Penulis : Laila Hanni
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Love Novel
Format : EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan : Mei 2014
ISBN : 978-967-0657-15-8
Rating : ★★★+++
Ulasan
Ini buku ke 2 kubaca selepas Sesaat Cukup Bagiku.
Secara peribadi, kisah ini tak lah sedih macam buku pertama yang kubaca dulu tu. Gaya penulisan penulis ini masih lagi sama suka tonjolkan tema cinta 3 penjuru seorang wanita direbut dua lelaki. Watak utama wanita dalam karyanya berperang dengan emosi diri untuk selesaikan masalah yang dihadapi.
Agak boring sikit di awal perjalanan cerita. Tapi, bila dah baca separuh buku baru mula timbul macam-macam perasaan dan buat aku tertanya-tanya pada watak Faris ni si Dr pakar jantung, aku geram dengan perangai dia yang suka memendam rasa dia tu.
Apa-apa pun tahniah kepada penulis, anda berjaya buatku terpikat dengan watak Fazila dan Faris. Lepas ni aku kena cari karya-karya yang lain pulak.
Sesungguhnya tidak mudah untuk menggapai cinta sempurna.
Sinopsis
Anis Fazila... Menerima pertunangan yang diaturkan keluarganya.
Mengharapkan tunangannya memulakan perhubungan menyemai rasa cinta hingga ke jinjang pelamin. Namun sikap dingin tunangannya buat dia rasa kecewa.
“... Dia asyik buat Ila sedih aje. Ila pun ada perasaan juga. Dah tak tahan rasanya dibuat tak endah selama ni...” – Fazila
Mohd Faris Haikal... Terlalu misteri. Kenangan lama membelenggu dirinya antara rasa cinta yang tersemai dan tanggungjawab yang sukar dilepaskan. Antara Fazila dan Auni. Siapakah keutamaannya? Membenarkan jiwa merintih demi mereka yang dikasihi.
“... Bila Ila dah dengar semuanya, abang tak akan rasa bersalah lagi. Dan abang akan terima keputusan Ila tanpa banyak soal. Biarlah kali ni, kita yang tentukan masa depan kita sendiri. Bukannya orang tua kita yang tentukan.” – Faris
Ruang kosong di hati benar-benar menguji kesetiaan dan kekuatan naluri Fazila. Sebuah perasaan yang sukar dimengertikan hadir menjentik rasa. Kehadiran Amir Hamzah dalam hidupnya cuba disangkal, namun ianya bagaikan semakin mendekat sehinggakan dia tidak mampu menipu rasa hati sendiri. Makin lama rasa yang wujud membenih tersemai subur.
“Habis... rasa happy yang aku nampak dalam mata kau tiap kali kita bersama tu apa? Cahaya yang aku dapat tengok masa aku cakap yang aku suka kat engkau tu apa? Kesedihan yang aku nampak pada muka kau masa tunang kau datang hari tu tu...apa?” – Amir Hamzah
Siapakah sebenarnya yang memiliki jiwa dan hati Fazila. Antara yang disayangi dan dicintai. Pilihan bukan mudah. Namun dia sedar hakikat hubungan suci itu bukan sekadar untuk melestarikan cinta, malah juga untuk menahan segenap dugaan. Di sinilah mereka menemui titik mula cinta. Namun mampukah bertahan hingga ke pengakhirannya?
... lagu Cinta Sempurna - Yuna ~ gambaran hati Fazila pada Faris ...
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
Dalam membuat pilihan antara keinginan dan takdir, pilihlah yang memberikan keredhaan daripada ibu bapa, keluarga dan yang paling pentingnya keredhoan Ilahi
Kasih sayang perlu dibaja dan dibelai, jangan dibiarkan ia mati sendiri
kalau ingin tahu lebih lanjut karya Laila Hanni boleh klik link ni... Laila Hanni
No comments:
Post a Comment