MESEJ





Penulis   :  Anna Lee  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Fantasy, Chick Lit, Romance 
 

Penerbit  :  Prolog Media  
Bilangan Mukasurat : 536  
Tarikh Terbitan : December 2015  
ISBN : 978-967-13211-2-6
Rating :






Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini.

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku penulis ni setelah agak lama mencari. Aku tak nak comment panjang lebar, cukup kalau aku katakan ini cerita time travel dan memang luar alam tak pernah lagi aku baca cerita gaya camni. Kalau aku fikir-fikir dalam dunia sebenar ni memang tak logik dalam kepala aku yang masih waras lagi nih.Tapi, penulis ni memang S.U.P.E.R.B bijak mengolah perjalanan dan plot cerita watak Arya, Jason dan Nik yang ada dalam cerita ni. Sampaikan aku semacam terpukau dan khayal dalam dunia rekaan penulis. Sedar-sedar diri aku dah pecah rekod peribadi berjaya habiskan baca buku yang ketebalannya agak mustahil dapat aku habiskan dalam masa 8 jam tuh tengok jam kat dinding dah pukul 3 pagi...pergghh memang 'berhantu' sungguh penangan buku nihh...
 

Tahniah Cik Penulis ! Cerita anda memang 'berhantuuu', memang berjaya mainkan perasaan aku. Macam-macam yang aku rasa, ada geli hati, ada ketawa terbahak-bahak dengan perangai Arya dan Nik, ada kesian dengan Aria, tapi yang paling sedih bila dapat tahu pasal Jason yang sakit kanser. Dan paling suspen bila Arya jumpa Jason di hospital nampak lelaki tua rambut putih !!! Aku jadi terpukau dan terbuai dengan watak Aria, Jason dan Nik
. Tonggang terbalik otak aku nak kena fikir. Semua andaian aku tak mengena langsung. Memang tak sangka Jason dan Nik adalah orang yang sama... tapi hati aku jatuh tergolek-golek pada Nik laa...kah kah kah.


Cuma di akhir cerita tu aku tak berapa nak faham kenapa tiba-tiba muncul cik penulis ? macam tak berapa nak kena pulak...sorry ye cik penulis he he he.


Sinopsis

 





Hidup Aria huru-hara apabila rumah yang disewanya berhantu. 

Tetapi, benarkah rumah itu berhantu?



Pertemuan Aria dan Jason sangat pelik. Tak tercapai dek akal manusia normal.
 

Namun pertemuan itu telah membawa keduanya menjelajah dunia cinta yang luarbiasa.

Ada rahsia di sebalik MESEJ untuk anda bongkar.
Berani?








... lagu Besame Mucho - Andrea Bocelli ...



... lagu Lelaki Ini - Anuar Zain ...




Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

 
Some people said, sometimes the scariest things in life are the one worth the most

Kadang-kala tak cukup dengan berfikir. 
Masa juga memainkan peranan.



kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  

 


No comments:

Post a Comment