Kekasih Segera


 

 

Penulis   :  Ella Syasdhia  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Novella Publication
Bilangan Mukasurat : EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan : 2020  
Rating : 
 
       
 
 

 

Ulasan :
 
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Ini adalah karya ZINE (sebutannya 'zeen') berasal daripada perkataan 'fanzine' merupakan singkatan kepada istilah fan magazine. Baru aku tahu rupanya Zine ni berbentuk seperti sebuah buku yang dibuat sendiri oleh penulis menggunakan mesin photostat dalam jumlah muka surat yang sedikit dan keuntungannya dapat terus pada penulisnya sendiri dan harganya lebih murah. Isi kandungan Zine ni boleh terdiri daripada apa-apa sahaja.  Kiranya Zine ini boleh dikatakan sebagai media alternatif yang boleh tarik minat orang untuk membaca cerita pendek gitu.

Kisah pertemuan Mariam dan Hadi di majlis pertunangan sepupunya telah membongkar perangai sebenar Arif teman yang disangka kekasih hati. Atas alasan untuk menutup duka di hati Mariam setuju berlakon jadi girlfriend sementara kepada Hadi anak saudara paklongnya. Rahsia siapa Hadi akhirnya terjawab rupa-rupanya Hadi ni crush Mariam masa umur 12 tahun dulu dan tak sangka dari berlakon olok-olok bercinta Mariam betul-betul bercinta dengan crush dia dulu-dulu ha ha ha.

Walaupun kisah Mariam dan Hadi ni agak singkat dan santai je, tapi berjaya mainkan emosi aku jugak. Dalam kelakar cerita ni ada jugak sinisnya. Ada pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah santai diorang ni.

Tahniah Cik Penulis. Semga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


 


 

 
Sinopsis   
  

 

 

Pertemuan pertama sudah mengundang rasa tak selesa Mariam. Hadi ni baru keluar dari gua ke? Pandang Mariam macam tak pernah tengok perempuan! 

 

Namun, hanya sebaris ayat mengubah hidup mereka. “Jadi girlfriend I?” 


 

Bagaimana seorang lelaki asing boleh bertukar menjadi kekasih sesegera itu? 

 

Bahkan lelaki itu tahu hampir separuh mengenai diri Mariam. Siapa Hadi sebenarnya? Kala Mariam diludah nista yang tak benar, siapa sudi membela? 

 

 

 

 

 ... Lagu Sembunyi - Misha Omar ft Andy Flop Poppy ...

 


 

 

Ceritera Cinta Express


 

Penulis   :  akuorgbiasa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  EffJay Resources
Bilangan Mukasurat : ebook
Tarikh Terbitan : 2020  
ISBN : 978-967-17537-3-6 
Rating : 
 
       
 
 

 

Ulasan :
 
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan. Cerita ini aku baca secara online di www.e-sentral.com.

Kisah Ain dan Apit ni memang kelakar dan memang berjaya buat aku ketawa terbahak-bahak hilang stress dalam kepala aku ni ha ha ha. Walaupun kisah Ain dan Apit ni pendek dan santai je, tapi ada diselitkan mutiara kata dan banyak pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah sempoi diorang ni.

Semga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Rasanya lepas ni aku kena selongkar karya-karya penulis ni yang lain pula. 

 

 


 

 
Sinopsis   
  

Ini kisah Ain dan Apit. Di Kampung Cahaya Bulan, mereka bertemu. Ain mencari penawar. Apit memujuk diri. Peristiwa yang berlaku di satu malam di rumah atuk Apit, mengubah kehidupan kedua-duanya. Apit temui cahaya dalam kehidupan. Ain temui sinar harapan untuk sembuh. Lalu dua hati berjanji untuk mencuba menjalin hubungan, tanpa rasa cinta antara satu sama lain. 

 

“Kau tengah ajak aku couple ke, Pit?” - Ain 

 “Macam mana eh nak cakap? Lebih kurang lah. Tapi, couple tu macam tak sesuai la. Aku nak ajak kau mengenali hati budi untuk beberapa bulan. Kalau kita selesa antara satu sama lain, kita kahwin je. Tak payah nak tunggu lama-lama.” -Apit

 

 “Tapi... tapi kau tak ada perasaan dekat aku kan?” -Ain 

 

 

“I’m going to be honest. Nak kata ada perasaan cinta, sayang tu, memang belum ada lagi. Yang aku pasti, aku ada rasa nak jaga kau. Yang lain-lain tu, aku rasa later boleh develop kalau kita jadi kahwin. Aku dengar, bercinta lepas kahwin lagi best!” -Apit 

 

 

Sejak detik itu, bermulalah ceritera cinta ekspres antara Ain dan Apit…. 

 

  ... Lagu Ceritera Cinta - Jaclyn Victor & Rio Febian ...

 


 

 

Seseorang Untuk Aku


 

Penulis   :  Rehan Makhtar       
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 620
Tarikh Terbitan : Jun 2015  
ISBN :  978-967-0246-98-7 
Rating : 
★★ 
       
 


 

Ulasan :

الحَمْد لله  akhirnya dapat jugak aku baca buku ni setelah lama mencari. Ini adalah buku ke 3 kubaca selepas Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada.
 
Jujur aku katakan kisah ini memang menyentuh perasaan dan memang meruntun jiwaku ketika membacanya. Bukan hanya buat aku rasa sebak tetapi boleh menitiskan air mata dan seperti aku dapat menjiwai watak dan perasaan Lai ni. 

Kisah Qadr dan Lai ini menyedarkan aku tentang qada' dan qadar Tuhan. Mereka bertemu dalam keadaan yang sungguh mengaibkan. Dianugerahkan oleh Allah rasa kasih dan sayang dalam keadaan yang tidak mereka sangka.  Setiap rasa kasih dan cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu pasti akan diuji sama ada kita bersedia atau tidak. Hanya kasih sayang yang berpaksikan iman yang kuat mampu menghadapi dan menangkis segala dugaan yang datang. 

Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita.
Namun, siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah di Lauh Mahfuz untuk hambaNya walaupun amat berat dan payah untuk kita terima. Jangan pernah lupa kerana ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui watak Lai dan Qadr ni. Mana nak cari suami seperti Qadr ni ye he he he... Setiap wanita bergelar isteri pastinya mendambakan suami seperti Qadr ni tau. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

 


 Sinopsis
 

Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani, adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun, kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang punca.


“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” - Lailatul

“Itu tak ada kaitan dengan aku.” - Qadr

Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.

“Haaa... Lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa nikmatnya.” - Lailatul

“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau, boleh?” - Qadr

Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si mentua memandang sinis kepada budak kampung seperti dia. Lailatul teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang tahu sakit apabila dilukai.

“Lai rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan Lai yang merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir batin abang?” - Qadr

“Agaknya, Lai ni memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang, Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.” - Lailatul

“Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang…” - Qadr

Kerana Tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah kesah bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka cipta bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih mereka hingga ke syurga. Mampukah dia?

 

kalau ingin tahu sambungan kisah Lai dan Qadr ni boleh baca di blog penulis ada buat edisi istimewa. 
 
klik link ini ye ...


  ... Lagu Pasrah Segalanya - De HEarty ...

 

 

 

 
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...