Penulis : Orked Putih
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : AIHEJ Publishing & Distributors
Bilangan Mukasurat :
Tarikh Terbitan : 2013
ISBN : 978-967-12187-0-9
Rating : ★★★★++
Ulasan :
Pertama kali baca karya penulis ini. Tak nak komen panjang lebar, cukup aku katakan kisah ini memang sedih, sebak dan pilu. Penulis berjaya meletakkan unsur suspen yang buat aku sungguh teruja dan terus baca hingga ke akhir muka surat tanpa henti. Semput akak jadinya tau adoiii... Watak Adam yang berhati batu bata ni memang boleh buat orang geram dan benci betul rasa macam nak benamkan dia dalam longkang. Cerita cliche ni kisah kahwin pilihan ibubapa memang cukup menyayat hati bila membayangkan apa yang terjadi kepada watak Nia ni memang kesian. Penulis bukan sahaja berjaya menyingkap sebuah kisah pilu Nia sebagai mangsa keadaan kahwin tanpa rela dan cinta malah didera jiwa dan perasaan daripada suami sendiri. Malah juga berjaya memperlihat bagaimana kesabaran dan perderitaan mangsa yang dianiaya serta perasaan fitrah yang ikhlas kerana Allah dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan berat pastinya akan terungkap kebenarannya dan membuahkan nikmat yang tidak terduga. Hayati dan selami maksud tersirat di sebalik kisah kasih sayang yang meruntun jiwa ini.
Sinopsis
Nia Zara, gadis kampung yang cantik, bijak dan cekal. Perawakannya yangmerendah diri membuatkan dirinya begitu mudah untuk disayangi dan didekati. Hidupnya penuh laluan berduri namun ketabahan hati menjadikan jiwanya kental. Sejak usia remaja lagi Nia sudah meminati Adam. Usulan ibu mertua agar Nia dan Adam disatukan diterima dengan hati penuh berbunga. Sangkanya, itulah jua permintaan lelaki idamannya itu. Namun, dia tidak menyangka perkahwinannya belayar di ribut gelora sejak hari pernikahannya lagi. Derita perkahwinannya ditelan sendiri, tidak diceritakan kepada nenek, mak su mahupun Yati, sahabat akrabnya. Walau jiwanya terseksa, dia tekad untuk menyelamatkan rumahtangganya.
Adam Zikri, ahli korporat muda yang tampan dan sering mencuri perhatian. Lantaran rasa sayang dan hormat kepada kedua ibubapanya, dia menurut dengan berat hati permintaan ibunya agar dia menikahi Nia Zara, anak yatim yang telah kematian ibu bapa sejak dari kecil lagi. Sangka Adam, Nia merupakan wanita mata duitan yang sanggup mengorbankan cinta orang lain demi mencapai kepuasan duniawinya. Tanpa Adam sedari, dia menyalahkan Nia atas perkahwinan itu. Nia dihukum secara mental dan emosi apatah lagi kehadiran Nia menjadi penghalang hubungannya dengan Netty.
Kemunculan Iskandar di dalam hidup Nia secara tidak sengaja mengubat duka hatinya. Iskandar, seorang usahawan terulung yang diibaratkan sebagai ‘The Most Eligible Bachelor’ ketika itu, sering menjadi perhatian media. Pada pandangan mata Iskandar pula, Nia adalah wanita istimewa. Wanita yang sukar dicari dewasa ini.
Mungkinkah Adam akan melepaskan Nia kepada Iskandar? Mampukah Iskandar menembusi tembok hati Nia untuk lelaki lain? Atau mungkinkah Adam mulai sedar bahawa Nia telah menakluki hati dan jiwanya? Ketika badai melanda hubungan Adam dan Nia, apakah akhirnya kesudahan hubungan mereka? Mungkinkah akan terbit cinta di dasar gelora ? Biarlah hati yang menentukan …
... Biarkanlah - Drama Band luahan hati Adam & Nia ...
No comments:
Post a Comment