Sesuatu Yang Sempurna


 

Penulis   :  Anna Lee  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Prolog Media
Bilangan Mukasurat : 452
Tarikh Terbitan : Jun 2023  
ISBN :  978-629-7587-01-1 
Rating :



Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 13 penulis hebat ini selepas Sesuatu Yang Kembali, Sesuatu Yang Hilang, Cinta Itu Gila, I'm Yours, Kenzi X Embun, Couple, Naskah Terakhir Laura Isabel, Jika Aku, Mesej, Aku, Dia & Pinky Promise, Terukir Cinta dan Hello it's me.

Apa yang aku boleh tulis di sini, sambungan kisah Trilogi Sesuatu Yang Hilang - Bahagian III kali ni buat aku rasa lebih berdebar, ada aksi-aksi yang lebih mencabar imaginasiku dan memang mencabar tahap kesabaranku nak tahu kesudahan kisah Mikha, Ben dan siapa Ibra ni yang sebenarnya. Akhirnya terungkai segala persoalan yang aku dok fikir dalam kepala otak sebelum ni. Baru aku tahu siapa sebenarnya dalang penyebab hingga terjadinya wabak serangan manusia Menggila macam zombie ni dan kenapa Ibra hilangkan diri sebelum ini. Semuanya terjadi sebab adanya manusia berhati iblis, pemimpin yang haloba dan pentingkan diri sendiri hingga sanggup melakukan kezaliman dan kekejaman kepada rakyat dan memusnahkan ketamadunan hidup manusia dan negara sendiri.

Suspen je dan buat aku sebak tau. Tidak sangka Ibra terselamat dari virus orang menggila tu dan masih hidup. Syukur akhirnya Mikha dan Ibra bersatu kembali dan bina hidup baru bersama Luth setelah mengharungi segala kepayahan dan penderitaan yang sungguh pilu. Syukur... Sesuatu yang hilang telah kembali dan menjadi sempurna. 

Benci dan dendam hanya akan buat kita menyesal di kemudian hari, kerana kita tidak tahu bilakah penghujung hidup kita di dunia ini. Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis


Kita perlu bertahan!

Mereka belum selamat. Cabaran hebat sedang menanti. Namun demi meneruskan hidup dan bertemu insan tersayang, sesukar mana pun ujian mereka akan bertahan!

 

 

Ibra tiada pilihan, dia terperangkap dalam perjanjian yang menyebabkan dia terpaksa melukakan hati si isteri. Rahsia itu biar kekal menjadi rahsia. Itulah misinya. Namun apabila wabak melanda, mungkinkah rahsia itu akan terpendam selamanya?

Jangan benci sangat. Bahaya. Nanti cinta sampai mati.- Ibra

 

 

Bagi Mikha ini mungkin kifarah. Dia reda namun dalam masa yang sama membenci suami yang dicintai bukan perkara mudah. Huru-hara hatinya ini sama seperti huru-haranya keadaan negara yang sedang diserang wabak. Apatah lagi saat dia tahu si suami merahsiakan sesuatu daripadanya.

Untuk memiliki sesuatu yang sempurna dia perlu melupakan segala kesakitan.

Namun … mampukah dia melakukan?

Benci dan dendam tidak akan menjadikan kita manusia. – Mikha

 

 

 ... lagu Sebenarnya - Alif Satar & Siti Nordiana ...

 


 

 ... lagu Akhiri Penantianku - Alif Satar ...

 




 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...