“ The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you'll go.” ― Dr. Seuss
Tiada Yang Lain
Penulis : Ana Sofiya
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Bilangan Mukasurat : 613
Tarikh Terbitan : November 2013
ISBN : 978-967-12264-0-4
Rating : ★★★
Ulasan :
Pertama kali baca karya penulis ini. Apa yang boleh aku katakan ceritanya memang agak menyentuh hati aku ni. Penulis bukan sahaja berani menyingkap sebuah kisah pilu Fitriah Atiqah, seorang gadis lemah yang telah dipaksa kahwin tanpa rela oleh kedua ibu bapanya sendiri malah telah menjadi mangsa penderaan fizikal dan seksual daripada suami yang baru dinikahinya. Memang tidak dinafikan terdapat segelintir masyarakat hari ini terutama sikap ibu bapa yang hanya mementingkan status dan lebih memandang pangkat, rupa dan wang ringgit sebagai ukuran luaran untuk dijadikan sebagai syarat utama dalam memilih calon suami untuk anak gadisnya. Namun, terkadang kita hampir terlupa untuk menilai syarat yang lebih utama dalam penyatuan dua hati ini. Kelebihan duniawi ini sebenarnya tidak pernah akan dapat menjamin kebahagiaan jiwa dan fizikal seseorang insan yang mempunyai hati dan perasaan. Jangan mudah kita menilai seseorang itu hanya berdasarkan pandangan luaran semata-mata. Kerana pandangan mata kasar kita ini selalu silap dalam membuat pertimbangan. Lihat dengan mata hati kerana kata hati itu selalunya lebih benar dan kemudian tanyakan dengan mata akal nescaya kita beroleh jawapan yang dicari.
Syabas kepada penulis kerana berjaya memperlihatkan tiga watak berbeza melalui Atiqah, Zharif dan Afif yang mempunyai mesej tersirat dan berjaya beri kesan mendalam kepada aku. Tetapi kesan yang lebih aku hayati ialah melalui watak Afif. Pendapat aku, Afif mungkin mangsa penderaan secara fizikal dan emosi sejak kecil oleh bapa kandungnya yang digambarkan bekas banduan dan penjenayah. Walaupun kehidupan lampau Afif semasa kecil tidak digambarkan secara terperinci oleh penulis, namun aku dapat buat sedikit rumusan bahawa orang yang telah didera atau menjadi mangsa penderaan ini akan sentiasa hidup dalam trauma dengan bayangan lampau dan jiwanya penuh dendam. Mangsa ini bukan sahaja mampu untuk mengulangi perbuatan yang sama dan melakukan seperti mana yang telah dia hadapi kepada orang lain yang berdekatan dengannya. Malah mangsa juga mungkin boleh bertindak lebih agresif sehingga hilang kewarasan akal. Jadi isu penderaan ini sebenarnya adalah suatu perkara yang perlu kita ambil berat dan perlu tanggani. Cuba hayati dan selami maksud tersirat di sebalik kisah kasih sayang yang meruntun jiwa ini.
Sinopsis
Pertama kali bertemu Zharif Ikmal, hati Fitriah Atiqah sudah terusik. Lelaki stok ‘semak’ itu memang mulut laser tetapi dalam lasernya, dia pandai ‘membeli jiwa’.
“Tapi Iqa... garang-garang saya ni, saya romantis giler, kan? Tengok betapa beruntungnya awak jadi makwe saya. Hari-hari saya bagi bunga, kan?” ~ Zharif
“Eeii... stop! Stop! Mengada-ngada! Bila entah orang jadi mak we dia? Perasan!” ~ Iqa
Bertemu Atiqah, prinsip yang cuba dipertahankan Zharif untuk bercinta selepas berkahwin hilang entah ke mana. Puas mengelak, ‘rasa itu’ tetap datang menyapa.
Tapi malangnya, ada Afif di antara mereka.
“Awak beruntung dapat Afif. Dia memang sesuai dengan awak. He has everything that I don’t have.” ~ Zharif.
Dia mengalah demi Atiqah. Dia mahu melihat wanita kesayangannya bahagia bersama lelaki pilihan keluarga.
Kerana merasakan cintanya tidak dihargai Zharif, Atiqah bertekad untuk menjadi isteri yang baik kepada Afif. Begitu dia berazam untuk setia, begitu dia berusaha agar hatinya redha. Malangnya Afif bukan lelaki yang layak menerima cinta dan kesetiaannya.
Apakah yang akan terjadi bila Zharif pulang bersama kesalan? Sanggupkah Atiqah bertahan dalam sebuah rumah tangga penuh gelora?
“Kan Iqa dah janji dengan abang. Takkan tinggalkan abang selagi ada nyawa Iqa? Lupa?” ~ Atiqah.
Siapakah yang layak menerima cinta Atiqah? Zharif atau Afif?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment