Penulis : Ainul Farihah
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction,Psychology
Penerbit : Jemari Seni
Bilangan Mukasurat : 528
Tarikh Terbitan : Disember 2013
ISBN : 978-967-0508-50-4
Rating :
Ulasan :
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA, akhirnya aku berjaya jugak dapatkan karya yang telah sekian lama kucari-cari selama ini. Haih...teringat zaman aku sekolah dolu-dolu...mengimbau kenangan lama buat aku tersengih je. Di manalah semua sahabatku dulu...semoga mereka sentiasa dalam rahmat ALLAH hendaknya.
Aku tak nak comment panjang berjela, cukup kalau aku katakan ini kisah kasih sayang tulus dan suci di antara tiga orang sahabat yang disatukan dengan iman yang jarang kali kita dapat dengar, baca dan lihat. Bacalah, anda pasti akan rasa apa yang kurasa. Cerita ini memang P.E.R.F.E.C.T dan aku begitu teruja sekali membaca setiap baris ayat dari karya syahdu ini sampaikan rasa macam nak terus baca lagi, apa kisah seterusnya tak nak berhenti baca.
Tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis hebat ini kerana telah berjaya menghasilkan karya yang sungguh luar biasa, meruntun jiwa dan raga, buat aku sebak hingga mengalirkan air mata. Cerita ini penuh inspirasi, boleh buat pembaca muhasabah diri dan sebagai motivasi untuk spot check iman kita dalam menjalinkan ukhuwah sesama saudara agar dapat bawa kita bersama-sama ke syurgaNYA insya ALLAH.
A DEFINITE MUST READ !!!
Sinopsis
Aamir Rif’at, anak kelahiran Palestin yang dibawa ke Malaysia dan dijadikan anak angkat. Dia mengimpikan sebuah tali persahabatan yang terbina dengan reda Allah. Impiannya tercapai apabila dia mengenali Imran.
“Ukhuwah, kadang-kadang bagi motivasi untuk kita lakukan sesuatu yang dapat membawa kita ke syurga. Supaya kita dapat bertemu di sana.”
Imran Fatih, pelajar yang bermasalah dan dianggap ketua taiko di sekolahnya. Dia mula insaf dan berubah ke arah kebaikan setelah mengenali Rif’at.
“Peluang paling besar yang aku rasa Allah pernah bagi pada aku, adalah peluang untuk kenal seorang sahabat bernama Aamir Rif’at.”
Amrullah Khairi, pengalaman menjadikannya lebih matang. Ketabahannya melayan kerenah Imran lama-kelamaan membuatkan ukhuwah mereka semakin rapat.
“Kalau dulu aku doakan kau tak jejak syurga, sekarang Allah kasi peluang untuk kita atur langkah sama-sama ke syurga. Indah kan aturan Ilahi?”
Ikatan persahabatan yang dibina di Vehaen University sangat berharga bagi Rif’at, Imran dan Amrullah. Namun, ukhuwah mereka diuji dengan pelbagai dugaan, seorang demi seorang. Mampukah mereka bertahan dengan ujian-ujian ini?
... lagu Teman Sejati - Brothers ...
... lagu Warna-Warna Cinta - Brothers ...
... lagu Warna-Warna Cinta - Brothers ...
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
"...Allah knows the best for us... "
Sesungguhnya ujian itu rahmat. Namun manusia kini kebanyakannya memandang ujian sebagai bala, jauh sekali memikirkan bahawa ia adalah rahmat Ilahi. Itulah manusia yang imannya tipis, kebergantungannya pada Ilahi jauh sekali, dan tidak pernah memikirkan tentang hikmah sesuatu ujian.
No comments:
Post a Comment