Untuk Awak Teja Aulia




Penulis   :  Syud
Negara   :  Malaysia 
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd
Saiz Fail  :  1.19 MB
Format   :  EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan : July 2010
ISBN :   978-967-0508-71-9
Rating :



   
 
 
   
 
Ulasan :
 

Alhamdulillah kerana akhirnya buku keenam ini telah merungkai segala persoalan yang sering bermain di mindaku sejak pertama kali aku baca karya penulis hebat ni. Apa yang aku nampak ada beberapa watak-watak utama dalam karyanya memang saling kait mengait dan kalau kita kumpul semua cerita tu boleh jadi satu novel untuk keseluruhan cerita. Jadi kalau nak tahu kesudahan setiap karya penulis ni memang kena baca semua ye..ye memang T.E.R.B.A.I.K selepas Pelangi,Langit Tetap BiruDia...Dalam Ramai, Baju Melayu Hijau Serindit dan Tentang Dhiya. Rasanya semua buku yang telah kubaca setakat ini memang S.W.E.E.T dan S.E.M.P.O.I. buat aku rasa macam masa muda dolu-dolu tersengih-sengih je layan diri sorang-sorang. Cerita ini memang telah kucari-cari sebelum ni sebab dalam karya yang dah kubaca sebelum ni memang ada cerita pasal Adil dan Aulia ni tapi buat aku tertanya-tanya sendiri kenapa dengan diorang ni apa dah jadi sebenarnya. Jadi lepas baca karya ni barulah aku faham sepenuhnya kenapa diorang jauhkan diri masing-masing selama 3 tahun. Adoi susah jugak yek kalau ada kawan baik dari kecil, duduk sebelah dua belah rumah pulak tu.

Pada aku lelaki dan perempuan memang boleh jadi kawan tapi jadi kawan yang betul-betul baik ni agak mustahil pada aku dan memang tidak pernah terjadi dalam hidup aku ni. Tapi memang seronok kalau ada kawan baik yang boleh kita kongsi segala-galanya kan ? Namun, inilah yang terjadi bila perempuan dan lelaki berkawan terlebih baik he he he mesti ada yang tergeliut orang kata... 

Tahniah Syud, aku memang jatuh hati berguling-guling pada semua cerita tau. Kisah Adil dan Aulia ni cerita yang mungkin orang kata biasa je, tapi pada aku kisah mereka agak luarbiasa dan menyingkap pelbagai rasa dua jiwa, dua gender dalam persahabatan. Dan fitrah yang diciptakan oleh Allah SWT di dalam jiwa manusia antara lelaki dan perempuan itu akhirnya telah membongkar suatu rahsia terpendam lama antara mereka dan menemukan siapakah jodoh atau belahan jiwa Adil dan Aulia yang sebenar-benarnya. Ya hanya Allah yang tahu segala rahsia dan isi hati kita.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

“Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan di jadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan." 
(Surah al-Rum ~ ayat 21)
 


 

Sinopsis


Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!

I

“Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri.”
“Siapa? Pacai?” balas mak, sarkastik.
Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.
“Kalau Pacai tu perempuan, dah lama mak suruh kau orang berdua kahwin.”
Tawa Adil pecah.
“Anak Cik Fizah...” kata mak lagi.
“Makkk...” Adil mula memprotes, “Nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak memandai apa-apa.”
“Iya... tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?” ugut mak.
Hatinya sudah terlanjur ‘tergelincir’ pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa
 

II

Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu ‘dihibakan’ apabila Adil guna kata ganti diri ‘saya’. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?
Adil hanya akan sebut ‘saya’ pada perempuan yang dia ‘tak berapa kenal’; ‘tak berapa biasa’; ‘tak berapa sayang’. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!
Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi 

Adil Ruzain dan juga Teja Aulia bersahabat baik sejak kecil lagi. Adil dalam diam menyimpan rasa untuk Aulia, namun sentiasa tiada keberanian untuk memberitahu Aulia akan kenyataan itu.

Sesuatu terjadi menyebabkan mereka tidak bertegur sapa dan bertemu wajah selama beberapa tahun, walaupun rumah mereka terletak di jalan yang sama. Adil yang seolah-olah ‘merajuk’ hati, dan Aulia pula tidak tahu bagaimana mahu memulakan semua benda semula.


Dan apabila mereka dipertemukan semula, jelas yang mereka masih lagi tidak dapat menemukan jalan untuk menyelesaikan apa yang terjadi antara mereka. Aulia ingin mencuba namun dia masih takut, manakala Adil pula seolah-olah tidak mahu masuk campur lagi dalam hidup Aulia, walau hakikatnya – ‘rajuknya’ sudah begitu lama terbiar tidak dipujuk. 




kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye...  
Syud


 ... Iris - Goo Goo Dolls ...





Velvet Di Durham




Penulis   :  Aishah Madadiy
Negara   :  Malaysia 
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd
Saiz Fail  :  1.30 MB
Format   :  EPUB 
Tarikh Terbitan : May 2012
ISBN :   978-967-5118-83-8
Rating :
★★

 




 


Ulasan :
 

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Sebuah kisah yang sungguh syahdu dan dapat meluluhkan jiwaku. Karya penulis hebat ini adalah yang pertama kubaca. Namun karya ini penuh dengan mutiara indah dan kata-kata nasihat yang dapat memberi semangat dan inspirasi, penuh ilmu dan buat pembaca muhasabah diri tentang perlunya ada rasa sabar, tidak putus asa dan meletakkan kebergantungan hidup sepenuhnya kepada Allah swt. Berbekalkan semangat, keazaman, harapan, keyakinan dan doa, kita harus terus berjuang demi meneruskan kembara di bumi Tuhan.

Kisah ini tentang kehilangan orang tersayang, tertekan dan hilang harapan dan keinginan untuk teruskan hidup. Bagaimana perjuangan mencari keyakinan diri yang hilang yang dihadapi oleh Mufeeda binti Saifuddin (Fid) di perantauan banyak mendidik dan  menyedarkan aku akan hikmah atau kebaikan yang tersirat di sebalik musibah atau sesuatu kejadian yang menimpa kita. Penulis bukan sahaja bijak menyusun ayat-ayat melalui sajak, puisi, kata-kata ahli falsafah pujangga terkenal dan terjemahan surah daripada al-Quran malah berjaya menghidupkan cerita ini melalui kisah manis yang terjalin di antara watak-watak utama, lirik lagu yang mendekatkan diri kepada pencipta manusia yang pasti dapat menyentuh hati pembaca. Ternyata cara sebegini memudahkan lagi penulis dalam menyampaikan ilmu dan dakwah kepada pembaca dengan lebih berkesan dan mendalam.


 chorus Lirik lagu Life Goes On by Pigeon john ft abstract rude

Life goes on
No matter if your life is tattered
And you can't fix what went wrong
Life goes on
Your battered and your life is scattered
You're a hook in your own theme song
Life goes on
You're a fighter but the grip is tighter
And you know that you can't stand long
Life goes on
Boy it's gonna get brighter
Life goes on
Girl it's gonna get brighter
Life goes on

 
Sinopsis
 

Dia melihat indahnya langit di atas, terangnya dengan cahaya, gemerlapan dengan kerlipan. Begitu pun dia menikmati keajaiban rasa, bumi yang dipijak ini lebih nikmatnya.

Dia telah berpijak dengan kaki, berasa dengan deria, hidup menimba pengalaman di sini.

Dia itu Fid.
Fid itu Velvet.


Fid kehilangan keluarga. Emosinya bercelaru. Fid telah sugul dan ‘mati’... sehinggalah, dia menerima sebuah hadiah, yang telah mengubah persepsinya terhadap kehidupan.
Dari Cardiff, Fid Si Gadis Melayu yang penuh 'misteri' ini membawa diri ke Durham...

Di Durham, Aiden hadir mewarnai hari dengan idea dan falsafah. “You’re insane, Fid!”
Alif muncul dengan senyuman terapi yang membahagiakan. “Just pay me a smile...”
Mahdi masih dengan ukhuwah yang berpanjangan. “Mungkin lebih baik kalau ada seseorang di sisi Fid...”

Dapatkah Fid mencari jawapan kepada makna sebuah kehidupan? Jiwa? Persahabatan? Cinta? Impian? Cita-cita?

‘Credo Ergo Possum!’ dan langkah diteruskan...



 
 ... You Make Me Smile - Uncle Kracker ...




 ... I Only Ask Of God - Outlandish ...




 Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
 
Life is too short to waste hating people

Losing people, death, hurts, pains are all the obstacles which God has given to mankind...to uplift our iman...to know that we're always far from perfection. We should face the obstacles open heartedly. We should move on no matter what happens, because we have life. We have soul...we have chances...we still have today. Life is a journey. You won't go far if you live in a closet of sorrow and sadness

surah at-Taghaabun ayat 11 :
Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu

It's okay to be yourself
An original is always worth more than a copy

 Cogito Ergo Sum
Aku berfikir kerana itu aku wujud 

Credo Ergo Possum !
I believe therefore I can!
Aku Percaya, kerana itu aku boleh !

surah al-Insyirah ayat 5-8:
Sesungguhnya, sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (membuat sesuatu urusan), kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap

The Purification of the Soul book page 117 :
Being patient involves restraining the self and preventing it from giving in to resentment, in spite of any suffering that it experinces-in the hope that the misfortune which afflicts it will come to an end
 
Sabar bermaksud menahan diri daripada kemarahan atau ketidakpuasan hati, (yakni sabar) dengan apa jua penderitaan yang dilalui oleh diri dengan harapan supaya segala nasib malang atau peristiwa buruk yang melanda diri akan berakhir

 


kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye...  

 

Pelangi




Penulis   :  Syud
Negara   :  Malaysia 
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd
Saiz Fail  :  0.60 MB
Format   :  EPUB 
Tarikh Terbitan : August 2009
ISBN :   978-967-5118-25-1
Rating :
   
 
 
   


Ulasan :

Pelangi
sebenarnya adalah salah satu ceritera cerpen yang terkandung di dalam buku 'Pelangi (Tiga ceritera berwarna-warni dalam sebuah Pelangi...)' yang menghimpunkan karya tiga penulis iaitu 

Ini adalah yang karya kelima dah kubaca selepas
Langit Tetap BiruDia...Dalam Ramai, Baju Melayu Hijau Serindit dan Tentang Dhiya. Apa yang ingin aku katakan, hampir kesemua karya yang telah kubaca setakat ini memang tidak menghampakan aku. Aku memang terpesona dengan gaya penulis mengolah ceritanya. Nampak macam sempoi dan bersahaja tetapi penuh dengan maksud yang tersirat. Mengimbau kembali kenangan silam yang memang tidak dapat kuputar dan ubah semula. Seolah-olah kesemua cerita penulis ini seperti ada kaitan sama ada dengan diri penulis atau diriku sendiri he he he.

Cerita tentang Iman Aisyah dan Usamah Razif Koehler berkahwin tanpa cinta. Cinta syahdu hanya berputik selepas mereka bergelar suami dan isteri. Pada mulanya tiada rasa cinta di hati Iman tetapi anggap Usamah adalah jodoh yang telah ditakdirkan untuknya. Usamah sebaliknya mula terpaut hati setelah bertentang mata dengan Iman. Pelbagai cara dilakukan untuk tawan hati dan cinta Iman. Bila kasih dan sayang sudah mekar mewangi, datang pulak bekas teman wanita Usamah membuat fitnah Usamah ada anak lelaki menguji cinta dan kasih sayang suci mereka untuk runtuhkan mahligai yang baru dibina. Masa ni sedih bila Iman dan Usamah bawa haluan masing-masing. Usamah merajuk, pendam rindu dan hilangkan diri. Iman pula ditinggalkan tanpa berita dan seperti hilang arah. Dan apa yang aku paling seronok bila akhirnya mereka kembali bersatu.  'Well..Two people that are meant to be together always find each other in the end'.



Sinopsis

PELANGI – SYUD
 


Iman bukan pelangi awak. Iman cuma Iman.
Iman tak cantik macam pelangi...




 

Tapi,
Iman tetap ada kat sini walau pelangi dah pergi...
 



 



Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yang melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan? Ini ialah kisah pasangan yang bercinta selepas berkahwin.


 






 ... My Love - Westlife ...






Langit... Tetap Biru




Penulis   :  Syud
Negara   :  Malaysia 
Bahasa   :  Melayu

Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd

Saiz Fail  :  0.50 MB
Format    :  EPUB 
Tarikh Terbitan : April 2010
ISBN :   978-967-0508-80-1
Rating :

   
 
 

   


Ulasan :

Ceritera 3 : Langit... Tetap Biru sebenarnya adalah salah satu ceritera cerpen yang terkandung di dalam buku 'Damai (3 Ceritera Dalam Sebuah)' yang menghimpunkan karya tiga penulis iaitu Noor Suraya dan Syud.

Karya ini adalah yang keempat kubaca selepas  Dia...Dalam Ramai, Baju Melayu Hijau Serindit dan Tentang Dhiya. Secara peribadi, kesemua ceritera penulis ini memang akan buat aku tersengih jer teringatkan kenangan lama semasa di zaman belajar bersama kawan-kawan. Ya, pengalaman lalu memang tidak mungkin dapat kita lupakan dan kalau boleh rewind memang aku teringin kembali ke zaman itu, zaman yang penuh dengan warna-warni yang indah dan tetap sampai bila-bila...ha ha ha...memang mustahilkan, benda macam tu hanya boleh berlaku dalam drama jer...

Langit Tetap Biru tajuk yang begitu simbolik dan buat aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Adakah penulis ingin pembaca fikir dan kaji kenapakah langit berwarna biru ??? Apakah kaitan langit dengan manusia ???  Ya, warna biru pasti buat aku rasa tenang dan bahagia. Kita tahu langit itu wujud di depan mata, kadangkala kita nampak seakan biru, boleh bertukar kelabu dan juga jingga. Tetapi ia tetap akan menjadi biru semula. Apa yang dapat aku simpulkan, setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan tak kiralah suka, duka, susah, senang, sedih, gembira, berjaya, gagal dan kecewa kita pasti impikan dan berharap akan berakhir dengan baik, rasa tenang dan bahagia. Tidak ada manusia di dunia ni yang nak rasa derita dan sengsara sampai hujung nyawa betul tak ??? Setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini akan sentiasa berputar seperti roda, ada awal dan akhirnya. Kadang-kala kita berada di atas, kadang-kala kita berada di bawah. Jadi, walau hidup kita penuh warna-warni, pandanglah pada langit dan ingatlah langit tetap biru.


Sinopsis
 
Kisah tentang Nurul Zahra yang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penulis. Namun, cita-citanya itu tidak tercapai kerana dia sendiri tidak pernah memberi peluang kepada dirinya untuk mencuba. Dia pernah menulis satu kisah cinta dengan menggunakan nama
Muhammad Fikri Adlan bin Ahmad Ismail, seorang lelaki yang pernah mencuri hatinya sewaktu belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Namun, itu adalah perasaannya sahaja dan orang yang dia suka tu tak tahu pun pasalnya dan punya kehidupannya sendiri. Dan dia juga telah menghantar karya tersebut pada satu forum.

Cerita yang ditulis itu adalah pencetus apabila Zahra dipertemukan kembali dengan Fikri. Masalahnya adalah Fikri mengenalinya sebagai salah seorang kawan kepada bekas teman wanitanya, dan Zahra pula mahu menjauhkan diri dari awal lagi. Bila Fikri terjumpa namanya dalam satu blog, dia mula tertanya-tanya siapa penulis blog tu dan adakah penulis blog tu kenal dengannya atau adakah ia suatu kebetulan Kekerapan bertemu dengan Fikri buat Zahra semakin kalut dan kerap melakukan aksi-aksi yang memalukan sehingga hampir melanggar Fikri. Fikri mula mencari maklumat dan dapat tahu siapa Zahra sebenarnya.





 ... Langit Tetap Biru - Aizat ...