Penulis : Maya Iris
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction, Thriller, Romance
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 381
Tarikh Terbitan : 2014
ISBN : 978-967-408-226-0
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Alhamdulillah
kerana dengan izin-Nya aku telah diberi kesempatan
dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya pertama penulis ini
yang baru sahaja aku kenali. Pendapat peribadi setelah membaca habis karya ini, aku sudah jatuh hati dengan penulisan penulis hebat ini. Cerita dalam karya ini bukanlah kisah sedih yang buat orang menangis sampai bengkak-bengkak mata. Tetapi kisah dalam karya ini agak menyentuh hati aku, penuh dengan ilmu dan pengajaran berguna buat Muslimah di luar sana. Berjaya menyedarkan dan buat aku rasa malu kerana aku juga seperti watak Nur Sayang dalam karya ini yang masih lagi cetek ilmu sebagai seorang Islam. Masih banyak yang perlu aku pelajari dan perlu fahami makna dalam Al-Quran. Banyak ilmu yang dapat dipelajari jika kita memahami segala ayat dalam Al-Quran itu sendiri. Sebagai seorang Islam kita bukan hanya bertanggungjawab mentaati perintah Allah dan rasul sahaja. Malah kita bertanggungjawab kepada saudara seIslam kita dan menyebarkannya.
Sinopsis
Jiwa Nur Sayang juga tertekan apabila perkahwinannya dengan Kamil asyik tertangguh. Dia sedar dia bukanlah gadis pilihan ibu Kamil. Dia juga bimbang masa depannya dengan Kamil akan berakhir seperti nasib ibunya.
Dr. Ehsan muncul selepas Dr. Andrew mengucap dua kalimah syahadah. Dengan cinta yang sudah lama terpendam, Dr. Ehsan melamar Nur Sayang tetapi ditolak oleh gadis itu. Dr. Ehsan membawa rajuknya dengan menyertai Misi Kemanusiaan dan Perubatan ke Palestin.
Lalu, Nur Sayang mengutip sisa-sisa hidupnya yang masih panjang bagi memperbaiki diri. Dia akhirnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Di sana, dia terperangkap dalam Revolusi Mesir menggulingkan presiden.Apakah cinta persis dongeng Cinderella berjaya membawa kebahagiaan lewat jam 12? Ataupun hidup ini tidak semestinya berakhir seindah sebuah dongeng?
... lagu Mulanya Di Sini - Freedom ...
No comments:
Post a Comment