskan cinta kami selamanya

Cinta kepada kekasih adalah mesra, cinta kepada ibu bapa adalah murni
tetapi cinta kepada Allah adalah abadi




... lagu Ku Mohon - Sheila Majid ...  





Hello it's me





Penulis   :  Anna Lee
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Prolog Media
Bilangan Mukasurat : 

Tarikh Terbitan : April 2016
ISBN : 978-967-13211-3-3

Rating :





 

Ulasan :

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku ni setelah lama dok terperam selama 2 bulan atas meja aku nih adoiiii. Ini adalah buku ke 4 kubaca selepas Mesej, Aku, Dia & Pinky Promise dan Terukir Cinta.


Apa yang aku nak tulis di sini, penulis ni memang dah jadi antara penulis favourite aku tau, setiap karyanya pasti akan membawa aku menjelajah ke tempat yang memang aku teringin betul nak pergi. Jadinya baca buku ni pun kira macam dah tercapai lah angan-angan mat jenin aku nih he he he. Lagi satu nak bagitau, banyak yang aku pelajari tentang penyakit yang ada kaitan dengan otak manusia ni dalam setiap karya penulis ni. Kali ni Cik penulis ceritakan pulak tentang jenis penyakit fobia agoraphobia iaitu suatu perasaan takut untuk berada di tempat terbuka dan orang ramai. Baru aku tahu bagaimana rasanya menjadi seorang fobia nih.

Aku tak nak komen berjeler, cukup kalau aku katakan aku memang suka dengan jalan cerita kali ni agak EXTRAORDINARY. Kenapa nak tau ??? sebab aku rasa macam penulis cerita tentang kisah dirinya sendiri pulak. Jalan cerita penuh tanda tanya dan buat aku suspen je dari bab 1 sampai bab 28, cuma dari bab 29 sampai bab 35 lepas tu aku rasa tahap suspen aku dah semakin menurun. Tapi aku layan jugak. Tak sangka kisah Tiya dan Duta berakhir dengan begitu mudah jer. Maaf ye Cik Penulis akak memang agak kechewa sebab aku memang mengharapkan aksi-aksi yang lebih umpphh dan jalan cerita dapat dikembangkan dengan lebih kebaboom lagi. I know you can do better sis !!!





Sinopsis

Apa yang anda sanggup lakukan jika 'nyawa' anda berada di tangan orang lain?

Telefon adalah nyawanya, rahsianya, gambar, idea, manuskrip, nota, diari, password... Akaun sosial media, segalanya di telefon pintarnya.


Tiya dan Duta tertukar telefon. Dalam sebesar dan seluas dunia macam mana telefon yang sama jenis, sama warna, sama casing, sama password dan sama wallpaper, boleh tertukar?

Mustahil!


Tetapi itulah yang terjadi pada Tiya. Mulai detik itu kehidupannya yang aman damai mula huru-hara. Tiya bukan saja terperangkap dalam masalah cinta dan jodoh Duta tetapi dia juga terperangkap dalam masalah lain yang lebih besar. Yang menyebabkan kehidupan Tiya berubah 360 darjah. Yang menyebabkan dia terpaksa melawan diri sendiri.


 


Ada rahsia yang tersembunyi.
Ada jiwa yang akan terseksa.
Ada hati yang akan terluka.
Masih wujudkah happily-ever-after dalam hidup Tiya?




"Hello... it's me."







... lagu Bertakhta Di Hati - Faradhiya ...  
 
 
... lagu Dari Jauh Saja - Khai Bahar ...  




kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye... 




Fiy Square




Penulis   :  L
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni
Bilangan Mukasurat : 533
Tarikh Terbitan : Oktober 2015
ISBN : 978-967-0851-14-3
Rating : 



Ulasan :

Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA, aku berjaya mendapatkan karya yang telah sekian lama kucari-cari selama ini dan dapat menghayati karya pertama penulis hebat ini. 


Perrgghhh, apa yang aku boleh tulis kat sini, Subhanallah sebuah kisah yang sungguh meruntun jiwa dan tak terkata pada sesiapa sahaja yang dapat menghayati jalan cerita yang penuh emosi dan mencengkam pelbagai rasa di hati. Ternyata selepas membaca setiap baris ayat dari karya ini aku jadi sesak nafas, bengkak mata nangis tersedu sedan, keluar air hidung, sakit dada dan buat aku takut dan insaf dengan kejahilan diri ini.

Sejujurnya, watak Fiyya dan Hafiy dalam karya ini buat aku termenung panjang dan memaksa otak aku untuk berfikir dan berfikir lebih jauh lagi atas apa yang berlaku dalam cerita ini. Adakah aku mampu menghadapi segala ujian dan takdir seperti dalam kisah ini ? Tepuk dada tanya iman. Inilah kebenaran hidup yang harus kita terima walaupun amat payah kerana setiap manusia akan diuji dengan pelbagai dugaan. Ada sebab kenapa ALLAH uji kita kerana DIA nak tengok sejauh mana kesabaran, ketaatan dan keimanan kita terhadapNYA. Kita kena sentiasa ingat, segala apa yang ada di muka bumi ini hanya milik DIA dan segala-galanya adalah pinjaman daripada DIA. Dan apa yang kita perlu ingat, ALLAH sentiasa ada di sisi kita dan sangat menyayangi hamba-hambaNYa yang sentiasa sabar dalam menghadapi dugaanNYA.

Kisah ini bukan sahaja mampu menyentuh dan melentur setiap hati dan jiwa yang masih kontang dan beku. Malah kisah ini juga mengajak pembaca untuk sama-sama spot check diri, muhasabah diri, belajar, fahami dan beramal dengan ayat-ayat cinta al-Quran dan sunnah. Penawar segala penyakit dan masalah adalah vitamin daripada ALLAH iaitu al-Quran (vitamin Q) dan kena sentiasa ada dalam hati kita kerana ia adalah petunjuk jalan bahagia dunia dan akhirat.  


Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui karya hebat ini. Walaupun cerita ni nampak macam biasa-biasa je tetapi memang berbaloi-baloi aku baca cerita ni. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi pengajaran kepada kita semua. Ucapan terima kasih daripada hatiku yang paling dalam dan tahniah kepada penulis karya hebat ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang menggetarkan jiwa dan ragaku.


T.E.R.B.A.I.K. 




 
Sinopsis


Nur Safiyya Sumayyah (Fiyya) dan Muhammad Hafiy (Afiy) rapat sejak kecil. Pada Fiyya, Afiy itu sahabat terbaiknya. Tapi, ada ke lelaki dengan perempuan boleh jadi kawan tanpa rasa apa-apa?

Dan rasanya…mereka seakan terperangkap dalam formula Fiy x Fiy = Fiy²

Akan tetapi, tiba-tiba Afiy pergi bertemu penciptanya meninggalkan Fiyya yang menyimpan seribu sesalan di hati. Tiada lagi Fiy² buat Fiyya.




Muhammad Hafiy Azib (Hafiy) yang jatuh cinta pandang pertama pada Fiyya cuba mendekati gadis pendiam yang penuh rahsia itu. Dia cuba membina semula formula Fiy² namun tak pernah dipedulikan oleh Fiyya.

“Adakah akan ada lukisan warna-warni-Nya sesudah hujan?”
“Lukisan warna-warni?”
“Maksud saya pelangi. Agar ia mewarnai hidup awak semula.”

Kemudian, mereka dipertemukan semula di bumi UK. Segala-galanya terasa sempurna buat mereka. Seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah pada satu hari. Pada hari itu. Hari yang menjadi titik perubahan dalam hidup mereka sekali lagi, yang mengubah segala-galanya….
 





Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-



Terkadang, kita tidak sedar bahawa dialah orangnya. Sehingga dia tiada lagi di sisi kita ... 

 Surah al-Kahfi A10
... wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami daripada sisiMU dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)

Setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai jenis ujian. Just like taking an exam. If you pass, then you will get the reward. In this case ALLAH will shower you with HIS mercy and grant you HIS Jannah, insya Allah

Life x Test = Reality

Ujian dan realiti. 
Dua perkara yang saling berkait dalam kehidupan
Memang tak boleh nak lari

Live life to the fullest, with HIS guidance, with al-Quran and sunnah. 
Kena hargai hidup ini kerana belum tentu lagi esok kita masih bernafas di muka bumi ini

Har pal yahan, jee bhar jiyo
Jo hai samaa, Kal ho naa ho
Live every moment here, to the fullest
Whatever there is today, may not be there tomorrow

Ya ALLAH, bimbinglah aku sehingga aku selamat kembali kepadaMU dalam keadaan Engkau meredaiku

ALLAH is leading you somewhere, no matter what's going on in your life
Everything is the way it is for a reason
Have faith in ALLAH's plan 

Bittaufiq Wannajah fil imtihan
semoga  berjaya dalam peperiksaan


... lagu Bila Tiba - Ungu ... 




... lagu PadaMu ku Bersujud - Afgan ... 





kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye... 
L  


 L, penulis berbakat yang berasal dari Bentong, Pahang ini merupakan lulusan Universiti Sains Malaysia (USM).  Fiy Square merupakan karya pertamanya bersama Jemari Seni. Beliau aktif di Facebook, L Fiy Square dan boleh juga dihubungi melalui e-mel,  lwriter145@gmail.com