GEDEBE





Penulis   :  Imaen
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Adiwarna
Bilangan Mukasurat : 380
Tarikh Terbitan : July 2015
ISBN : 978-967-0757-11-7
Rating :
★★




 

 
Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca sebab tajuk dan gambar depan novel ni agak pelik sikit pada aku. Aku dok tertanya-tanya kenapa gambar kepala lembu siap ada bunga ros lagi ??? bila baca baru aku tau rupanya ini cerita tentang penternak lembu he he he.

Ini cerita tentang orang dan negeri Kelantan. Banyak kosa kata Kelate yang aku dapat belajar melalui cerita ni. Maksud GEDEBE ni sebenarnya bukan bermaksud samseng orang jahat tuh tapi sebenarnya lebih kepada nak tunjukkan sifat jati diri dalam mempertahankan prinsip, tak takut pada apa jua halangan yang datang dan bersedia untuk berbincang atau bertarung dalam apa jua keadaan sekalipun. Kiranya, ada sebab kenapa perlu jadi Gedebe ni dan bukan senang juga jadi orang Gedebe. Aku dapat buat kesimpulan selepas baca cerita ni, jangan marah ye ni sekadar pendapat peribadi, aku rasa awe Kelate memang lain benar semangatnya kalau nak dibandingkan dengan awe negeri lain yang ada kat semenanjung ni. Kalau tak percaya cuba tengok masa perlawanan bola sepak cik siti wan kembang nih...

Aku tak nak komen panjang lebar, cukup kalau aku katakan ceritanya memang menarik dan buat aku tertarik. Aku memang tabik dan kagum dengan gaya penulisan Encik Penulis ni yang harus aku puji P.E.R.F.E.C.T. Penulis bijak mencorakkan watak dan jalan cerita dengan menyelitkan isu ekonomi, politik, sosial tempatan dan kata-kata para ilmuan yang pastinya memberi banyak pengajaran kepada pembaca.

Aku pun nak jadi gedebe jugak. Nampak gaya lepas ni aku kena cari karya penulis yang lain pulak he he he.

 


Sinopsis


Cinta itu ialah kita tidak merasa malu ketika seluruh dunia mentertawakan perbuatan kita untuk membahagiakan orang yang kita cintai, kerana kita pun tidak berpakat dengan dunia untuk jatuh cinta.



Gedebe itu bukan samseng walau ramai samseng memiliki sifat gedebe. Orang gedebe ialah orang berani yang tidak peduli dan tak tunduk pada kehendak orang lain serta tak takut berbeza pendapat. Mereka yang menjunjung kata-kata keramat, 'biar mati berdiri jangan hidup melutut!'




 
Manusia walau macam mana letih pun akan tetap melangkah selagi semangat masih kuat tapi kalau semangat dah mati, manusia akan berhenti melangkah.

 

Aku ni anak Pak Nik, yang Pak Nik pahat sebaik mungkin untuk jadi seperti dia. Tapi aku memilih untuk tak mahu jadi Pak Nik. Selama ini aku rantai kemas-kemas pongoh dan bengkeng Pak Nik yang selalu meronta minta bebas itu. Tapi hari ini aku akan lepaskan semua gedebe Pak Nik itu.




... lagu Bukan Kerana Nama - Ramli Sarip & A Romzie ...




... lagu I Still Haven't Found What I'm Looking For - U2 ...





kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye... 
Imaen  


Makluman

Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun. Ya ALLAH ampunilah dosanya, berilah rahmatMU ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya


Dukacita saya ingin maklumkan Abang Mohd Rosdi Mohd Zin a.k.a Imaen telah kembali ke rahmatullah petang Ahad 3 Jun 2018.Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di No. 16 Jalan 4/7N, Bandar Baru Bangi selepas maghrib dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sg. Tangkas pagi ini 4 Jun 2018.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah.





2 comments: