Hanya Milikmu





Penulis   :  Siti Auni
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Malay
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel
Bilangan Mukasurat : 
582
Tarikh Terbitan : May 2013
ISBN : 978-967-0657-19-6
Rating :







Ulasan :
 
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini.


Pendapat peribadi, tema dan jalan cerita ni agak cliche dan hampir sama dengan beberapa karya yang pernah aku baca sebelum nih. Jadi semangat aku agak merudum sikit bila baca buku nih. Tema kahwin aturan keluarga antara dua darjat, hero kaya yang jahil dengan heroin muslimah miskin. Pastu hero berubah jadi hero muslim sejati. Cerita yang pada aku umpama susu lemak manis berkrim dan memang dah boleh agak kesudahan cerita ni camne he he he...

Apa-apa pun, aku harap pembaca di luar sana dapat kutip dan hadam maklumat yang baik-baik ye dan jadikan kisah ni sebagai pengajaran berguna. Jangan dok khayal pulak dengan ayat-ayat cinta dan aksi jiwang karat Harith yang asyik mengayat Balqis tak sudah sudah sampai ke akhir cerita


 
Sinopsis

 

Balqis Maisara, nama yang cukup indah didengar namun keindahan itu tidak pula terpalit sepanjang perjalanan hidupnya. Biarpun memiliki keperibadian yang mulia, namun gadis kampung ini tetap dipandang serong dan dihina oleh masyarakat di sekelilingnya.

Kedaifan yang menghimpit, ditambah pula dengan tanggungjawab terhadap ibunya yang menghidap penyakit kronik, kehidupan Balqis Maisara kian sukar. Namun berpegang pada ketentuan Allah, dia tabah menghadapi satu persatu ujian itu. Baginya Allah Maha Adil, dan dia yakin di penghujung harinya dia pasti menemui keindahan yang dicari.


Namun pertemuan dengan lelaki seego Tengku Harith, hati dan perasaannya kembali teruji dan dicarik berkali-kali. Dia berasa serba salah tatkala Tengku Ismail melamarnya untuk dikahwinkan dengan lelaki berhati kejam itu.“Kau ingat dengan tudung labuh macam tu, aku nak terpedaya? Kau jangan haraplah! Mati hidup semula pun, aku tak nak kahwin dengan perempuan macam kau ni!” – Tengku Harith.

Dan kehadiran lelaki sesempurna Ustaz Amirul, mungkinkah di situ bahagianya bersembunyi? Cinta lelaki itukah yang mampu mengubati satu persatu kelukaan di hatinya ini?

“Qis, abang janji, abang akan jaga Qis elok-elok lepas kita dah kahwin nanti. Abang takkan biarkan Qis terseksa lagi..” - Ustaz Amirul

Bagi diri Balqis Maisara, dia keliru di dua persimpangan. Di kirinya Ustaz Amirul yang cukup melindungi, dan di kanannya pula Tengku Harith yang penuh rasa benci. Jika dia selapang dada menerima Ustaz Amirul, mengapa wajah Tengku Harith yang muncul setiap kali dia menunaikan solat sunat Istikharah?

Apa yang tersembunyi? Apa yang bakal menantinya suatu hari nanti? Dan mampukah sebuah perkahwinan melenyapkan seluruh duka yang mejadi teman setianya selama ini? Sebuah kebahagiaan yang tidak pernah pasti, namun Balqis Maisara membulatkan tekad di hati.

Dan cinta itu pasti akan menjadi miliknya… suatu hari nanti.




... lagu For The Rest Of My Life - Maher Zain ...




 

Janji Pada-Nya





Penulis   :  Fazlyn Ridz
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Malay
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel
Bilangan Mukasurat : 878

Tarikh Terbitan : August 2014
ISBN : 978-967-0657-82-0
Rating :






 

Ulasan :

Ini adalah buku ke 2 kubaca selepas Si Kolot Suamiku
 

Pergh, cerita ni memang ambil masa berhari-hari jugak aku nak habiskan tau sebab memang tebal giler buku ni dan asyik mengadap diorang ni bergaduh jer he he he..

Pendapat aku, kisah ini dah biasa kita lihat dan dengar. Namun kita tidak pernah tahu bagaimana kesusahan dan kepayahan nak bimbing suami 'mat salleh' ni...Memang tidak semudah yang kita sangka. Nak bimbing suami yang memang dah lahir sebagai Islam pun susah bebenar inikan pulak orang asing yang memang tidak pernah percaya tentang kewujudan TUHAN dan dah biasa dengan benda-benda yang diharamkan dalam Islam nih.  

Apa-apa pun tahniah kepada penulis, anda berjaya mengolah perjalanan cerita dan watak-watak utama dengan berkesan sekali. Aku begitu terkesan dengan ketabahan watak Insyirah seorang isteri yang sabar membimbing suaminya Ariff aka Estaban si ulat beluncas ni ke pangkal jalan walaupun berkali-kali diuji dengan helah, janji kosong dan kecurangan Ariff. Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH.


Semoga kisah ini dapat kita jadikan pedoman dan pengajaran. 


 
Sinopsis

 
Aku dan Estaban bertemu.. namun aku tidak pernah jatuh cinta kepadanya. Sayangnya dia terus menagih perhatianku. Namun dia tidak pernah faham betapa mahalnya perhatian yang hendak kuberikan kepada lelaki persis itu.

“Dengan saya memang susah, sebab saya bukan dia.. bukan juga perempuan-perempuan yang awak peluk setiap hari. Saya bukan perempuan simpanan awak. Puas hati sekarang?” -Insyirah

“Awak pun perempuan. Apa naluri perempuan seperti awak tidak sama dengan yang lain? Awak dari planet mana?” –Estaban

Estaban kaki perempuan. Kacak... kaya dan juga nakal! Tetapi ada yang menjadi duri dalam jiwaku. Dia tidak percaya kepada Tuhan, tidak suka kepada agama. Rohaninya jauh tersasar. Pedomannya entah ke mana. Lelaki seperti dia tidak layak untuk aku jadikan sandaran. Pantaskah aku memilih lelaki seperti dia?



Takdir membawa aku ke dalam kehidupan yang tidak pernah aku bayangkan. Mengahwini lelaki seperti itu bukanlah angan-anganku. Tetapi itulah hakikat yang harus aku tempuhi. Estaban a.k.a. Ariff menjadi suamiku kerana keterlanjurannya sendiri. Memegang pegangan sebagai orang Islam bukanlah kehendaknya.

Namun terdayakah aku mengislamkan seorang suami yang cukup angkuh? Mampukah aku menahan gelora di hati tatkala ayah kepada anak-anakku itu semakin jauh daripada batasannya? Termampukah aku menahan Ariff daripada murtad semula?

Semuanya tidaklah mudah seperti yang dibayang. Usaha, doa dan tawakkal adalah pegangan setiap hamba-Nya. Akhirnya nanti Tuhan pasti akan menunjukkan jalan untuk mereka. Dia datang bersama maaf, sesal dan taubat. Namun mudahkah jiwa perempuan yang teruk tercalar ini untuk menerimanya semula? Sejauh mana kata-kata itu dapat aku pegang? Mampukah manusia seperti dia menerima hidayah dan taufik daripada Allah?

Janji Pada-Nya bukan sekadar kisah cinta. Kisah tentang kehidupan antara dua manusia yang berbilang prinsipnya. Namun Janji Allah... semua yang berlaku itu pasti akan ada akhirnya. Di situlah titik tolak kebahagiaan sedang bermula.



 ... lagu Dirgahayu - Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza ...




kalau ingin tahu lebih lanjut karya penulis boleh klik link ni... Fazlyn Ridz



 

Bits of Heaven





Penulis   :  Aishah Madadiy
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  English
Genre     :  English Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni
Bilangan Mukasurat : 337
Tarikh Terbitan : May 2015
ISBN : 978-967-0851-06-8
Rating :
★★★




 
   

Ulasan :

Ini adalah buku ke 2 kubaca selepas Velvet Di Durham.

Pendapat peribadi, kisah ini tidak kurang juga ummphnya daripada buku pertama yang telah kubaca sebelum ni. Kisah ini memang buat aku terkedu, membuka mata hatiku yang sekian lama tertutup, menjentik pelbagai rasa dihati ini, penuh inspirasi dan banyak ilmu yang dapat kupelajari.

Bacalah semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai pedoman dalam kita menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini.

 

Sinopsis


“How do you value truth, Akeed?”


“It’s part of virtues which I value more than everything else.”


“Including your own life?” 


I sat mute.


“We are now running against the clock. We’ve got to move fast, got to get everything cleared out.”


I was confused.


“Don’t be easily distracted. The truth is not simply visible to the naked eyes, not anymore. When people believe so much in media reports, history itself may conceal the truth. Only the chosen ones can see.”



Akeed Yahya is a PhD student at the Ohio University, United States of America. His objective in life is to discover the authentic essence of virtues through his involvement in watchdog journalism. Having faced great ordeals during this journey, like being shot in the city of Fallujah in the Iraqi al-Anbar province, there are two traits he cannot simply brush aside - tender solicitude and persistent inquisitive nature. These traits have driven him to travel to the Middle East to contend with some hard-truths about Egypt’s conflict and the aftermath of the Iraq War.

Akeed’s dauntless journey explores every aspect of journalism, philosophy and religion. The book is an interesting read for those who yearn for something with a different twist.
 




 ... lagu Portrait of My Love - Matt Monro ...



 



HAQ II






Penulis   :  Dhiya Zafira     
Negara   :  Malaysia      
Bahasa   :  Melayu    
Genre     :  Malay Fiction     
Penerbit  :  Poreng Kertas     
Bilangan Mukasurat : 348 
Tarikh Terbitan : May 2017  
ISBN :  978-967-14313-5-1    
Rating : ★★★★++
 
 





Ulasan

Alhamdulillah, baru je dapat buku ini secara terus daripada penulis thriller ni orang kata fresh from oven tuh hu hu. Ini adalah sambungan daripada karya Antologi Cinta Dia  dan karya ke 5 yang telah kubaca selepas Jauh Kau Pergi, Hati Bergetar Rindu, Setiap Detik Nafasku dan Tertulis Buat Kita

Aku tak nak comment berjela, cerita kali ini aku rasa lebih berdebar dan memang mencabar tahap kesabaranku nak tahu kesudahan cerita Alin dan siapa Haq ni yang sebenarnya dan banyak putar belitnya. Biasalah karya DZ memang suka buat cerita gaya roller coaster je. Tapi, aku sebenarnya agak kechewa sikit sebab aku berharap sangat ada lagi aksi-aksi yang lebih mencabar imaginasiku dan kebabom meletops daripada Haq ni...

Tak sangka aku Haq yang ala-ala brutal macam robot terminator dan macam ais beku ni ada hati dan perasaan jugak ye... cair jugak akhirnya boleh bertukar jadi mat bunga tuh.

Sorry sis, secara peribadi aku rasa watak Alin dan Haq ni hampir menyamai dengan watak Sid, namun kenapa masih tidak dapat menandingi watak Sid yang telah pun bertakhta jadi hero pujaan aku nih he he he... camne nak buat ye...
 
Tapi apa-apa pun tahniah Dhiya dan terima kasih kerana berjaya akhiri penantianku. Aku tersangatlah suka dengan happy ending cerita ini. Teruskan perjuanganmu dalam berkarya dengan tema Thriller yang lebih meletop kebaboom ye.

 

Sinopsis


 


“Polis?” Geleng.

“Tentera? Spy?” Geleng.

“Criminal? Smuggler?”

“Who do you think I am?”

Siapa Haq yang sebenarnya?

 





Alin keliru. Dia celaru. Lelaki berbahaya yang cuba menamatkan riwayatnya, kini berubah menjadi ‘her knight in shining armour’. Sukar mahu percaya, tetapi sebaik sahaja haluan mereka bertemu, dunianya berubah sekelip mata.

Haq buntu. Apa yang awalnya menjadi tugas biasa, berubah sehingga di luar kawalan. Mengenali seorang Adlin Suffiya tidak pernah termasuk dalam perancangannya. Tiba-tiba tujuan hidupnya berubah.
 

 







“Damn it Alin. I never wanted to end this way.
Falling in love with you was never in the plan.”

 





Alin tekad. Dia tidak akan menerima perkataan ‘TIDAK’. Lebih-lebih lagi bila dia yakin Haq mahu mengatakan ‘YA’. Lalu bagaimana caranya untuk meyakinkan Haq bahawa peluang untuk mereka bahagia masih tetap ada. 

~ Never trust everything you see. Even salt look like sugar~



 ... lagu It's Not Goodbye - Laura Pausini ...




kalau ingin tahu lebih lanjut karya Dhiya Zafira boleh klik link ni... Dhiya Zafira



Titik Mula Cinta





Penulis   :  Laila Hanni 
Negara   :  Malaysia        
Bahasa   :  Melayu      
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel    
Format   :   EPUB (ebook)    
Tarikh Terbitan :  Mei 2014   
ISBN :    978-967-0657-15-8    
Rating :  +++





 

Ulasan 

Ini buku ke 2 kubaca selepas Sesaat Cukup Bagiku

Secara peribadi, kisah ini tak lah sedih macam buku pertama yang kubaca dulu tu. Gaya penulisan penulis ini masih lagi sama suka tonjolkan tema cinta 3 penjuru seorang wanita direbut dua lelaki. Watak utama wanita dalam karyanya berperang dengan emosi diri untuk selesaikan masalah yang dihadapi.

Agak boring sikit di awal perjalanan cerita. Tapi, bila dah baca separuh buku baru mula timbul macam-macam perasaan dan buat aku tertanya-tanya pada watak Faris ni si Dr pakar jantung, aku geram dengan perangai dia yang suka memendam rasa dia tu.  

Apa-apa pun tahniah kepada penulis, anda berjaya buatku terpikat dengan watak Fazila dan Faris. Lepas ni aku kena cari karya-karya yang lain pulak

Sesungguhnya tidak mudah untuk menggapai cinta sempurna.



Sinopsis


Anis Fazila... Menerima pertunangan yang diaturkan keluarganya.

Mengharapkan tunangannya memulakan perhubungan menyemai rasa cinta hingga ke jinjang pelamin. Namun sikap dingin tunangannya buat dia rasa kecewa.



 


“... Dia asyik buat Ila sedih aje. Ila pun ada perasaan juga. Dah tak tahan rasanya dibuat tak endah selama ni...” – Fazila

Mohd Faris Haikal... Terlalu misteri. Kenangan lama membelenggu dirinya antara rasa cinta yang tersemai dan tanggungjawab yang sukar dilepaskan. Antara Fazila dan Auni. Siapakah keutamaannya? Membenarkan jiwa merintih demi mereka yang dikasihi.


 







 “... Bila Ila dah dengar semuanya, abang tak akan rasa bersalah lagi. Dan abang akan terima keputusan Ila tanpa banyak soal. Biarlah kali ni, kita yang tentukan masa depan kita sendiri. Bukannya orang tua kita yang tentukan.” – Faris

Ruang kosong di hati benar-benar menguji kesetiaan dan kekuatan naluri Fazila. Sebuah perasaan yang sukar dimengertikan hadir menjentik rasa. Kehadiran Amir Hamzah dalam hidupnya cuba disangkal, namun ianya bagaikan semakin mendekat sehinggakan dia tidak mampu menipu rasa hati sendiri. Makin lama rasa yang wujud membenih tersemai subur.

 

“Habis... rasa happy yang aku nampak dalam mata kau tiap kali kita bersama tu apa? Cahaya yang aku dapat tengok masa aku cakap yang aku suka kat engkau tu apa? Kesedihan yang aku nampak pada muka kau masa tunang kau datang hari tu tu...apa?” – Amir Hamzah

Siapakah sebenarnya yang memiliki jiwa dan hati Fazila. Antara yang disayangi dan dicintai. Pilihan bukan mudah. Namun dia sedar hakikat hubungan suci itu bukan sekadar untuk melestarikan cinta, malah juga untuk menahan segenap dugaan. Di sinilah mereka menemui titik mula cinta. Namun mampukah bertahan hingga ke pengakhirannya?




... lagu Cinta Sempurna - Yuna ~ gambaran hati Fazila pada Faris ...



 

Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

 Dalam membuat pilihan antara keinginan dan takdir, pilihlah yang memberikan keredhaan daripada ibu bapa, keluarga dan yang paling pentingnya keredhoan Ilahi

Kasih sayang perlu dibaja dan dibelai, jangan dibiarkan ia mati sendiri





kalau ingin tahu lebih lanjut karya Laila Hanni boleh klik link ni... Laila Hanni


Jodoh Sebelah Pintu





Penulis   :  Dekna Lee  
Negara   :  Malaysia      
Bahasa   :  Melayu    
Genre     :  Malay Fiction      
Penerbit  :  Love Novel  
Format   :   EPUB (ebook)  
Tarikh Terbitan :  April 2015  
ISBN :    978-967-0657-09-7     
Rating : 





Ulasan 

Ini buku ke 3 kubaca selepas Hantu Punya Boss dan Samurai. Setelah baca komen dalam geng goodreads kata cerita ni kelakar, aku pun cuba baca cerita ni sebab kepala tengah serabut ingatkan cerita kelakar tapi sorry sis, cerita ni pun tak boleh masuk dengan jiwa akak yang dah old timer ni...



 
Sinopsis

Mona Airawani bakal dijodohkan dengan lelaki yang penuh misteri bergelar Alang yang tidak pernah dilihat dengan mata kasarnya. Hubungan mereka hanya berlangsung melalui telefon, hanya suara tanpa rupa!

“Janji yang awak gantikan tempat saya bila akad nikah nanti? Awak jabat tangan dengan tok kadi dan biar saya yang ambil tempat awak. Bersimpuh di belakang.” ~Encik Tunang Tubi.

Namun begitu pertemuan pertama yang diatur terpaksa dibatalkan gara-gara terserempak dengan dua orang jirannya yang berperangai seperti hantu, Irfan dan Badrul. Dalam pada berperangai seperti hantu., Mona dikejutkan pula dengan sebuah kenyataan. Bakal tunangnya tidak jauh, terlalu dekat, malahan hanya sebelah pintu! Tapi siapa? Adakah si Badrul Syah yang suka mencari fasal?

“Ganasnya akak. Tutup pintu guna kepala lutut.” ~Badrul Syah

“Nak tutupkan mata orang dengan kepala lutut ni pun boleh.” ~Mona.

Atau si Amirul Irfan yang tidak kurang celoparnya?

“Ala, Mona, bolehlah... tadi tengok macam tak best. Bila tengok lidah Mona yang cute rasa aiskrim tu, automatik abang rasa...” ~Amirul Irfan

Pap!! Tak sempat dia sambung, sudah terpacak aiskrim kon di atas kepala dia.
“Automatik rasa sejuk kat atas kepala, kan?” ~Mona Airawani

Setelah identiti misteri si tunang terbongkar, hati Mona Airawani mula dibelit perasaan bersalah kerana sering bersikap buruk terhadap lelaki itu. Apatah lagi benih cinta dan sayang cuba disemai sebaiknya demi kebahagiaan mereka berdua di masa hadapan. Namun ada resah kian berbelit dengan kehadiran orang ketiga yang datang mengganggu.

Mampukah Mona dan si tunang dari sebelah pintu melalui cabaran-cabaran yang mendatang? Dan, siapa sebenarnya tunangan Mona Airawani?


 

Perempuan Lindungan Kaabah





Penulis   :  Hana Ilhami
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karya Seni

Format   :   EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan : Oktober 2012
ISBN : 978-967-0246-34-5
Rating :






 

Ulasan

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku penulis ni setelah agak lama mencari. Ini adalah karya ke 2 kubaca selepas Ya Maulana. Aku tak nak comment panjang lebar, cukup kalau aku katakan tema cerita ni memang biasa kita dengar dan lihat, tema klise kahwin paksa balas budi di antara Ustazah Hanan dan Fareez yang playboy ha ha camtuh la lebih kurang gamaknya. Pendapat peribadi, aku rasa cerita ni kurang ummph daripada karya yang pertama kubaca.

Aku suka dengan cara penulis berdakwah melalui perjalanan dan plot cerita setiap watak yang ada dalam cerita ni. Banyak ilmu yang dapat aku pelajari dalam kisah yang sarat dengan pengajaran berguna ini. Penulis juga secara tidak langsung berjaya memperlihatkan peranan dan mengangkat martabat seorang wanita dan isteri di sisi seorang suami. Tidak susah sebenarnya untuk mengajak dan membimbing suami untuk dekat dengan ALLAH. Jika ada kemahuan, mohon dan berserah segala kepadaNYA, pasti akan berjaya menempuh segala ujian dan halangan. Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran berguna untuk para isteri di luar sana.


Sinopsis


 
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.

Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...


“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex


“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir

“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.

“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan

Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?