Imamku Lelaki Pendosa


 

 

Penulis   :  Umie Nadzimah     
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 471
Tarikh Terbitan : Jun 2020  
ISBN :  978-967-469-166-0 
Rating :  ★★ 
       
 
 
 
Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA setelah sekian lama aku di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 3 penulis hebat ni selepas  Dia...Isteri Luar Biasa dan Jujurlah Nikahi Aku.

Kisah ini menurut penulis adalah kisah benar yang berlaku di luar sana. Ia inspirasi daripada pengakuan sebenar para isteri yang mempunyai suami yang mengamalkan hubungan luar tabii dan juga pengakuan sebenar pelaku.

Tahniah dan terima kasih di atas keberanian penulis berkongsi dan mendedahkan isu yang amat sensitif untuk dibincangkan secara terang-terangan iaitu isu anak luar nikah atau anak tak sah taraf ini dan homoseksual. Penulis berjaya menyedarkan aku tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan di dunia ini. Kita jangan hanya pandai menuding jari, menyalahkan dan terus menghukum si pesalah tanpa memberi peluang kepada mereka membela diri. Tak sama ujian setiap orang kat dunia ni. Setiap umat Islam itu adalah bersaudara. Dan menjadi kewajipan kita membantu saudara kita yang telah jauh tersasar dari landasan agama yang sebenarnya. Moga-moga kita menjadi orang yang beriman dan sentiasa berada di bawah rahmatNya.

Tahukah anda terdapat beberapa kategori seksualiti yang wujud pada zaman sekarang ni. Adakah ini masalah psikologi atau kekeliruan seksualiti ? Cuba anda fikirkan sendiri, yang mana satukah anda? Di antaranya ialah :-

Heteroseksual - individu yang merasa tarikan seksual kepada individu yang berlainan jantina dengannya. Juga dikenali dengan gelaran straight, het, hetero dan 'breeder'. Seorang heteroseksual adalah individu yang menjalankan hubungan yang ditakrifkan sebagai hubungan normal.

Homoseksual - individu yang merasa tarikan seksual kepada individu yang sama jantina dengannya secara eksklusif. Jika lelaki dia suka lelaki sahaja. Jika perempuan dia suka perempuan sahaja. Digelar homo, gay bagi lelaki atau lesbian bagi perempuan. Perkataan homo itu adalah perkataan latin bermaksud 'sama'.

Anak tidak sah taraf pula ialah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol. Anak tidak sah taraf ini tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak berkenaan. Oleh itu, mereka tidak boleh pusaka-mempusakai, tidak boleh menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali. 

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah ini. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai peringatan dan teladan buat semua pembaca diluar sana. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 T.E.R.B.A.I.K.

 
Sinopsis 
    

Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf!

Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?

Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.

“You ni serius ke Dean dengan rancangan orang tua you? Atau kerana terpaksa saja?” - ANGGUN

“Syurga anak lelaki kan di bawah telapak kaki seorang ibu.” - DEAN ILYAS
Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.

Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.

Tapi bahagiakah Cahaya bersuamikan Dean?

“Kita jangan berpisah boleh tak? Saya sangat selesa kawan dengan awak. Baik, memahami, tak pandang jijik pada saya... Awak ikhlas.” – DEAN ILYAS

Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hari kerana Allah, bukan kerana insan yang tak sepatutnya.

Tapi, bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban separuh seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu.

Mampukah kedua-duanya, menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?

 

... lagu KepadaMu Kekasih - Kembara ...

 
 
 
 
 
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-


Pernikahan ini bukan saja cinta dan berkasih sayang, ia juga tentang persahabatan , kesabaran, ketabahan dan yang paling penting sekali ialah tentang kehidupan. Segalanya kena harungi bersama.  Suami yang dinikahi itulah kekasih, sahabat, tanggungjawab dan seluruh kehidupan dunia dan akhirat.


Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan. Nescaya Allah akan mengujinya ~ Riwayat al-Bukhari

Dalam Surah al-Zumar Allah berfirman yang bermaksud, Katakanlah wahai Muhammad,wahai hamba--hambaku yang telah  malampau batas, terhadap diri mereka  (dengan perbuatan-perbuatan maksiat) janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Dialah juga yang Maha Penga
mpun Lagi Maha Mengasihani ~ al-Zumar 39:53

Orang yang baik akan berikan kebahagiaan. Orang yang tak baik akan berikan pengajaran dan orang yang hebat akan ciptakan kenangn.

Mufti Ismail Menk kata, your're no stranger to pain. It'll change you. 
But how it affects you is up to you. Some get really upset, bitter with life. 
Some take it in their stride, try their best to cope.  
Some smile and breeze through it.  
Let your pain have a good purpose. 
Let it make you better and stronger !

Tuhan uji manusia ini dengan pelbagai cara

Wanita yang beruntung di dunia ini adalah wanita yang mempunyai suami yang baik. Sedangkan wanita yang rugi di dunia ini adalan wanita yang menyesal menikah dengan suaminya dan menganggap si suami itu jodoh yang salah untuknya. 

Sabda Nabi SAW...Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ditemukan ubat yang tepat untuk satu penyakit, maka sembuhlah penyakit itu dengan izin AllahTaala (HR Muslim, 2204)

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...