Kerana Satu Janji


 

 

Penulis   :  Ameera Ameer      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Intens Idea
Bilangan Mukasurat : ebook
Tarikh Terbitan : 2014  
ISBN :  e978-967-5289-92-7 
Rating : 
★★
       
 
 
 
 
Ulasan :
 

الحَمْد لله‎ dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 2 penulis ni selepas Tanya Dia Tentang Cinta. 

Seperti buku pertama kubaca, kisah ni juga masih guna tema dan jalan cerita yang lebih kurang sama. Secara peribadi, cerita cliche tentang kahwin kontrak ni pada aku biasa-biasa je dan memang dah biasa sangat kita dengar.

Walau bagaimanapun, aku suka dengan kisah Hannah dan Ilham ni. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui watak Hannah dan Ilham ini. Mana nak cari suami seperti Ilham ni ye he he he... Setiap wanita bergelar isteri pastinya mendambakan suami seperti Ilham ni tau.

Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Namun, siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah di Lauh Mahfuz untuk hambaNya walaupun amat berat dan payah untuk kita terima. Jangan pernah lupa kerana ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

 

Sinopsis 
   
 
TEKADNYA Hannah, daripada berkahwin dengan buaya darat Azryl Tan Sri Hadi, adalah lebih baik dia berkahwin dengan Ilham, cikgu kampung yang tampak lurus. Ada sebab Hannah cari Ilham dan ada sebab juga mengapa Ilham sudi terima Hannah. Perkahwinan yang disangka ‘selamat’, rupanya tidak…


KATA Ilham kepada Suraya – Perkahwinannya dengan Hannah hanya tiga bulan!
KATA Suraya kepada Ilham – Sanggup berkorban dan tunggu demi janji cinta mereka. 


KATA Elyna kepada Hannah – Kalau Ilham berbaloi sebagai suami, kenapa mahu lepaskan?
KATA Hannah kepada Suraya – Pinjam Ilham sekejap je! Nanti akan pulangkan semula.

MUDAHNYA mereka berjanji… Dan tiada siapa yang menduga perjalanan hidup Hannah dan Ilham yang pelbagai rasa dan rentak…

“Hannah, pakai balik baju awak tu!” arah Ilham keras dan masih lagi tidak memandang isterinya.  Hannah tidak menjawab. Ilham dihampiri semakin rapat. “Kalau saya tak nak?” bisik Hannah rapat di telinga suaminya dan dengan nada menggoda. Ilham semakin penasaran. Merasakan hangat bisikan Hannah menerpa telinganya, degupan jantungnya menjadi semakin laju. Sudah huru hara perasaannya diperlakukan begitu. 

 “Hannah!” jeritnya melepaskan geram. Hannah tergelak kecil. Bajunya dicapai dan disarungkan ke tubuh semula. “Tahu takut!” ejeknya perlahan dan terus berlalu dari situ. Tapi sempat pula dia cuit pipi Ilham. Sampai saja di hadapan pintu biliknya, dia berpaling semula. “You know what Ilham?” Ilham berpaling. “What?” ucapnya keras. Geramnya masih bersisa dengan kelakuan Hannah tadi. Boleh gugur jantung dibuatnya. Wajah Hannah di muka pintu bilik dipandang tajam.

 
“Tak kan ada seorang lelaki pun yang boleh bertahan kalau berada dengan perempuan di dalam keadaan seperti tadi kecualilah lelaki itu jenis spesis yang....” Kata-kata Hannah terhenti. Jarinya diketuk-ketuk ke bibirnya. Ilham direnung dengan satu pandangan yang sangat nakal. Tiba-tiba dia tersenyum.
“Awak nak cakap apa Hannah?” soal Ilham geram. “Hurm... Macam mana nak cakap ya? But, I think you know what I mean…” ucapnya dengan senyum nakal di bibir. “So, awak kategori lelaki yang macam tu ke, Ilham?” soalnya dengan satu kenyitan nakal. Ilham mendengus. “Awak nak cuba? Nak try? Test?” ugut Ilham yang benar-benar geram dan tidak tahan melihat kelakuan Hannah seolah-olah mencabarnya…

JANJI yang mana satukah yang berjaya dimeterai atau ada janji lain antara mereka lagi? Ikuti perjalanan hidup Ilham dan Hannah yang adakalanya nakal, serius, lucu, sebak, walaupun tercari-cari apa makna kasih sayang sesama insan di bumi yang sementara dan erti perjalanan hidup menuju ke alam kekal…

   

... Lagu Relakan Jiwa - Hazama ...

 


 

 

 

TALL, DARK & DANGEROUS Dia...Hanya Dia





Penulis   :  Dhiya Zafira      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Poreng Kertas Publication
Bilangan Mukasurat : 519
Tarikh Terbitan : 2019  
ISBN :  978-967-15495-2-0 
Rating : 
★★
       
 
 

 

 
Ulasan :
 
الحَمْد لله‎ dengan izinNYA aku telah dapat beli buku ni daripada penulis sendiri setelah sekian lama mencari dan diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 7 penulis ini selepas Haq II, Antologi Cinta Dia, Jauh Kau Pergi, Hati Bergetar Rindu, Setiap Detik Nafasku dan Tertulis Buat Kita.

Ada dua cerita dalam karya ini. Ceritera 1 ni penuh suspen buat aku berdebar dan memang mencabar kesabaranku nak tahu kesudahan kisah tentang Azalea Soraya dan Adha Hijazi ni. Rasa tak puas nak baca sebab cerita ni pada aku agak pendek. Aku harap ada sambungan kisah dua watak ni lagi ye.

Ceritera 2 pula adalah sambungan dari kisah Adlin Suffiya dan Idzharul Haq. Aku tak tau nak komen apa, baca kisah sambungan ni buat aku sengih memanjang je. Syukur akhirnya mereka berdua ni bersatu juga setelah mengharungi segala ujian dan kepayahan. Aku suka akhiran kisah dua watak ni. Cuma aku agak kechewa sikit sebab cerita kali ni kurang aksi-aksi kebabom dan gaya roller coaster tu he he he.

Apa-apa pun terima kasih Dhiya. Aku memang suka baca karya sis ni. Teruskan berkarya dengan tema aksi-aksi komando Thriller yang lebih meletop kebaboom ye.

 
Sinopsis 

   
 

Ceritera 1 - Buru Bayangan Luka

Dia umpama.... 'The Girl who cried Wolf.'

Tiada yang percaya. Tiada yang mahu mendengar kata. Halusinasi... delusi... suicidal. Semua itu dia.

Bila maut datang menyapa, Azalea nekad. Untuk kekal hidup. Untuk terus berjuang. Untuk sebuah kepercayaan. Survival instinctnya tiba-tiba menjulang. Dia tidak boleh mengubah masa silam namun dia percaya esok masih ada untuknya.

Namun... mahukah mereka percaya pada kebenaran yang tidak kelihatan?



Ceritera 2 - Haq 3

"Haq.

Kadang-kadang aku fikir, aku terlalu takut untuk bahagia. Kerana setiap kali aku tersenyum gembira... sesuatu yang buruk pasti terjadi. Aku takut kehilanganmu sekali lagi. Namun aku juga percaya... jika kau ditakdirkan untukku, sampai bila-bila pun kau tidak akan pernah menjadi milik orang lain, bukan?

Tetapi Haq... aku gementar ketika ini. Kerana di saat kita menemui Syurga... Neraka pun tercipta."