PECAH





Penulis   :  Khairulnizam Bakeri
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Jenayah, Penyiasatan, Aksi
Penerbit  :  Buku Fixi
Bilangan Mukasurat : 335
Tarikh Terbitan : Versi E-book:Oktober 2011
ISBN :   978-967-03740-0-0 
Rating : ★★


 





Ulasan :

Kelabu adalah buku terbitan Fixi pertama kubaca. Aku bukan saja terlongo malah seperti sudah tahap jatuh ketagih nak baca karya penulis Fixi yang lain pulak. Pertama kali baca karya penulis ini. Andaian aku meleset sama sekali. Perghh, buat aku 'panas punggung' orang kata, kenapa nak tau ??? sebab ceritanya memang buat aku rasa macam main rollercoaster rasa tonggang terbalik pun ada. 

Penulis berjaya mengolah dan mengadun jalan cerita penuh misteri, penuh tanda tanya dan buat aku confuse. Unsur suspen dan penggunaan teknik flashback atau imbas kembali dari awal hingga akhir cerita dalam karya ini memang buatkan aku sentiasa dalam debaran tahap maksima dan buat aku tak sabar-sabar nak tahu siapa sebenarnya 4 orang watak utama dalam cerita ini : Herman, Alan, Radi dan Don. Siapa Bakar dan Kazim ? Apa pulak kaitan diorang ni dengan 4 watak utama ni. Terpening kepala aku sekejap kena fikir. Teknik penceritaan dalam karya ini mungkin akan buatkan pembaca pening kepala sedikit dengan jalan ceritanya yang agak tidak ikut kronologi masa dan aku juga terpaksa tenung dan hayati betul-betul jalan cerita untuk aku faham keseluruhan isi perut cerita ni. Namun ia tidak sedikit pun buat aku hilang tumpuan dan teruskan pembacaan walaupun aku agak keliru pada awal pembacaan
  
Pendapat peribadi, ceritanya memang penuh ralit dan belit, ada perompak, ada polis, ada orang jahat, ada orang baik dan ada juga orang yang aku tak tau nak kata baik ke jahat, sampaikan aku pun terbelit sama. Tidak sangka semua watak berpusing dan ada hubung kait. Memang rasa tidak puas baca pun ada bila alih-alih dah sampai muka surat terakhir...adoii kenapa cepat sangat ending nih ???? Ada Ayat-ayat dalam cerita ni pada aku agak 'panas' sikit dan agak kurang sesuai untuk adik-adik remaja dibawah umur. Sorry ye Mr Penulis, sebab tu aku terpaksa buang satu . Tak pasti pulak aku karya Fixi yang lain macam ni jugak ke sebab masuk ni baru 3 buku je yang aku dah baca. Harapnya cerita-cerita yang sebegini dapat diasingkan dan hanya diklasifikasikan untuk bacaan DEWASA sahaja.






kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  





Sinopsis


'Bank CIMB Shah Alam' simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.

'Rumah Seri Memori' simpan warga emas. Bakar -- sang penghuni dimamah dosa –- tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya -– sang jururawat -– dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.

'Hospital Tengku Ampuan Rahimah' simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.






2 comments:

  1. Setuju dengan review ini..
    Ada sesetengah buku FIXI patut dikelaskan sebagai bacaan dewasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq rasanya buku novel patut ada klasifikasi dewasa dan remaja

      Delete