Penulis : Nasz
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni
Bilangan Mukasurat : 629
Tarikh Terbitan : September 2012
ISBN : 978-967-5118-85-2
Rating :
Ulasan :
Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku ni setelah lama mencari. Ini adalah buku ke 3 kubaca selepas Sweet Sour dan Karamel.
Selepas aku riki baru aku tau sebenarnya Lazuardi ni ialah sejenis batu separa permata berwarna biru yang amat indah dan menyejukkan mata yang memandang. Ia pernah digali di kawasan Afghanistan dan agak jarang ditemui dan memang diminati sejak zaman dulu kala lagi. Baru aku faham apa kaitan Lazuardi dengan watak Anaz ni, NASZ you are brilliant.
Pendapat aku setelah baca ketiga-tiga karya penulis hebat ini, semua watak heroin dalam karyanya mempunyai latar belakang yang tidak sempurna, tersembunyi kisah tragik, pilu dan ada konflik dalaman tersendiri. Penulis bijak mengadun kisah ini dengan begitu bersahaja, sempoi tapi mencengkam pelbagai rasa di hati pembaca bila baca ayat-ayat yang ada dalam karya ni. Aku memang kesian betul dengan kisah hidup Anaz Syahirah ni dah macam kisah Cinderella lah pulak...Aku tertanya-tanya ada ke berlaku kat luar sana ??? kalau ada memang sadisss... Nasib baik ada hero Shark (Muhammad Syakir) ala-ala Prince Charming yang baik hati dan gagah perkasa berjaya selamatkan Anaz daripada terus diseksa oleh Mama, Lily dan Ain. Walaupun Shark ni lebih muda 4 tahun daripada Anaz tapi Shark ni lebih matang daripada Anaz tau. Shark ni cool dan tenang je hadap perangai dan ragam si Lily, Ain dan Mama Anaz. Malah Shark berani luahkan perasaannya yang telah lama terpendam kepada Anaz sejak zaman sekolah lagi tuh.
Secara keseluruhannya aku memang tabik dengan cara penulis mengolah setiap watak dan mainkan jalan cerita ni. Walaupun cerita ni nampak macam biasa-biasa je tetapi ada mesej yang baik dan boleh diteladani oleh pembaca. T.E.R.B.A.I.K.K . Tahniah Cik Penulis sebab berjaya sakitkan hati aku benci tahap kaw-kaw berlapis-lapis dengan watak Mama Anaz dan Ain ni tau. Rasa macam nak tanam je 2 orang ni hidup-hidup pastu simen jer kah kah kah...
Pergghh yang pasti semua cerita NASZ memang buat aku ketagih nak ulang baca je...
Sinopsis
Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.
“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
“Kahwin tu apa?”
“Kahwin tu maknanya baling bunga.”
“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”
Tapi, betul ke Odie itu jodohnya?
Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...
“Kita kahwin nak?”
“Haa?”
“Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?”
“Saya serius ni.”
‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini?
Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?
***
NASZ mencoretkan kisah suka, duka, pahit, manis dan maung kehidupan Si Anaz dalam Lazuardi dengan gaya santai dan warna-warni yang mempesona kita untuk terus menatap tinta hingga ke akhirnya.
... lagu Chantek - Altimet feat Adeep ...
No comments:
Post a Comment