Dhea Gadis Dreamer


 

Penulis   :  Liza Nur    
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 169
Tarikh Terbitan : 2018  
ISBN :  978-967-86-0854-1 
Rating :
★★ 
       
 
 

 

Ulasan :

  الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kesembilan penulis hebat ini selepas Bukan Salahku, Biarkan Ia Pergi, Cinta Cash & Carry, Panggil Aku Kiah, Bridesmaid, Anggun Mikayla, Dalam Rintis Hujan dan Setulus Khadeeja .   

Akhirnya dapat jugak aku peluk buku yang telah lama aku cari-cari ni.

Lelaki dan perempuan memang tidak boleh jadi sahabat baik sebab nanti akan melibatkan perasaan dan salah seorang mesti akan terluka akhirnya. Kisah persahabatan di antara Dhea dan Adli berkawan baik di kampus ni memang syahdu dan mencuit hati. Kisah diorang ni buat aku tersengih-sengih je dengan perangai sengal si Adli aka Botak ni tau. Mereka saling memendam rasa dan perasaan. Bertemu kembali setelah 7 tahun terpisah lamanya dan menyambung semula kasih yang masih tersimpan kemas di hati masing-masing...

Seperti kata penulis hebat ini, usah mengejar cinta, ia akan datang sendiri pabila tiba masanya. Jangan takut untuk bermimpi, kerana mimpi akan bertatih menjadi cita-cita yang jika disusuli dengan usaha akan menjulang menjadi kejayaan. 

Dalam kelakar kisah diorang ni ada sinisnya. Banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah persahabatan diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 

 

 T.E.R.B.A.I.K.

 

 
 
Sinopsis   
  
Dhea, seorang gadis yang kuat berangan. Dia berkawan baik dengan Adli.

Apabila disuruh menyiasat status 'prince charming' Yaya, Dhea terpaksa merapati Hayden.

Dhea tersedar yang dia sebenarnya menyukai lelaki botak dan selekeh yang selalu berada disampingnya.

Dhea tidak teragak-agak untuk memilih selepas menerima surat tawaran biasiswa. Soal jodoh dibiarkan menjadi ketentuan-NYA.

"Dalam hidup ni, tak ada prince charming yang akan selamatkan kau kalau kau tak nak selamatkan diri sendiri!" - Dhea

 

 

 ... lagu What Am I To You - Norah Jones ...

 


 

 

 

S-K-Y


 

Penulis   :  Fiy Suri    
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Iman Publication
Bilangan Mukasurat : 336
Tarikh Terbitan : Feb 2023  
ISBN :  978-967-2423-98-0 
Rating :
 
       
 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya pertama penulis hebat ini.  

Kisah gadis orang kelainan upaya bernama Nur Syakirah aka SKY yang tidak boleh bercakap, introvert anxious dan social anxiety. Ada banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah yang meruntun jiwa ini.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 

 
 
Sinopsis   
  
Pekak. Socially anxious. Anak yatim.

Tak ada yang tak teruk dalam hidup seorang gadis bernama Sky. Kalau boleh, dia nak duduk di dalam bilik saja dan melukis. Tak payah pergi mana-mana. Kalau jumpa orang pun, bukan orang faham apa dia nak kata.

Kehadiran Qid merubah segalanya. Dia mula melihat dunia secara berbeza. Namun, ada kisah silam pahit yang menjarakkan mereka berdua. Dia dirundum rasa bersalah. Sky takut hatinya terluka lagi.

“Sky ke yang bermasalah? Rasa macam semuanya messed up. Diri Sky rasa helpless... I feel like I don’t know myself anymore...”

Mampukah Sky 'move on' dan menemukan apa yang dicari?

 

 ... lagu Someday, Somehow  - U-mb5 ...

 

 
 
 
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-



  Kadang-kadang manusia perlu melalui satu fasa kesusahan, keperitan dan kepahitan sebelum didatangkan kesenangan, kelegaan dan kemanisan seperti dalam ayat al-Quran, "Fa inna ma'al 'usri yusra. Inna ma'al 'ussri yusra."
 
'You were born to be real, not to be perfect. Because no one can be perfect, no one ... '
 
To have a better life, you must let go of what's holding you. Don't keep holding on to your past. You only have one life. Appreciate it. Embrace it. Fill your life with your beautiful dreams.
 
 Dalam hidup kita ni ada banyak kemungkinan. Macam-macam boleh berlaku.