Penulis : Ameera Ameer
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : General Novel
Penerbit : Penerbitan Anaasa PLT
Bilangan Mukasurat : EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan : Julai 2015
Rating :
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih bernafas dan di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 3 penulis hebat ni selepas Tanya Dia Tentang Cinta dan Kerana Satu Janji.
Subhanallah, apa yang aku boleh tulis kat sini, kisah Dania dan Ku Ariff nih memang buat aku menangis hingga bengkak mata tersedu sedan hingga sakit dada. Walaupun tajuk dan lakaran gambar muka depan karya ini nampak seperti biasa-biasa je tetapi setelah aku belek karya ini baru aku tahu sebenarnya karya ini memang begitu menyayat hati pada sesiapa sahaja yang dapat menghayati jalan cerita yang sungguh pilu ni.
Aku sebenarnya tidak dapat menerima dan agak terkilan dengan tindakan Ku Ariff menjatuhkan talak ke atas Dania dan meninggalkan isteri yang dicintai tanpa berterus terang tentang keadaan dirinya yang sebenar. Tindakannya itu semata-mata atas alasan kerana dirinya yang sudah lumpuh dan tidak berdaya untuk bahagiakan isterinya Dania yang masih muda. Tapi, tindakannya itu bukan hanya buat dirinya sendiri terluka dan menderita malah telah buat dua lagi hati menderita dan dilukai.
Setiap manusia pastinya tidak dapat lari dari melakukan kesilapan walaupun sebesar zarah. Kadang-kadang kita terlupa, menyesal dengan setiap tindakan dan kesilapan yang telah kita lakukan itu dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Namun, siapalah kita ini sebagai manusia biasa dan tidak mungkin mampu untuk mengatur dan menghalang setiap ketentuan ALLAH swt ke atas hambaNya. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik segala kejadian yang hanya dapat kita sedari di kemudian harinya.
Jangan pernah lupa kerana ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita.
Tahniah Cik Penulis. Terbaik. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah cinta luhur di antara Dania dan Ku Ariff ini. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan teladan buat semua pembaca diluar sana.