Bunga Api


 

 

Penulis   :  Orked V.  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penulisan2u
Bilangan Mukasurat : 577
Tarikh Terbitan : Dis 2019  
Rating : 

 

 


 

Ulasan

Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ya! 

 



Sinopsis

Najmi dan Maria bertemu ketika hidup gadis itu sedang kusut. Dalam keadaan tertekan dan terabai, Maria mengambil keputusan untuk membunuh diri. Bagaimanapun, hasratnya tidak berjaya kerana tindakan pantas Najmi.

“Tuhan dah tinggalkan aku!” - Maria

Empatinya pada Maria membuatkan Najmi ingin membantu gadis tersebut. Dia faham benar jika seseorang itu sudah berputus asa dengan hidup kerana dia juga seringkali merasainya. Peristiwa dua dekad lalu bukan saja meragut memorinya tetapi hampir meragut kewarasannya. Dia menjalani hidup setiap hari dengan bayangan yang menakutkan sehingga kadang-kadang dia mahu menyerah kalah dengan hidup.

“Aku tau macam mana perasaan tu. Aku tau apa rasanya apabila kau rasa kau dah tak ada harapan lagi.” - Najmi

Orang kata, orang yang berputus asa itulah orang yang sebenarnya mahu hidup bahagia. Mereka hanya ingin penderitaan mereka berakhir.

“Awak tau bunga api?” - Maria

“Kenapa dengan bunga api?” - Najmi

“Kita selalu memuja yang indah, yang berkilauan dan yang bersinar. Yang tinggi dan jauh atas langit sana. Yang ada depan mata tapi tak tercapai.” - Maria

“Apa yang awak nak cakap sebenarnya?” - Najmi

“Saya rasa hidup saya macam bunga api yang ingin bersinar di langit.” - Maria

Ana muncul dalam hidup Najmi sebagai doktor yang merawatnya. Walaupun pernah menganggap Najmi sebagai cinta monyetnya, namun Ana ikhlas membantu Najmi mengatasi kecelaruan psikologinya.

“Orang yang ada masalah dekat sini... Selalu ingat yang dia orang tak ada apa-apa. Dia orang sihat. Tapi dalam ni macam ada bunga api yang sedang meletup di udara. Bersinar tapi membutakan.” – Ana

Ketika Najmi, Maria dan Ana mengatasi konflik dalam diri masing-masing, tanpa disangka, misteri dua dekad yang lalu terbongkar kembali. Banyak perkara yang terungkai. Rupa-rupanya trauma mereka belum berakhir.

 

 

 

Dhia, The Bad Boy's Cinderella


 

Penulis   :  Cik Bawang  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Ceritera Cinta Publication
Bilangan Mukasurat : 490 (ebook)
Tarikh Terbitan : Feb 2022  
Rating :

 

 

 

 

Ulasan

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 14 penulis ini selepas Faris, My Best Friend's Brother, Faris, Lelaki Kiriman Tuhan, My Badass Husband, Dean, Hana, Jangan Letih Mencintaiku, Nakhaie, Mr Troublemaker, Mr Troublemaker 2, My Sweet Saviour, Aku Playboy Dia Ustazah, My Rio Aryan dan My Rio Aryan 2.

Ini kisah tentang pendosa-pendosa yang ada keinginan untuk berubah, membersihkan diri dari dosa dan mencari cinta dan kasih sayang dari Allah.

Kisah klise Dhia dipaksa bernikah dengan Aydan atas keterlanjuran mereka yang telah dirancang oleh kakak tiri Dhia. Rupanya diorang ni mama dan papa Qaiser dalam kisah Hana. Kisah yang santai, tiada konflik yang peningkan kepala aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Tapi berjaya jugak menarik aku untuk layan hingga ke akhir muka surat.

Ingatlah kita adalah Pendosa Yang Sentiasa Di beri Peluang Dan Harapan Selalu Ada. Rebutlah peluang selagi masih ada. Semoga kita sentiasa diberi peluang dan dipermudahkan. Semoga ALLAH swt mengampunkan semua dosa kita insya-ALLAH amminn.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.  



Sinopsis

Daripada luaran, ramai yang mencemburui Dhia Dahlia. Gadis jelita yang dilimpahi kemewahan. Tetapi tiada siapa sangka di sebalik semua itu, dia derita di dalam rumah sendiri. Didera mental dan fizikal oleh mama dan kakaknya. Mujur ada ayah yang sangat menyayanginya.

"Aku tak nak kau goda bakal suami Dewi." – Puan Zura
"Sanggup mama tuduh Dhia macam tu..." – Dhia
"Manusia ni rambut saja sama hitam, Dhia. Dalam hati siapa tahu."- Puan Zura

Kehadiran Aydan menambah masalah hidup Dhia. Lelaki itu sepatutnya menjadi abang ipar dia, tetapi lain pula yang berlaku. Aydan perangkap dirinya!

“Kau diam, boleh tak! Kalau kau nak Dewi selamat, kau diam!"- Aydan
"Kau orang berdua memang jahanam! Kalau nak jadi setan jangan libatkan orang lain!"- Dhia

Aydan memang lelaki idaman ramai, tapi bukan idaman Dhia! Bagi Dhia, Aydan adalah Mr Bad Boy. Dhia tak mahu menambah derita sekiranya menerima Aydan dalam hidupnya. Puas dia menolak, tapi Aydan yang licik lebih dahulu bertindak membuatkan kebencian kakak dan mama kepada Dhia makin menggunung.

Rumah tangga mereka dingin dek kebencian Dhia yang menebal. Namun saat melihat Aydan berubah, Dhia jadi lembut hati.

Baru mereka nak bahagia berdua, datang pula badai yang lain. Mampukah mereka bahagia seperti mana kisah dongeng yang telah tertulis?

 

 

 ... lagu I'tiraf - Raihan ...

 


 

 

jika ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...