Sesaat Cukup Bagiku





Penulis   :  Laila Hanni  
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  Love Novel  
Bilangan Mukasurat :  622  
Tarikh Terbitan : Mei 2013  
e-ISBN :  978-967-0657-18-91  
Rating :   ★★

 




 
Ulasan :

Pertama kali baca karya penulis ini setelah mencari-cari hampir sekian lama. Alhamdulillah akhirnya ketemu dan tak sangka kisah ini begitu merobek hati dan jiwaku. Secara peribadi, cukup aku katakan kisah ini memang sungguh lara dan pilu hingga tak mampu ku tahan air mataku mengalir tersedu-sedan dan tak mungkin dapat kucoret melalui tulisan. Sejujurnya, watak Mai dalam karya ini seakan cermin terpampang jelas di mataku. Aku dan Mai mungkin ada persamaan. Oleh sebab itu aku lebih menjiwai watak dan dapat menyelami perasaan Mai dengan begitu mendalam sekali. Aku tersangat memahami tekanan dan harapan yang begitu tinggi untuk bergelar seorang ibu yang sangat mengharapkan kehadiran seorang cahaya mata sebagai penyeri mahligai yang dibina atas dasar cinta. Ya, bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun, siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah di Luh Mahfuz untuk hambaNya walaupun amat berat dan payah untuk kita menerima.


Tak tahu apa perkataan yang aku nak tulis kat sini kerana sejujurnya watak Mia, Syamsul dan Irfan dalam karya ini telah berjaya merungkai banyak persoalan yang berlegar di minda dan yang tak mampu kuolah dan tulis dalam ruangan yang secoet ni. Cuma apa yang ingin aku kongsikan di sini, melalui watak Irfan, aku cuba belajar untuk lebih memahami setiap tekanan, penderitaan zahir dan batin yang dialaminya yang telah buatkan dia sanggup untuk lakukan sedemikian. Aku kira sesiapa sahaja yang berada di tempat Irfan mungkin akan mengambil tindakan yang hampir serupa. Watak Mia buat aku termenung jauh dan memikirkan mampukah aku menghadapi setiap kebenaran dan menerima takdir yang sebegitu hebat ? Watak Syamsul pula, telah berjaya membuka mata hati dan akalku dan banyak mengajarku tentang erti hidup dan erti cinta luhur yang sebenarnya. Sungguhpun sukar untuk aku terima kisah lara ini, namun inilah sebahagian daripada seribu satu cerita yang terjadi dan wujud di sekeliling kita.  Hakikat kehidupan yang harus kita terima walaupun amat payah dan terlalu sukar. Hanya mereka yang pernah mengalaminya yang akan lebih memahami dan dapat menerima hakikat takdir sedemikian. Terima kasih Laila Hanni, cerita anda buat aku bengkak mata tersedu sedan dan sakit dada. Satu lagi kisah realiti kehidupan yang sungguh menyentuh jiwa dan ragaku. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai pengajaran dan pedoman buat pembaca diluar sana.



Sinopsis

Tujuh tahun perkahwinan Maizatul Hafizah (Mai) dengan suaminya Muhammad Irfan, mereka tidak dikurniakan zuriat sehingga membuatkan Mai hidup dalam kemurungan. Pergolakan rumahtangga yang dibina dikuatkan lagi dengan perselisihan faham dan keegoan sehingga akhirnya Mai diceraikan dengan talak tiga. Namun tika penyesalan tiba, segala-galanya sudah terlambat. Kata perpisahan sudah dilafaz dan mereka hanya boleh bersama dengan cara mencari ‘cina buta’.

Dalam kebuntuan mencari seorang lelaki yang boleh dipercayai untuk mengahwini Mai, Irfan diperkenalkan dengan Syamsul Hasni, seorang lelaki yang hidupnya penuh dengan kekecewaan dan sanggup menerima syarat-syarat yang ditetapkan olehnya. Kerana terdesak untuk bersatu semula, Mai dan Irfan bersetuju menetapkan tempoh tiga bulan untuk bersuamikan Syamsul bagi mengelakkan syak wasangka dari masyarakat sekeliling.

Akhirnya Mai dan Syamsul bersatu dalam sebuah perkahwinan tanpa sekelumit rasa kasih dan sayang. Namun kehidupan yang dilalui oleh Mai sebagai isteri kepada Syamsul memberi pengalaman yang tidak pernah dilaluinya sepanjang hidup bersama Irfan. Walaupun mula disentuh rasa bahagia, perasaan cintanya kepada Irfan masih kukuh sehingga dia nekad mahu meninggalkan Syamsul apabila tiba masanya. Namun apabila tempoh tiga bulan menghampiri penghujungnya, hati kian berat mahu melangkah pergi.

Kerana timbul perasaan halus kepada Syamsul, Mai sedaya upaya membantu suaminya membina kehidupan yang lebih baik dengan memulakan perniagaan. Tidak mampu dinafi hati, kehadiran Syamsul dan keluarganya memberi berjuta rasa yang tidak pernah dia duga.

Namun kebahagiaan tidak datang dengan mudah. Bagaimana keindahan itu mampu kekal sekiranya Irfan tanpa jemu memujuk dan merayu?

Dan cinta yang mana perlu dia pilih? Bekas suami yang pernah dikasihi sepenuh jiwa, atau juga si suami yang melekat tanpa syarat di hatinya?





... Syamel - Hidup Dalam Mati ~ gambaran hati Irfan ...







... Siti Sarah - Kesetiaan ~ gambaran hati Mia pada Irfan ...
 

... Jac, Ning & Shila - Semua Isi Hatimu ~ gambaran hati Mia ...






... Jac, Ning & Shila - Di mana-Di mana ~ gambaran hati Mia pada Syamsul...




... Hyperact - Takkan Pergi ~ gambaran hati Syamsul ...






kalau ingin tahu lebih lanjut karya Laila Hanni boleh klik link ni... Laila Hanni




No comments:

Post a Comment