Perempuan Lindungan Kaabah





Penulis   :  Hana Ilhami
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karya Seni

Format   :   EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan : Oktober 2012
ISBN : 978-967-0246-34-5
Rating :






 

Ulasan

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku penulis ni setelah agak lama mencari. Ini adalah karya ke 2 kubaca selepas Ya Maulana. Aku tak nak comment panjang lebar, cukup kalau aku katakan tema cerita ni memang biasa kita dengar dan lihat, tema klise kahwin paksa balas budi di antara Ustazah Hanan dan Fareez yang playboy ha ha camtuh la lebih kurang gamaknya. Pendapat peribadi, aku rasa cerita ni kurang ummph daripada karya yang pertama kubaca.

Aku suka dengan cara penulis berdakwah melalui perjalanan dan plot cerita setiap watak yang ada dalam cerita ni. Banyak ilmu yang dapat aku pelajari dalam kisah yang sarat dengan pengajaran berguna ini. Penulis juga secara tidak langsung berjaya memperlihatkan peranan dan mengangkat martabat seorang wanita dan isteri di sisi seorang suami. Tidak susah sebenarnya untuk mengajak dan membimbing suami untuk dekat dengan ALLAH. Jika ada kemahuan, mohon dan berserah segala kepadaNYA, pasti akan berjaya menempuh segala ujian dan halangan. Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran berguna untuk para isteri di luar sana.


Sinopsis


 
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.

Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...


“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex


“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir

“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.

“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan

Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?


 

2 comments: