Setulus Khadeeja


Penulis   :  Liza Nur      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Grup Buku Karangkraf
Bilangan Mukasurat : 418
Tarikh Terbitan : Ogos 2022  
ISBN :  978-967-2858-06-5 
Rating :

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kelapan penulis hebat ini selepas Bukan Salahku, Biarkan Ia Pergi, Cinta Cash & Carry, Panggil Aku Kiah, Bridesmaid, Anggun Mikayla dan Dalam Rintis Hujan.    

Menurut penulis karya hebat ini, kisah Khadeeja ini adalah berdasarkan kisah benar yang diubah mengikut kesesuaian untuk memberi iktibar kepada masyarakat hari ini. Kisah ini menyelongkar perasaan seorang anak yang ketandusan kasih sayang ibu dan ayah sejak kecil dan menjadi mangsa penderaan fizikal, mental dan emosi. Malah anak yang dipinggirkan semasa kecil ini setelah dewasa dibebankan pula dengan tanggungjawab untuk menjaga mereka yang pernah menyeksa hidupnya.

Subhanallah, apa yang aku boleh tulis di sini, kisah Khadeeja yang penuh warna pelangi duka ini memang pilu, menyentap tangkai hatiku dan berjaya buat aku 'cembeng' lagi. Kisah ini buat aku insaf diri dan menyedarkan aku yang selalu terlupa untuk mensyukuri segala nikmat yang ALLAH telah berikan pada aku hingga kini. Khadeeja adalah contoh wanita berhati batu, kental dan waja. Hanya mereka yang telah mengalaminya sahaja yang dapat memahami segala apa yang dirasa oleh Khadeeja. Setiap watak yang terdapat dalam kisah ini banyak memberi kesedaran kepadaku. Kisah Khadeeja ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam sekali di hatiku. Bacalah, anda pasti akan dapat rasa apa yang kurasa.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai inspirasi, teladan dan memberi pengajaran kepada semua pembaca di luar sana. Ucapan terima kasih daripada hatiku yang paling dalam dan tahniah kepada penulis karya hebat ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang mampu menyedarkan dan buat pembaca muhasabah diri.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 
 

 T.E.R.B.A.I.K.


 
Sinopsis 

  

Khadeeja, dibesarkan dalam keluarga yang penuh kacau-bilau. Sikap pilih kasih orang tuanya, menjadikan dia gadis yang suka memendam rasa. Diamnya selalu disalahtafsirkan. Senyumannya tak kena pada tempat dan masa.

Kehadiran Adlyn sebagai sahabat semasa belajar di Universiti memberi Khadeeja ruang untuk bernafas, tetapi insiden hitam telah berlaku sehingga menyebabkan dirinya dibenci.

Ketika dia sedang lelah memikul tanggungjawab keluarga, Nufail abang sulung Adlyn datang memikat. Khadeeja cuba memujuk hatinya untuk menerima Nufail, tetapi dia terpaksa mengalah. Benarlah, dia tidak layak untuk bahagia.

Saat semuanya jauh ditinggalkan, Ansar adik Nufail pula datang menunaikan janji. Janji untuk menjaga Khadeeja walau apa pun yang terjadi.


“Takkan ada lelaki yang suka kau lebih daripada aku, sayang kau lebih daripada aku, jaga kau lebih daripada aku. Tu janji aku pada kau.” – Ansar

“Saya tak suka dengar cakap kosong. Kalau ikhlas sayangkan saya, tunjuk dengan perbuatan. Tak payah cakap setinggi langit kalau kaki masih mencecah bumi.” – Khadeeja

Mampukah Khadeeja bangkit semula dan memilih jalan bahagianya? Adakalanya rasa tak perlu dizahirkan dengan kata-kata. Cukup dengan ketulusan hati mencintai…

 

 

 

 

... lagu It's Not Goodbye - Laura Pausini ...

 



 ... lagu Aku Masih Setia - Dia Fadila ...

 


 

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...