“ The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you'll go.” ― Dr. Seuss
Aristokra
Penulis : Ahmad Patria Abdullah
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Fantasi
Penerbit : Penerbit X
Bilangan Mukasurat : 384
Tarikh Terbitan : March 2016
Rating : ★★
Ulasan :
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini.
Secara peribadi, cerita ini boleh aku katakan agak menarik untuk dibaca.
Namun, gaya penceritaannya agak sukar untuk aku fahami.
Sinopsis :
Nashan.
Sebuah negara kecil jauh ke utara Aurora, yang kini diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri dan Aristokra yang terakhir. Daerah legenda dan mitos, paling gemilang antaranya adalah Spiara Bulwar, kisah epik yang menceritakan persahabatan pahlawan terbilang itu dengan Shilrung, serta pertarungan mereka menentang Krodra, gergasi samudera yang menggerunkan.
Dan kini pemerintahan Melyn diancam bahaya.
Sursis, pahlawan adi dan panglima gagah dari banjaran gunung jauh, mahu menakluki Nashan. Kehadiran Mori, kesatria misteri yang dikirim oleh Artakus, Lodra Perang Aurora, bakal mengubah segala-galanya. Namun, kehebatannya tidak dapat menandingi kegagahan Sursis, yang belum pernah tewas dalam pertempuran. Percaturan Merkia, wizra terulung yang menguasai magis tinggi, memberikan sinar harapan dalam usaha mereka menentang ancaman musuh. Namun, rahsia yang bakal menentukan takdir seluruh Nashan tersembunyi dalam legenda Spiara Bulwar. Firasat murni dan magis tinggi, persahabatan sejati dan pengkhianatan misteri, kesemuanya tergabung dalam perjuangan Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri Kushan yang pintar dan jelita, yang paling terkenal dengan hanya satu gelaran,
Aristokra.
Gantung 2
Penulis : Nadia Khan
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Seram, Mindfuck, Persahabatan, Gender
Penerbit : Buku Fixi
Tarikh Terbitan : 2017
e-Book ISBN : 978-967-2128-01-4
Rating : ★★★
Ulasan :
Ini sambungan daripada Gantung dan karya keempat yang aku dah baca selepas Kelabu dan Pakar.
Pendapat peribadi, kisah sisi hitam putih persahabatan empat sekawan dalam sambungan cerita ni agak kurang creepy kalau nak dibandingkan dengan buku pertama yang aku baca dulu tu. Macam biasa, cerita penulis ni memang bikin pecah kepala aku nak hadam isi perut cerita ni. Namun, banyak rahsia yang berjaya dibongkarkan terutamanya rahsia hati Raymond de Silva aka Ray (Khalil) yang bukan hanya ada sisi hitam dan putih je tapi ada juga pelangi he he he. Selepas hampir 12 tahun berlalu, Ray masih lagi terperangkap dalam dunia persahabatan mereka dan tidak dapat melupakan Gibbs, KJ dan Troll. Kehidupan Ray tetap dibayangi dengan kehadiran Gibbs, KJ dan kisah silam mereka.
Hmmph, akhirnya persoalan yang tergantung membelenggu Ray selama ini terjawab kenapa di antara mereka berempat hanya dia yang masih terselamat hingga kini bila dia ditemukan dengan Danny si Ray Junior. Waahh I'm shocked.
Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut menjenguk.
“What does this mean?” tanya Gibbs.
“Tak tahu. Mungkin... apa yang aku pernah buat kat sekolah?”
“Seriously, Ray... takkan kau rasa ni ada kena-mengena dengan sekolah?”
“Melainkan kau ada buat benda lain yang kitorang tak tahu,” sampuk KJ.
Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku. Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar. Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT – dan aku jadi manusia heartless yang tak lagi korang kenal...
... lagu Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah ...
Everything happens for a reason
Setiap benda tu ada saat dan ketika yang dah ditentukan kemunculannya
Andai BAVARIA Takdirku
Penulis : NurulSham Saidin
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Tarbiah Dewasa
Penerbit : Galeri Ilmu
Bilangan Mukasurat : 296
Tarikh Terbitan : 2011
ISBN : 978-983-097-275-6
Rating :

Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA ini adalah buku ketiga yang aku dah baca selepas Dingin Salju Indiana dan Dingin Salju Wisconsin.
Secara peribadi, penulis berjaya membuka mata dan akalku akan kisah Aisha gadis Melayu yang telah berkahwin dengan duda anak satu, lelaki Jerman ini. Kisah ini adalah kisah benar perjalanan hidup Pn Nieda dan suami, Wolfgang. Penulis berjaya memperlihatkan keadaan dan kehidupan sebenar berkahwin dengan lelaki warga asing dan menetap di negara asing. Bukan mudah sebenarnya dan perlukan kesabaran dan semangat juang dan jihad yang tinggi.
Aku tak nak komen panjang lebar. Cukup aku katakan kisah ini buat aku sebak hingga bengkak mata menangis tuhh. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah ini. Ia menyedarkan aku dan buat aku berfikir lebih mendalam lagi akan segala ujian, dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Aisha untuk membimbing suami dan anak tiri yang baru mengenal Islam. Semoga kisah Aisha ini dapat dijadikan inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana yang agak teruja, teringin, sedang dan akan berkahwin dengan lelaki warga asing.
Ucapan terima kasih daripada hatiku yang paling dalam dan tahniah kepada penulis karya hebat ini kerana telah berkongsi sebuah kisah benar yang menggetarkan jiwa dan ragaku. Memang benar, setiap manusia itu tidak sama ujian dan dugaannya. Namun jika kita yakin dan hanya bergantung harap padaNYA, kita pasti dapat menghadapi setiap yang berlaku dalam hidup kita insya Allah.
T.E.R.B.A.I.K.
Sinopsis :

Kisah bermula apabila Aisya perlu mengikut suami pulang ke negara asalnya, dan tinggal di sebuah kampung pedalaman di Obermichelbach, Bavaria, Jerman. Di sinilah Aisya mula merasai cabaran sebagai seorang Muslim yang hidup di kalangan penduduk beragama Kristian yang sangat tradisional.
Namun, dia mendapat kekuatan untuk menyesuaikan diri kerana suaminya yang penyayang dan sangat memberati agama Islam. Kala itu, Aisya berpendapat bahawa dia harus berada di sisi suami kerana satu lagi tanggungjawabnya adalah untuk membantu suaminya mempelajari syariat seperti solat dan membaca Al Quran.
Dari segi ketauhidan, suaminya tiada keraguan lagi. Kekuatan Aisya adalah abangnya, Ustaz Ashrof yang telah mengingatkannya untuk bersabar, menjadi cerdik dan mengambil keputusan yang betul apabila telah berkeputusan untuk berkahwin dengan seorang yang situasi hidupnya seperti Olaf itu.
Novel ini juga menceritakan tentang perspektif popular masyarakat Eropah mengenai Islam dan kaitannya dengan perang salib. Ia juga memaparkan keadaan cuaca dan musim di Jerman serta masyarakat Islam di sana. Juga diselitkan cara penyediaan makanan orang-orang di sana.
Dugaan sebenar Aisya bermula sepeninggalan Olaf ke Palestin untuk satu misi bantuan keamanan. Olaf dilaporkan hilang dalam misi tersebut. Apakah kesudahannya ?
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
Kata orang, cinta itu boleh mencipta keajaiban.
Kosher adalah daging sembelihan orang-orang Yahudi dari bangsa Israel sahaja.
Ya Allah, aku meminta kepadaMU, semoga diberikan kekuatan menghadapi waktu-waktu kehilangan ini. Semoga aku tidak hilang kewarasan.
Menggenggam bara api, biarlah sampai jadi abu.
Selagi diberi nyawa, hiduplah dengan berani.
Tidak berlaku semua kepedihan ini,
melainkan ALLAH mahu menjadikan kamu seorang yang besar. Apabila kita yakin dan bergantung penuh padaNYA,
kita akan tabah menerima apa sahaja ujian yang terjadi dalam hidup kita.
Tanpa halangan dalam kehidupan,
kehidupan itu tidak akan terasa manisnya.
Setiap sesuatu kejadian itu ada sebab-musababnya untuk berlaku
... lagu Kembara Di Tanah Gersang - Al Jawaher ...
Naskah Terakhir Laura Isabell
Penulis : Anna Lee
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Prolog Media
Bilangan Mukasurat : 292
Tarikh Terbitan : Feb 2015
ISBN : 978-967-1321-10-2
Rating : ★★★★
Ulasan :
Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku ni setelah tersadai beberapa bulan kat atas meja aku ni akibat tuntutan harian yang tak pernah selesai. Ini adalah buku ke 6 kubaca selepas Jika Aku, Mesej, Aku, Dia & Pinky Promise, Terukir Cinta dan Hello it's me.
Kisah time travel kali ni memang buat aku teruja baca dari awal hingga ke akhir muka surat. Penulis favourite aku ni memang S.U.P.E.R.B & bijak mengolah kisah di antara Laura Isabell, Megat Alam dan Dean, iaitu kombinasi dua alam klasik dan moden. Aku tertanya-tanya adakah kisah Laura Isabell dalam karya ini mempunyai persamaan dengan tragedi kapal Titanic yang karam di Lautan Atlantik.
Kisah cinta luhur yang tidak kesampaian di antara Laura Isabell & Megat Alam ini sungguh tragis dan buat aku sebak hingga menitiskan air mata. Kebenaran terungkai setelah catatan Laura Isabel diserahkan Dean kepada pemiliknya dan berakhirlah pencarian waris Megat Alam. Rupa-rupanya Tok Karim adalah Megat Alam yang dicari-cari selama ini. Terlerai sudah segala teka-teki dan misteri kehilangan Laura Isabell yang telah disalah ertikan di benak Tok Karim.
Apa yang boleh aku coretkan di sini, aku lebih tertarik dengan peribadi Megat Alam bangsa melayu yang tinggi budi pekerti, tinggi ilmu agama, hebat belayar dan terpesona dengan kisah klasik Laura Isabell & Megat Alam dalam cerita ni daripada kisah moden Laura Isabell. Namun, penulis berjaya mencantumkan dua zaman dalam satu cerita ni dengan sungguh berkesan & terbaik. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran kepada pembaca di luar sana.
Takkan Melayu Hilang Di Dunia
Sinopsis :
Cinta itu anugerah. Sudah tertulis sebelum roh ditiup bahawa dia akan menjadi milik kita.
1911
Naskah Terakhir Laura Isabell telah menimbulkan tanda tanya kepada pewarisnya. Catatan kisah cinta yang menyentuh hati itu telah membuatkan setiap pewarisnya berkelana ingin mencari kesudahan kisah tersebut.

2008
Dean, waris terakhir yang diwasiatkan memikul amanah itu. Namun, amanah yang dipikul datang bersama sebuah tanggungjawab yang berat.

Laura Isabell. Sepasang nama yang sering membuatkan diri si gadis Melayu jati itu disalah faham. Namun dia tidak menyangka, ada rahsia yang tersimpan berabad lamanya di sebalik nama itu.
Mampukah Dean melaksanakan amanahnya? Dan apakah rahsia di sebalik nama Laura Isabell?
Segalanya bakal terungkai di dalam Naskah Terakhir Laura Isabell... cinta yang merentasi batas waktu.
... lagu Mentera Semerah Padi - M Nasir ...
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
Setiap kejadian ada hikmahnya
Hikmah itu rahsia ALLAH, sehinggalah bila tiba waktunya
barulah hikmah itu dapat dirasai
Lautan tidak tercipta tanpa sebabnya dan pelautlah pembuka rahsia itu
Solat tahajjud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit
Telajak perahu boleh diundur, terlajak tindakan selamanya diburu kesal
People who care about one another tend to argue now and again
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...
Subscribe to:
Posts (Atom)