Penulis : Ilham Hamdani
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : PTS Litera
Bilangan Mukasurat : 588
Tarikh Terbitan : 2010
ISBN : 978-983-3892-97-6
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Sebuah kisah yang sungguh sempurna, membuatkan jantungku berdegup laju, mampu menggetarkan seluruh jiwaku yang lesu. Kisah ini penuh dengan ayat-ayat yang dapat memujuk dan mengajak pembaca untuk kembali kepada Tuhan pencipta manusia dengan cara yang cukup lembut, halus dan terus meresap ke hatiku yang paling dalam. Kisah yang bisa membuatkan kita merasa segar, tenang dan damai. Kebanyakan buku yang kubaca sebelum ini adalah daripada luahan seorang penulis wanita. Dan sebagai seorang wanita, aku kira mesej mereka lebih cepat sampai dan dapat kuhadam dengan lebih mudah. Namun, setelah membaca kisah ini yang lahir daripada perasaan seorang lelaki, aku kira lelaki juga punyai pandangan dan luahan yang agak luarbiasa juga. Malah aku rasa karya penulis ini sarat dengan kata-kata nasihat dan pengajaran yang mampu menaikkan semangat waja dalam jiwa anak bangsa yang merantau di luar negara.
Walaupun pertama kali baca karya penulis ini tetapi penulis berjaya buat aku tertarik dengan olahan jalan ceritanya dengan begitu terkesan sekali dihatiku, terasa seperti jasadku berada di Canberra dan menikmati sendiri segala keadaan dan keindahan yang diceritakan melalui kisah ini. Banyak mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini. Dan banyak nilai-nilai murni anak bangsa Melayu, perpaduan anak bangsa Malaysia yang merantau di negara orang diceritakan dengan harmoni sehinggakan aku begitu terpesona dan buat aku tak sabar-sabar untuk tahu kesudahan cerita ini. Apa yang ingin aku kongsikan di sini, cerita ini memang cukup rencah, cukup rasa, cukup pesona. Rasanya aku bukan sahaja sudah jatuh hati dengan karya penulis hebat ini, tetapi aku juga ingin ucapkan terima kasih dan tahniah kepada penulis hebat ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang bukan sahaja dapat dijadikan pedoman dan pengajaran kepada pembaca. Malah memang sesuai sekali dijadikan sebagai motivasi dan peniup semangat yang amat berguna kepada pembaca terutamanya kepada generasi muda dalam mengenal dan mengharungi hidup yang penuh cabaran dan dugaan sebagai manusia di bumi ALLAH ini. Aku akui 'Carilah Cinta Tuhan, kamu akan bertemu cinta hamba.' Semoga penulis akan terus berdakwah melalui berkarya.
Highly Recommended Book
Sinopsis
Ikmal
Hakimi, seorang bekas pelajar Malaysia yang kematian emaknya dan baru
mengalami cinta terhalang. Akhirnya dia yang pernah belajar di Canberra
(dan mengulang setahun) kembali semula ke Canberra mencari damai hati.
Cerita
bermula apabila Ikmal Hakimi bertemu dengan Nia Suraya, bekas
kekasihnya yang datang ke Canberra sabagai pegawai diplomatik yang
berkursus setahun. Di sinilah bermulanya cinta musim kedua.
Dalam
masa yang sama, ada seorang gadis Cina, Melissa Ai Ying Keong, adik
teman serumah Ikmal Hakimi yang menaruh perasaan kepada Ikmal Hakimi.
Di sinilah berlakunya konflik. Ikmal Hakimi berada dalam dilema membuat pilihan.
Selain
itu, ada watak tambah Makcik Marwa dan Izzuddin al-Qassam yang telah
merubah Ikmal Hakimi. Daripada seorang pemuda bermasalah, yang tidak ada
pegangan hidup, yang ibarat lalang, kemudian menjadi seorang yang kuat
agama, dan mendekati Tuhan, sesuai dengan nasihat Makcik Marwa,
'Carilah Cinta Tuhan, kamu akan bertemu cinta hamba.'
Nia
Suraya yang terjebak dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa
sehingga dia sendiri diculik. Dan Melissa pula terus-terusan menawarkan
cinta sucinya. Ikmal Hakimi berjaya menyelamatkan Nia Suraya dengan bantuan polis dan rakan-rakan. Maryam Ai Ling Keong mengakui syadahah ikhlasnya. Setelah menemui cinta Tuhan, Ikmal Hakimi akhirnya memilih untuk menjadi pemimpin yang halal di sisi Maryam.
... Masihkah Kau Ingat - Kopratasa ...
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
Beza antara orang berjaya dan orang gagal ialah, orang berjaya mencipta peluang, orang gagal mencipta alasan
Kebahagiaan bukanlah pada sihatkah, sakitkah, tetapi adalah bagaimana cara kita menerima dan melihat sesuatu yang didatangkan istimewa oleh Tuhan itu
Carilah cinta Tuhan dan kau akan berjumpa dengan cinta hamba
Cinta ini kadang-kadang seperti sekuntum bunga ros cantik. Kita asyik dengannya, dan ingin lekas memilikinya. Tetapi, oleh duri tajamnya, sering sahaja kita terluka
Kata Nabi ada empat perangai manusia :-
Pertama, lambat marah, cepat memaafkan.
Kedua, cepat marah, lambat pula maafkan orang.
Ketiga, cepat marah, cepat memaafkan.
Dan yang terakhir, lambat marah, dan lama pula mahu memaafkan.
Maka jadilah yang pertama.

Ada empat petua untuk menjadi orang yang senang hati.
Dua daripadanya ialah kita mudah melupakan kesalahan orang kepada kita
dan kedua, kita selalu ingat kesalahan kita kepada orang lain
Bahawa tekanan, desakan hidup dan peperangan yang besar melahirkan tokoh-tokoh hebat dan berpengaruh.
Jadilah sepeti Rasululullah saw, jiwanya kental, tidak pernah putus asa dan terus-menerus berharap dan berdoa kepada Allah, baginda berjaya melalui fasa-fasa sukar itu dengan kejayaan. Baginda lahir dari sekolah kesusahan dan universiti penderitaan yang hebat.
Tidak rugi kita mencintai Tuhan. Kerana bila kita mencintai Tuhan dan Tuhan pula akan mencintai kita, seluruh alam, langit, bumi dan seluruhnya diseru untuk mencintai kita.
Kata Nabi orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati dan membuat persediaan untuk menemui kematian itu
Apa yang kita ada hari ini adalah pinjaman semuanya. Kita meminjam daripada Tuhan yang sangat kaya
Tuhan menyebut dalam surah Al-Mulk :
" Tidak Aku ciptakan hidup dan mati, untuk melihat siapakah yang terbaik amalnya "
Di balik setiap kesulitan itu ada kegembiraan. Di balik awan kelabu ada sinar cahaya
Cuma kita harus bersabar. Itulah ubat yang paling mujarab
Carilah cinta akhirat, kamu tentu akan bertemu dengan cinta-cinta dunia
Setiap sesuatu yang Allah aturkan, tentulah ada hikmah dan kebaikannya yang tidak diketahui oleh manusia yang sangat cetek fikirnya
Ujian adalah tanda sayangnya Allah kepada kita. Ujian adalah untuk mengangkat darjat seseorang hamba. Ujian adalah sebagai kifarat dosa-dosa, yakni menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita lakukan selama ini
Kehidupan adalah suatu perjuangan. Dan hanya orang-orang yang sanggup bangkit semula dan terus melangkah meski pun lemah, adalah orang yang akhirnya akan sampai jua pada garisan akhir. Garisan akhir adalah garisan kejayaan
Rugilah hidup manusia jika tidak menjadi pembaca. Rugilah pembaca jika dia tidak berubah dengan pembacaannya. Dan rugilah orang yang berubah jika dia tidak beristiqamah dengan perubahannya
Membaca sambil mengkaji. Bukan membaca sekadar mengisi masa lapang
Lihatlah kegagalan itu dari pandangan yang baik
Di belakang kejayaan seorang lelaki adanya seorang arkitek wanita iaitu isterinya
Dan di belakang kejayaan seorang wanita pun ada seorang lelaki yang meniupkan semangat
Di saat kita resah, dirundung malang yang saling bergantian, mengadulah kepada Tuhan
Kehidupan ini adalah satu pusingan kesenangan dan kesusahan.
Kesenangan adalah untuk menjadikan kita bersyukur.
Kesusahan adalah supaya kita segera mencari Tuhan

kalau ingin tahu lebih lanjut karya penulis boleh klik link ni... Ilham Hamdani
No comments:
Post a Comment