Penulis : Arman Jazee
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 626
Tarikh Terbitan : 2016
ISBN : 978-967-86-0639-4
Rating : ★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya pertama penulis yang baru sahaja aku kenali ni. Buku ni sebenarnya dah lama 'tersadai' dan 'terperam' kat atas mejaku he he he...
Perghhh buku cerita ni memang tebal tapi menarik dan penuh dengan aksi dan debaran. Penulis berjaya menarik aku ke dalam cerita ni dan menjiwai watak utama dalam cerita ni dan aku begitu seronok dan teruja sekali membaca karya ini dari awal hingga akhir muka surat. Memang berbaloi aku beli buku ini. Baru aku tahu dadah ni ada berbagai jenis dan apa kesan dadah ni kepada badan manusia. Yang pasti dadah ni memang pembunuh yang paling merbahaya, bukan hanya menghancurkan bangsa dan negara bahkan sebagai racun yang membunuh seluruh anggota tubuh badan.
Tahniah dan terima kasih kepada Encik penulis hebat ni kerana berkongsi kisah yang boleh buka mata hati dan mata akal pembaca. Semoga kisah ini dapat dijadikan inspirasi dan peringatan kepada kita semua tentang bahaya dadah durjana yang boleh menghancurkan anak bangsa kita ni.
Dadah membawa maut !
Sinopsis
Hirzan Abu... anak kampung yang terusir dari tanah tumpah darahnya sendiri angkara rancangan jahat abang dan kakak tirinya. Dia membawa hati yang luka ke Kuala Lumpur dengan harapan untuk mengubah hidupnya.
Akibat terpedaya, akhirnya dia terperangkap di tangan Syed Zainal, ketua pengedar dadah. Sebaik tersedar sudah tersasar jauh, dia mahu kembali ke pangkal jalan. Namun, itu bukan sesuatu yang mudah. Dia dipaksa menjadi keldai dadah dan akhirnya terpenjara di bumi Amerika.
Hidup di penjara amat menyeksakan. Kerana satu kejadian, dia berjaya melepaskan diri. Pelariannya membawa dia ke Hong Kong. Di sana, dia menerima kejutan yang tidak disangka. Bersendirian menghadapi dua kumpulan kongsi gelap telah mengubah corak kehidupannya.
Akhirnya, Hirzan kembali ke Malaysia untuk membalas dendam yang lama terpendam. Kematian anak dan isterinya menaikkan lagi api kemarahannya. Syed Zainal yang membunuh keluarganya berjaya dijejakinya. Saat akhir sebelum dia menamatkan riwayat lelaki itu, Syed Zainal mendedahkan satu rahsia besar. Rahsia yang membawanya ke arah konflik yang lebih kusut lagi.
Adakah Hirzan berjaya melepaskan dirinya daripada belenggu dendam dan amarah?
Perjalanan hidup ini adalah sesuatu yang tidak terduga…
... Lagu Hitam Putih Kehidupan - Sheila Majid ...