Di Penghujung Cintaku Adelia





Penulis   :  Wan Rahayu
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel
Bilangan Mukasurat : 648
Tarikh Terbitan : September 2013
ISBN : 978-967-0657-24-0
Rating :



 




Ulasan :
  

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. 

Pendapat peribadi aku memang tak boleh terima cerita ni sebab banyak yang aku tak faham dan tak puas hati apa yang penulis cuba sampaikan pada pembaca. Banyak kesalahan perkataan dan jalan ceritanya agak meleret. Watak dan perwatakan hero dan heroin digambarkan agak keterlaluan dan tak boleh nak terima langsung kepala akak ni dek ooiii. Watak-watak lain yang ada dalam cerita ni juga aku macam tak boleh nak terima.  Macamana pembaca lain boleh terpikat baca cerita ni yek ??? Musykil jugak aku ni ...
   

Sinopsis 

Hasrat seorang ibu yang terlalu inginkan anak perempuan akhirnya telah memeterai sebuah ikatan yang tidak terduga. Kehadiran seorang wanita bergelar isteri yang tidak pernah didamba membuatkan Nik Pasha tertekan dan benci. Dia kemudian memutuskan untuk menyambung pelajaran di luar negara demi mengelak tanggungjawab terhadap perkahwinan tanpa rela ini.

Enam tahun di negara asing, Nik Pasha kembali dengan membawa tekad. Tekadnya untuk menceraikan si isteri yang tidak pernah dicintai dan dikasihi. Namun tatkala mata singgah di raut wajah itu, jiwanya mula sangsi dan berbelah bahagi. Perasaan mula tunggang-langgang tidak menentu. Oh Tuhan, apa yang perlu dia lakukan?

Putaran takdir sentiasa membawa pertemuan demi pertemuan antara mereka berdua. Nik Pasha bertugas sebagai seorang doktor, manakala Adelia pula bergelar seorang jururawat di hospital yang sama. Tidak mampu dielak, mereka sering bertembung muka dan berlaga pandang kerana tuntutan tugas. Pelbagai kejadian dan insiden muncul lalu menguji rasa di dua hati yang sering menafi.

“Aku tak suka kau keluar dengan lelaki. Naik motor pula tu. Ingat! Kau tu isteri orang.” – Nik Pasha

“Saya ni isteri orang ke, Dr Pasha? Isteri siapa, ya?” - Adelia

Jika benar rasa itu hanyalah benci, jika sungguh hati sendiri tidak pernah berisi, mengapa aneh benar lagu yang bergetar di jiwa?

Katakan selama mana diri perlu mencari, andai bibir hanya mampu menyebut dan menyeru satu nama...



Hidup Penuh Cinta




Penulis   :  Bahruddin Bekri
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  PTS One Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 183
Tarikh Terbitan : 2013
ISBN : 978-967-4010-41-6
Rating :
★★



 




Ulasan :
 
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. 

Pendapat peribadi, gaya penulisannya agak berbeza dan bersahaja. Ada 37 kisah tentang cinta, hati dan perasaan. Sesuatu yang luarbiasa dan agak menyentuh hati pada sesiapa yang tekun membacanya dan pasti terselit banyak pengajaran di setiap cerita.





Sinopsis

Ada 37 pelbagai kisah menarik di dalam karya ni.


Iman_Inbox





Penulis   :  Shirod Shukri
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  JS Adiwarna
Bilangan Mukasurat : 729
Tarikh Terbitan : Disember 2015
ISBN : 978-967-0757-13-1
Rating :
★★



 

Ulasan :
 

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA, aku berjaya mendapatkan karya yang telah sekian lama kucari-cari selama ini dan dapat menghayati karya pertama penulis hebat ini. Jualan murah di Jemari Seni bulan lepas terus aku beli tanpa bertangguh-tangguh lagi tapi baru la ni aku dapat khatam he he he. 

Aku tak nak comment panjang lebar, cukup aku coretkan ini kisah cinta dan rasa terpendam di antara Adinda, Richard dan Taufik ini begitu merobek hati dan jiwa, buat aku jadi sebak dan mengalir airmata membaca setiap baris ayat dari karya syahdu ini. Walaupun buku ni memang agak tebal tetapi Cik Penulis memang bijak mencorakkan jalan cerita ni. Buat aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku pada tiga jiwa nih, macam-macam andaian yang dok berlegar dalam kepala otak aku dan tak sabar-sabar nak sampai muka surat yang terakhir. Andaianku akhirnya tersasar dan tak kena langsung. 

Persahabatan antara lelaki dan perempuan kadang-kadang agak sukar dimengertikan dan pasti mengundang nafsu dan dosa. Oleh itu jadilah seorang yang suka berterus-terang kerana ia mungkin dapat mengelakkan daripada berlakunya salah faham dan membahagiakan orang lain tanpa kita sedar. Hanya rasa cinta, kasih dan sayang yang diletakkan kerana ALLAH yang akan mendapat keberkatan dan rahmatNya. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan, inspirasi dan peringatan kepada kita semua bahawa rasa cinta dan kasih sayang itu adalah milik ALLAH dan bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik semua nikmat rasa cinta dan kasih sayang itu daripada kita



 T.E.R.B.A.I.K

 
Sinopsis


Taufik bin Tarmizi

Kalau tiga tahun dahulu, memang lelaki inilah pencopet segalanya. Mencuri perasaan dia. Lelaki inilah yang dia puja. Tetapi setelah Adinda tahu satu hakikat sebenar, perasaannya mula hambar. Gaya Taufik sering buat dia tertanya-tanya. Betulkah itu kisah lama, Adinda? Dia menyoal diri sendiri. Ataupun kisah kelam Taufik itu masih bersisa? Walau kadangkala hati Adinda tercalar dengan sikap Taufik, dia sangat menyayangi hubungan ini!
 



... lagu Tergantung Sepi - Haqiem Rusli ...







Richard Abdullah bin Krisnan

Apa saja yang Richard tidak ingat tentang hal mereka berdua? Tidak ada. Semua melekat dalam kepala. Kisah lama mereka selalu menjadi cermin pada apa yang mereka lalui hari ini. Memori-memori kecil ibarat wayang gambar yang memberi bahagia. Richard sudah jatuh cinta dengan pendebat ini semenjak zaman sekolah lagi. Sehingga ke hari ini, dia masih cinta walau pendebat ini sudah pencen daripada berdebat secara umum.




... lagu Can't Fight This Feeling - REO Speedwagon ...



... lagu Untukmu Aku Bertahan - Afgan ...


 

Inbox : Lagi satu soalan, cerita 'Chinta Mimpi Cinta' kau tu, cerita betul ke?       Atau cerita rekaan semata?

Adinda Alwi : Dua-dua.
 

Inbox : Seperti dijangka. Plot hidup kau ke?
 

Adinda : Tak nak komen.

Adakah perjalanan hidupnya sudah awal-awal tertulis sepertimana yang tercatat dalm novel tulisannya sendiri, Chinta Mimpi Cinta?
 






... lagu Dugaanku - Ning Baizura ...




  

Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

Ya ALLAH , sekiranya jodohku dengan suamiku ialah jodoh yang baik untuk dunia dan akhiratku, dunia dan akhirat suamiku ini, bantulah kami ya ALLAH. KAU limpahkan kami dengan kasih sayangMU dan limpahkan kasih sayang antara kami berdua

Jadikanlah aku hambaMU yang reda, Hanya padaMU aku mohon pertolongan, Ya ALLAH, hanya KAU yang Mana Mengetahui, Ya ALLAH 
Hanya padaMU aku berserah, YA ALLAH
Amin, ya Rabbulalamin 

Ya ALLAH aku pohon keampunanMU, Ya ALLAH
Jadikan aku hambaMU yang bersyukur dengan nikmat iman ini
Jadikan aku hambaMU yang tawakal di jalanMU ini sehingga akhir hayatku
Jadikan kami hambaMu yang cukup reda

Ya ALLAH berikan aku petunjuk
Rabbi yassir wala tuassir, Rabbi tammim bilkhair 

Ya ALLAH bantulah ...
Ya ALLAH semoga KAU kuatkan roh dan jasad ...
Semoga cepat .... sembuh
Semoga ..... lepasi ujianMU ini dengan mudah
Hanya dengan izinMU Ya ALLAH
Amin, ya Rabbulalamin 

Silence is the best way to let someone know he did wrong


Rabbi yassir wala tu'assir
Rabbi tam mim bil khair 
Rabbi zidni 'ilman war zuqni fahman

 Wahai Tuhanku permudahkanlah untukku
jangan KAU susahkan untukku
Wahai Tuhanku akhirkan urusanku dengan kebaikan
Wahai Tuhanku tingkatkan ilmuku dan kurniakan aku pemahaman

O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me
O my Lord, let my affairs end with goodness
O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding. Ameen.


kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye... 


 

GEDEBE





Penulis   :  Imaen
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Adiwarna
Bilangan Mukasurat : 380
Tarikh Terbitan : July 2015
ISBN : 978-967-0757-11-7
Rating :
★★




 

 
Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca sebab tajuk dan gambar depan novel ni agak pelik sikit pada aku. Aku dok tertanya-tanya kenapa gambar kepala lembu siap ada bunga ros lagi ??? bila baca baru aku tau rupanya ini cerita tentang penternak lembu he he he.

Ini cerita tentang orang dan negeri Kelantan. Banyak kosa kata Kelate yang aku dapat belajar melalui cerita ni. Maksud GEDEBE ni sebenarnya bukan bermaksud samseng orang jahat tuh tapi sebenarnya lebih kepada nak tunjukkan sifat jati diri dalam mempertahankan prinsip, tak takut pada apa jua halangan yang datang dan bersedia untuk berbincang atau bertarung dalam apa jua keadaan sekalipun. Kiranya, ada sebab kenapa perlu jadi Gedebe ni dan bukan senang juga jadi orang Gedebe. Aku dapat buat kesimpulan selepas baca cerita ni, jangan marah ye ni sekadar pendapat peribadi, aku rasa awe Kelate memang lain benar semangatnya kalau nak dibandingkan dengan awe negeri lain yang ada kat semenanjung ni. Kalau tak percaya cuba tengok masa perlawanan bola sepak cik siti wan kembang nih...

Aku tak nak komen panjang lebar, cukup kalau aku katakan ceritanya memang menarik dan buat aku tertarik. Aku memang tabik dan kagum dengan gaya penulisan Encik Penulis ni yang harus aku puji P.E.R.F.E.C.T. Penulis bijak mencorakkan watak dan jalan cerita dengan menyelitkan isu ekonomi, politik, sosial tempatan dan kata-kata para ilmuan yang pastinya memberi banyak pengajaran kepada pembaca.

Aku pun nak jadi gedebe jugak. Nampak gaya lepas ni aku kena cari karya penulis yang lain pulak he he he.

 


Sinopsis


Cinta itu ialah kita tidak merasa malu ketika seluruh dunia mentertawakan perbuatan kita untuk membahagiakan orang yang kita cintai, kerana kita pun tidak berpakat dengan dunia untuk jatuh cinta.



Gedebe itu bukan samseng walau ramai samseng memiliki sifat gedebe. Orang gedebe ialah orang berani yang tidak peduli dan tak tunduk pada kehendak orang lain serta tak takut berbeza pendapat. Mereka yang menjunjung kata-kata keramat, 'biar mati berdiri jangan hidup melutut!'




 
Manusia walau macam mana letih pun akan tetap melangkah selagi semangat masih kuat tapi kalau semangat dah mati, manusia akan berhenti melangkah.

 

Aku ni anak Pak Nik, yang Pak Nik pahat sebaik mungkin untuk jadi seperti dia. Tapi aku memilih untuk tak mahu jadi Pak Nik. Selama ini aku rantai kemas-kemas pongoh dan bengkeng Pak Nik yang selalu meronta minta bebas itu. Tapi hari ini aku akan lepaskan semua gedebe Pak Nik itu.




... lagu Bukan Kerana Nama - Ramli Sarip & A Romzie ...




... lagu I Still Haven't Found What I'm Looking For - U2 ...





kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye... 
Imaen  


Makluman

Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun. Ya ALLAH ampunilah dosanya, berilah rahmatMU ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya


Dukacita saya ingin maklumkan Abang Mohd Rosdi Mohd Zin a.k.a Imaen telah kembali ke rahmatullah petang Ahad 3 Jun 2018.Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di No. 16 Jalan 4/7N, Bandar Baru Bangi selepas maghrib dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sg. Tangkas pagi ini 4 Jun 2018.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah.





Lazuardi




Penulis   :  Nasz
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni
Bilangan Mukasurat : 629
Tarikh Terbitan : September 2012
ISBN : 978-967-5118-85-2
Rating : 






Ulasan :

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku ni setelah lama mencari. Ini adalah buku ke 3 kubaca selepas Sweet Sour dan Karamel.

Selepas aku riki baru aku tau sebenarnya Lazuardi ni ialah sejenis batu separa permata berwarna biru yang amat indah dan menyejukkan mata yang memandang. Ia pernah digali di kawasan Afghanistan dan agak jarang ditemui dan memang diminati sejak zaman dulu kala lagi. Baru aku faham apa kaitan Lazuardi dengan watak Anaz ni, NASZ you are brilliant.

Pendapat aku setelah baca ketiga-tiga karya penulis hebat ini, semua watak heroin dalam karyanya mempunyai latar belakang yang tidak sempurna, tersembunyi kisah tragik, pilu dan ada konflik dalaman tersendiri. Penulis bijak mengadun kisah ini dengan begitu bersahaja, sempoi tapi mencengkam pelbagai rasa di hati pembaca bila baca ayat-ayat yang ada dalam karya ni. Aku memang kesian betul dengan kisah hidup Anaz Syahirah ni dah macam kisah Cinderella lah pulak...Aku tertanya-tanya ada ke berlaku kat luar sana ??? kalau ada memang sadisss... Nasib baik ada hero Shark (Muhammad Syakir) ala-ala Prince Charming yang baik hati dan gagah perkasa berjaya selamatkan Anaz daripada terus diseksa oleh Mama, Lily dan Ain. Walaupun Shark ni lebih muda 4 tahun daripada Anaz tapi Shark ni lebih matang daripada Anaz tau. Shark ni cool dan tenang je hadap perangai dan ragam si Lily, Ain dan Mama Anaz. Malah Shark berani luahkan perasaannya yang telah lama terpendam kepada Anaz sejak zaman sekolah lagi tuh. 

Secara keseluruhannya aku memang tabik dengan cara penulis mengolah setiap watak dan mainkan jalan cerita ni. Walaupun cerita ni nampak macam biasa-biasa je tetapi ada mesej yang baik dan boleh diteladani oleh pembaca. T.E.R.B.A.I.K.K . Tahniah Cik Penulis sebab berjaya sakitkan hati aku benci tahap kaw-kaw berlapis-lapis dengan watak Mama Anaz dan Ain ni tau. Rasa macam nak tanam je 2 orang ni hidup-hidup pastu simen jer kah kah kah...

Pergghh yang pasti semua cerita NASZ memang buat aku ketagih nak ulang baca je...  



Sinopsis

 

Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
“Kahwin tu apa?”
“Kahwin tu maknanya baling bunga.”
“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”


 

Tapi, betul ke Odie itu jodohnya?
Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...

“Kita kahwin nak?”
“Haa?”
“Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?”
“Saya serius ni.”


‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini?
Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?

***

NASZ mencoretkan kisah suka, duka, pahit, manis dan maung kehidupan Si Anaz dalam Lazuardi dengan gaya santai dan warna-warni yang mempesona kita untuk terus menatap tinta hingga ke akhirnya.



 ... lagu Chantek - Altimet feat Adeep ...

 


... lagu A Shoulder To Cry On - Tommy Page ...