Plain Jane



Penulis   :  Nurul Syahida
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Cinta
Penerbit  :  Buku Prima
Bilangan Mukasurat : 351
Tarikh Terbitan : 2008
ISBN : 978-983-3669-47-9
Rating : ★★

 





 


Ulasan :

Secara jujur aku tidak berapa suka dengan kisah dalam karya ni. Walaupun aku agak tertarik dengan cara penulis mengolah jalan cerita konflik dalaman yang dihadapi oleh watak Siti Nurbalkis bt Sulaiman ini, namun intipati karya ini agak kurang berjaya menambat hati aku untuk menghadam keseluruhan kisah dalam karya ini.  Walau bagaimanapun memang ada mesej baik yang cuba disampaikan oleh penulis melalui cerita ini tetapi mungkin hanya aku je kot yang tidak berapa nak faham dengan jalan cerita karya ni dan tak boleh nak masuk dengan jiwa aku ni. 





Sinopsis



Maksud saya, kawan-kawan Ana terdiri daripada gadis-gadis yg macam Ana. Tapi awak tak macam dia. Tak ada beg berjenama LV atau bersolek MAC atau berbau minyak wangi Carolina Herrera. You're like a Plain Jane berbanding mereka semua.

Kau gila Kis? Esok ada lima kelas! Tak penat ke? Hati aku menjerit. Tapi kenapa nak dengar kata hati? Baik dengar kata Zaniel. Zaniel sepuluh kali lebih kacak dari hati aku.

Kadang-kadang kita perlukan drama dalam hidup untuk menambahkan rencah dalam cerita yang bakal kita ulang kepada anak cucu. Khir adalah 'bunjut dalam sup' hidup aku ini, ia menambah rasa namun bukan untuk ditelan!

Awak ikut protokol dan awak rasa memberitahu saya yang awak cintakan saya dan mendapat pengesahan yang saya cintakan awak adalah cara bercinta yang ideal. Kadang-kadang kita tak perlu menyebut 'Saya Cintakan Awak' untuk memberitahu seseorang yang memang kita cintakan dia. Cukup hanya dengan menunjukkannya, mengambil tahu, memahami.

Aku tidak perlukan fantasi itu. Semudah itu untuk menjadi diriku.

 


Andainya Kukembali



Penulis  :  Mia Khaidina
Negara  :  Malaysia  
Bahasa  :  Melayu  
Genre    :  Cinta
Penerbit : Buku Prima
Bilangan Mukasurat : 432
Tarikh Terbitan : 2009
ISBN : 978-967-5234-94-1
Rating : ★★★

 






 

Ulasan :


Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya aku telah diberi kesempatan dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya pertama penulis hebat ini yang baru sahaja aku kenali dan baca. Buku ini telah kubeli ketika jualan murah secara online di laman karangkraf kerana aku agak tertarik dengan gambar muka depan karya ini. Setelah aku 'belek' karya ini baru aku tahu sebenarnya karya ini memang punyai auranya yang tersendiri. Dan memang tepat sekali pilihan aku untuk beli karya ini. Ternyata setelah habis baca, baru aku tahu karya ini memang menyentuh hati kepada sesiapa sahaja yang dapat menghayati watak dan jalan cerita karya yang sungguh melankolik ini. Ha ha apa pulak makna melankolik ni ye.. dari apa yang aku jumpa maksud melankolik ialah bahasa/ayat yang membawa maksud sedih/pilu/terharu/hampa/kecewa/sayu. Secara peribadi karya ini aku rasa memang sedih dan boleh dijadikan sebagai motivasi dan pembakar semangat kepada pembaca wanita khususnya yang masih belum atau sedang mencari seorang ADAM yang dapat membimbing dan memimpin tangan HAWA hingga ke syurgaNYA dalam melayari kehidupan yang penuh ujian mencabar ini.

Moga-moga kisah ini mampu menyentuh dan melentur setiap hati dan jiwa beku malah dapat membuka minda supaya menghadam kisah ini untuk dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran. Bacalah dengan mata hati dan mata akalmu, insya Allah pasti akan beroleh jawapan disebalik apa yang berlaku kepada kita. Semua yang berlaku kepada kita adalah hanya dengan izin Allah. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis hebat ini kerana telah berkongsi dan berjaya mengupas suatu persoalan yang sering berlegar-legar di mindaku. Selain itu, kisah ini juga telah berjaya buat aku lebih memahami dan menjiwai perasaaan dan setiap tindakan watak Azlin hingga berjaya membuatkan aku menitis air mata. Yakini setiap yang berlaku kepada kita itu pasti ada hikmah yang tersembunyi dan terima dengan redha dan berlapang dada.


Sinopsis


Cinta itu manis untuk dikenang tapi cinta itu lebih manis bila kita dapat menikmatinya dan menghabiskan usia dengan dia yang kita benar-benar cinta. " Percayalah kataku, Marc adalah sebahagian daripada perjalanan engkau mencari cinta yang luhur. Antara cinta pada Marc dan cinta pada Allah, aku sangat berbangga mengenali kau Lin, yang mampu meninggalkan cinta pada Marc untukNya," Azlin mengangguk lewat kata-kata itu, ya masa kan dia perlu menjadi murtad semata-mata bersama Marc? Nauzubillah min zalik...aku impikan syurga! 
Azlin meninggalkan Marc Darcy selepas lapan tahun bercinta kerana lelaki itu tidak mahu memeluk Islam. Walaupun sudah berusaha mendekatkan lelaki itu dengan Islam, Azlin gagal mengIslamkan dia. Azlin pulang ke Malaysia, memulakan hidup baru dengan memilih kerjaya baru iaitu wartawan. Dia jatuh hati pada rakan siber tetapi tidak percaya pada pertemuan di alam tidak nyata. Azlin akhirnya memilih Amri untuk mengakhiri sindiran orang keliling terhadap dirinya yang masih bujang pada usia lewat. Bagaimanapun, hidup bersama Amri tidak seindah dijangka. Amri sering cemburu buta, mengawal setiap pergerakan, sering 'naik angin' dan sikap panas barannya seringkali mengasari Azlin sehingga mengalami kecederaan di mata dan keguguran setelah baru sahaja dua bulan melalui kehidupan rumahtangga. Azlin akhirnya diceraikan ketika tidak sedar dan mengalami kecederaan yang teruk bawah tulang belakang setelah terlibat dalam kemalangan kereta. Azab penderitaan yang ditanggung Azlin akhirnya bertemu titik noktah. Takdir Tuhan, tiada siapa menduga ada hikmah disebalik yang berlaku. Kemunculan Marc Darcy atau Umar setelah memeluk Islam datang menemui Azlin adalah ketentuan yang telah ditetapkan oleh ALLAH untuk menyambung semula kasih suci yang telah terputus di antara mereka. Ternyata semua yang berlaku itu adalah dengan izinNYA.

 

Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-


"...Cinta berupaya membuat manusia buta. Cinta juga boleh membuat manusia lupa agama. Berhati-hati dengan cinta..."

"... Ya Allah, aku serahkan seluruh jiwa dan ragaku padaMU..."

"...Benarlah, Allah boleh meragut segala kekayaan dalam sekelip mata jika itu mahuNYA dan Allah juga boleh menghakis segala kemiskinan jika itu kehendakNYA..."

"...Kadangkala Allah menguji kita dengan menemukan kita dengan orang lain sebelum kita bertemu dengan jodoh yang sebenar. Supaya kita lebih menghargai kebesaranNYA..." 

 "...Benar, jodoh itu ketentuan Allah jua. Manusia hanya mampu merancang dan memilih namun pilihan Allah itu jua yang lebih tepat, kerana Allah memberi apa yang kita perlu dan bukan yang kita mahu..."

"...Andainya perlu kembali,  aku ingin menjadi milikMU yang abadi..."


"...Tuhan tidak akan memberi ujian hebat kepada hambaNYA yang tidak kuat..."

"...Tanya pada diri sendiri apa yang kau mahu. Dan apabila kau temui jawapan, itulah yang kau perjuangkan. Jangan lakukan perkara yang membahagiakan orang lain tetapi membuat diri sendiri sengsara. Pengorbanan harus bertempat..."
 

"...Kalau itu takdirnya, itulah milikku . Kerana Allah pernah memberi Azlin yang sempurna padaku dulu. Tapi aku membuangnya jauh. Justeru andainya perlu kembali ketika ini dalam keadaan kau yang sebegini, aku sangat redha ~ Umar ..."



...lagu Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah adalah luahan hati Azlin...





...lagu Semua Isi Hatimu - Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah adalah luahan hati Marc...







 

Cinta Edisi Terhad




Penulis  :  Lynn Dayana
Negara  :  Malaysia  
Bahasa  :  Melayu  
Genre   :  Cinta  
Penerbit : Alaf 21  
Bilangan Mukasurat : 489  
Tarikh Terbitan : 2010
ISBN : 978-983-124-526-2  
Rating :  ★★




 

Ulasan :

Kisah tentang perjuangan tiga orang wanita dan misi seorang lelaki yang lupa ingatan dalam karya ni pada mulanya aku rasa amat misteri dan buat aku tertanya-tanya dari permulaan aku baca karya ini hingga ke akhir muka surat. Aku memang suka dengan teknik penceritaan yang ada unsur misteri dan suspen. Walaupun aku memang suka dengan cara penulis mengolah jalan cerita bagaimana watak tiga orang wanita dalam karya ini berjuang bangkit semula untuk teruskan hidup setelah melalui saat kegagalan dan kesedihan dalam hidup mereka, tetapi intipati karya ini agak kurang berjaya menambat hati aku untuk menghadam keseluruhan kisah dalam karya ini. Agak kurang dapat terima oleh akal aku tentang watak Taufik yang tiba-tiba muncul jadi HERO pembebas kesengsaraan dan bertindak balas dendam bagi pihak tiga orang wanita dalam karya ini. Aku tidak dapat mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam karya ini. Entah mungkin hanya aku je kot yang tidak faham dengan jalan cerita karya ni. 




Sinopsis
 
DI BAWAH timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai di bumi.

Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yang lebih sempurna.

Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!

Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri Malaikat maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.

Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha.

Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?



Fifty Shades Freed (Fifty Shades #3)




Penulis  :  E. L. James
Negara  :  United Kingdom
Bahasa  :  English
Genre   :  Romance
Penerbit : Vintage Books
Bilangan Mukasurat : 579
Tarikh Terbitan : 17 April 2012
ISBN : 9780345803504
Rating : ★★★








Ulasan :

Akhirnya Christian meluahkan hasrat untuk menyatukan dua hati mereka dengan ikatan perkahwinan. Macam-macam perkara berlaku dan pelbagai kerenah Christian yang Ana perlu hadapi tapi yeaah...terbongkar juga segala misteri yang menjadi tanda tanya aku selama ini. Anastasia dan Christian dapat mengharungi segala kekusutan yang mengganggu hidup mereka. Kehamilan Anastasia memberi satu tamparan hebat kepada Christian dan begitu marah pada mulanya namun terjadinya insiden yang hampir meragut nyawa Anastasia demi menyelamatkan adik Christian yang telah diculik oleh bekas bos Anastasia telah dapat menyedarkan Christian dan betul-betul yakin dengan cinta Ana terhadapnya. Kelahiran anak lelaki yang bernama Theodore Raymond Grey adalah sebagai penyelamat, pelengkap dan pencetus kebahagiaan dalam hidup mereka. Kisah happy ending ni hanya dalam novel je, realiti memang payah nak dapat camnih tau. Kalau nak baca online boleh klik link ni http://www.stacksnovel.net/Romance/fifty_shades_freed_%28E_L_James%29.html 

AMARAN : Buku penulis ini memang aku kategorikan 18 sx, hanya untuk bacaan dewasa berumur 21 tahun ke atas sahaja. 
  

Synopsis

When unworldly student Anastasia Steele first encountered the driven and dazzling young entrepreneur Christian Grey it sparked a sensual affair that changed both of their lives irrevocably. Shocked, intrigued, and, ultimately, repelled by Christian’s singular erotic tastes, Ana demands a deeper commitment. Determined to keep her, Christian agrees.
Now, Ana and Christian have it all—love, passion, intimacy, wealth, and a world of possibilities for their future. But Ana knows that loving her Fifty Shades will not be easy, and that being together will pose challenges that neither of them would anticipate. Ana must somehow learn to share Christian’s opulent lifestyle without sacrificing her own identity. And Christian must overcome his compulsion to control as he wrestles with the demons of a tormented past.

Just when it seems that their strength together will eclipse any obstacle, misfortune, malice, and fate conspire to make Ana’s deepest fears turn to reality.


if you wanna know more about this writer do click on this link E L James


...lagu You'll Never Find - Michael Buble adalah luahan rasa hati Christian untuk Anastasia...
 


...lagu Wherever You Will Go - Charlene Soraia adalah luahan rasa hati Anastasia untuk Christian...



Fifty Shades Darker (Fifty Shades #2)




Penulis  :  E. L. James
Negara  :  United Kingdom
Bahasa  :  English
Genre   :  Romance
Penerbit : The Writer's Coffee Shop Publishing House
Bilangan Mukasurat : 532
Tarikh Terbitan :  16 September 2011
ISBN : 978-1-61213058-3
Rating :  ★★★







Ulasan :

Secara jujur aku agak teruja untuk baca sambungan buku kedua ini dan tak sabar nak tahu apakah yang akan berlaku kepada watak Anastasia ini. Agak berpuas hati sikit dengan perjalanan cerita walaupun terlalu sedikit kisah lampau Christian dibongkarkan dalam buku ini. Tetapi aku agak kecewa kerana ceritanya agak meleret-leret dan masih terlalu banyak misteri yang tidak terungkai tentang Christian, juga terlalu banyak sangat kisah intim di antara Christian dan Anastasia. Walaupun di sebalik kisah BDSM (bondage, domination, sadism, masochism) ini aku masih tidak dapat nak hadam dengan lumat namun apa yang penulis cuba sampaikan dalam karya ini secara peribadi aku rasa adakah suatu hubungan cinta dan kasih sayang yang luhur yang terjalin di antara dua watak ini mampu mengubah dan menarik salah seorang daripada mereka itu beralih arah dari sisi gelap kepada sisi yang cerah. Dapatkah Anastasia 'menjinakkan' Christian yang telah 'liar' sekian lama. Adakah Anastasia dapat menggali semula sejarah hitam yang telah berlaku dalam hidup Christian ? Mampukah Anastasia menerima kejutan dan bertahan dengan Christian ? Memang stress baca buku ni tau. Aku kena sambung baca buku tiga pulak kalau nak tahu apa kesudahan cerita ni.


AMARAN : Buku penulis ini memang aku kategorikan 18 sx, hanya untuk bacaan dewasa berumur 21 tahun ke atas sahaja.


Synopsis :

Daunted by the singular sexual tastes and dark secrets of the beautiful, tormented young entrepreneur Christian Grey, Anastasia Steele has broken off their relationship to start a new career with a Seattle publishing house.But desire for Christian still dominates her every waking thought, and when he proposes a new arrangement, Anastasia cannot resist. They rekindle their searing sensual affair, and Anastasia learns more about the harrowing past of her damaged, driven, and demanding Fifty Shades.




While Christian wrestles with his inner demons, Anastasia must confront her anger and envy of the women who came before her and make the most important decision of her life.

Erotic, sparkling and suspenseful, Fifty Shades Darker is the irresistibly addictive second part of the Fifty Shades trilogy.



if you wanna know more about this writer do click on this link E L James




...lagu Love Me Like You Do - Ellie Goulding ini adalah luahan rasa hati Anastasia untuk Christian...





...lagu I Put A Spell On You - Annie Lennox ini adalah luahan rasa hati Christian untuk Anastasia...








Fifty Shades of Grey (Fifty Shades #1)




Penulis  :  E. L. James
Negara  :  United Kingdom
Bahasa  :  English
Genre   :  Romance
Penerbit : Vintage Books
Bilangan Mukasurat : 514
Tarikh Terbitan :  20 June 2011
ISBN : 978-1-61213028-6
Rating :  ★★★










Ulasan :


Secara peribadi, aku agak terkesan dengan watak Anastasia dalam karya ini walaupun ceritanya agak erotic dan melampaui batas dalam menggambarkan setiap perlakuan hubungan intim di antara Grey dan Anastasia secara terang-terangan bertentangan dengan agama, budaya ketimuran dan adat resam kita. Memang tidak dapat disangkal, buku penulis barat memang mempunyai unsur sedemikian, boleh baca, buat penilaian sendiri, cuba tapis dan ambil nilai yang positif sahaja tetapi jangan pulak kita hanyut dan terikut-ikut sama dengan budaya dan cara hidup mereka. Gaya bahasa yang digunakan dalam karya ini agak mudah difahami, setiap perjalanan cerita digambarkan dengan jelas dan terang, namun aku rasa tidak sesuai untuk dibaca oleh golongan bawah umur 21 tahun atau masyarakat kita yang mudah terpengaruh dengan anasir sebegini. Walau bagaimanapun, pendapat peribadi aku rasa ada mesej dan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis karya ini untuk dijadikan sebagai teladan dan supaya pembaca dapat berfikir dan membuat penilaian apakah sebenarnya yang terjadi kepada watak dan perwatakan Grey yang begitu misteri dan mempunyai sisi gelap sehingga menjadikannya seorang yang mempunyai keinginan di luar alam ini. 

Watak Anastasia pula masih boleh dijadikan iktibar akibat daripada sifat naif dan kurang pengetahuan dan kurang mengerti akan maksud hubungan intim dan kasih sayang yang sebenarnya sehingga dia begitu mudah terpedaya dan dihanyutkan dalam suatu hubungan yang tidak normal ini. Walaupun cerita dalam karya ini boleh aku katakan memang tidak boleh masuk dalam jiwa aku ni, tetapi aku agak tertarik untuk menyelami tekanan dalaman jiwa Grey dan ingin menyelongkar apakah sebenarnya rahsia gelap perjalanan hidup yang telah dilalui oleh Grey di masa lampaunya sehingga menyebabkannya berkeadaan sedemikian. Aku rasa masa lampau ada hubung kait dengan keadaan masa kini seseorang itu, dan mungkin juga akan mencorakkan keperibadian dan hala tuju pemikiran seseorang itu.   


AMARAN : buku penulis ini memang aku kategorikan 18 sx, hanya untuk bacaan dewasa berumur 21 ke atas sahaja. 



Synopsis :

When literature student Anastasia Steele goes to interview young entrepreneur Christian Grey, as a favor to her roommate Kate Kavanagh, she encounters a man who is beautiful, brilliant, and intimidating. The unworldly, innocent Ana is startled to realize she wants this man and, despite his enigmatic reserve and advice, she finds herself desperate to get close to him. Unable to resist Ana’s quiet beauty, wit, and independent spirit, Grey admits he wants her, too—but on his own terms.



Shocked yet thrilled by Grey’s singular erotic tastes, Ana hesitates. For all the trappings of success—his multinational businesses, his vast wealth, his loving family—Grey is a man tormented by demons and consumed by the need to control. When the couple embarks on a daring, passionately physical affair, Ana discovers Christian Grey’s secrets and explores her own dark desires. Erotic, amusing, and deeply moving, the Fifty Shades Trilogy is a tale that will obsess you, possess you, and stay with you forever.


if you wanna know more about this writer do click on this link ... E L James   




...lagu Darkside - Kelly Clarkson ini adalah gambaran luahan rasa hati terpendam Christian untuk Anastasia...




...lagu I Know You - Skylar Grey ini adalah gambaran luahan rasa hati terpendam Anastasia untuk Christian...