Penulis : Fatimah Syarha
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 874
Tarikh Terbitan : 2010
ISBN : 978-967-408-012-9
Rating :
Ulasan :
Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya aku diberi lagi kesempatan untuk menghayati karya penulis hebat ini. Subhanallah. Sejujurnya aku mengaku terpaksa ambil masa yang agak lama untuk menghadam segala isi kandungan dalam karya yang sungguh MANTAP dan SEMPURNA ini. Tidak keterlaluan kalau aku katakan karya ini padat dan lengkap dengan ilmu yang cukup indah dan berguna buat para muslimah di luar sana. Berjaya merungkai banyak persoalan di mindaku tentang isu monogami dan poligami selama ini. Mengupas dan menjelaskan secara terperinci tentang hak-hak seorang wanita sebelum bernikah, hak-hak isteri terima poligami atau tidak dan hak-hak isteri sebelum dan selepas bercerai, adab poligami dan banyak lagi yang mungkin tidak kita ketahui selama ini. Banyak info ayat dan fiqh hadis dan pandangan daripada jumhur ulamak terkenal berkenaan tentang sunnah Rasulullah dan poligami.
Karya ini sangat sesuai dan amat patut dibaca oleh kaum hawa. Banyak
mutiara
ilmu munakahat yang dapat aku belajar terutamanya tentang poligami yang dapat membimbing dan mendidik kita menjadi wanita dan isteri solehah insya Allah. Moga kisah dalam karya ini dapat dijadikan sebagai panduan dan memberi
manfaat berguna kepada kita semua. Memang benar cinta yang dinikmati selepas bernikah lebih menjanjikan bahagia.
Highly Recommended Book.
Highly Recommended Book.
Sinopsis
Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.
Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.
Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.
Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.
No comments:
Post a Comment