Dheo's


 

 

Penulis   :  Anjell     
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 653
Tarikh Terbitan : Julai 2019  
ISBN :  978-967-469-090-8 
Rating :  ★★ 
       
 
 
 
 
Ulasan :
 
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di goodreads.

Aku suka dengan tema karya ni yang penuh suspense. Di awal cerita aku memang tidak berapa nak faham dan buat aku tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepada Nurissa Rose ni. Memang mencabar kesabaranku nak habiskan baca buku ni dan tak sabar-sabar nak tahu kesudahan kisah ni. Namun, beberapa kesilapan ejaan dan ayat dalam karya ini telah menganggu tumpuanku dengan perjalanan cerita. Tapi aku tutup sebelah mata je lah he he...Sebab tu aku terpaksa buang satu

Pendapat peribadi, aku rasa cerita ini agak kurang beri kesan dan kepuasan pada emosi aku yang dah agak senior ni haa. Aku tak pasti di mana kurangnya tu...atau mungkin perasaan aku je kot sekarang ni yang tidak menentu sejak wabak covid melanda negara sekarang ni haa. Aku tahu bahasa Italy ni adalah salah satu bahasa yang paling indah di dunia. Ada banyak ayat-ayat jiwang yang aku kena tanya pakcik Google seperti Signora, Principessa, Dolce Cuore, Merda, Tesoro, Mia Bella dan banyak lagi dalam cerita ni. Gaya macam kena belajar bahasa Italy je...

Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi dan teladan buat semua pembaca diluar sana. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.  
  

 
Sinopsis 
    

Siapa sangka di balik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? Kemalangan teruk yang berlaku bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, tiada langsung memori silamnya.

Tiga tahun berlalu, kehidupannya kembali normal meskipun tanpa ingatan. Hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya membawa kepada perkenalannya dengan lelaki bernama Dheo Han.

Dheo Han. Punya aura penuh misteri. Di balik wajah beku dan mata dinginnya itu, Nurissa tahu pasti ada rahsia yang tersimpan. Sesuatu yang gelap dan juga bahaya! Bukan sembarangan orang kalau dah bekas samseng pun tunduk hormat kepadanya. Apatah lagi lelaki itu sendiri pernah memberi amaran kepadanya.



 

 

 

“You can’t have things for me. I’m out of your league.” – DHEO HAN

 

 

 

 

 

Namun bagaikan magnet, dia tertarik jua dengan lelaki itu. Setiap apa yang dilakukan Dheo, pasti rasa dekat dalam hati. Bagaikan déjà vu. Firasat ternyata betul. Dheo merupakan seseorang yang mengenalinya dulu.



 

 

“Kenapa pura-pura tak kenal saya?” – NURISSA ROSE

“Saya kenal awak. Tapi tak bermaksud kita rapat. Mungkin saya adalah seseorang yang awak benci.” – DHEO HAN

 

 

 

 

Jadi, siapakah Dheo Han yang sebenarnya? Seseorang yang tiba-tiba muncul setelah empat tahun pasti punya motif sendiri, kan? Dalam mencari kebenaran, kejutan demi kejutan diterima Nurissa. Rupanya hidupnya sebelum ini memang jauh dari normal. Dan apabila semua kebenaran terbongkar, mampukah Nurissa menerimanya?

 

... lagu All Of Me - John Legend ...
 
 

 
... lagu Nel Cuore Lei - Andre Bocelli Eros Ramazzotti ...
 
 

 
 
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
 
 
 

No comments:

Post a Comment