Penulis : Siti Auni
Negara : Malaysia
Bahasa : Malay
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Love Novel
Bilangan Mukasurat : 582
Tarikh Terbitan : May 2013
ISBN : 978-967-0657-19-6
Rating : ★★★
Ulasan :
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini.
Pendapat peribadi, tema dan jalan cerita ni agak cliche dan hampir sama dengan beberapa karya yang pernah aku baca sebelum nih. Jadi semangat aku agak merudum sikit bila baca buku nih. Tema kahwin aturan keluarga antara dua darjat, hero kaya yang jahil dengan heroin muslimah miskin. Pastu hero berubah jadi hero muslim sejati. Cerita yang pada aku umpama susu lemak manis berkrim dan memang dah boleh agak kesudahan cerita ni camne he he he...
Apa-apa pun, aku harap pembaca di luar sana dapat kutip dan hadam maklumat yang baik-baik ye dan jadikan kisah ni sebagai pengajaran berguna. Jangan dok khayal pulak dengan ayat-ayat cinta dan aksi jiwang karat Harith yang asyik mengayat Balqis tak sudah sudah sampai ke akhir cerita.
Sinopsis
Balqis Maisara, nama yang cukup indah didengar namun keindahan itu tidak pula terpalit sepanjang perjalanan hidupnya. Biarpun memiliki keperibadian yang mulia, namun gadis kampung ini tetap dipandang serong dan dihina oleh masyarakat di sekelilingnya.
Kedaifan yang menghimpit, ditambah pula dengan tanggungjawab terhadap ibunya yang menghidap penyakit kronik, kehidupan Balqis Maisara kian sukar. Namun berpegang pada ketentuan Allah, dia tabah menghadapi satu persatu ujian itu. Baginya Allah Maha Adil, dan dia yakin di penghujung harinya dia pasti menemui keindahan yang dicari.
Dan kehadiran lelaki sesempurna Ustaz Amirul, mungkinkah di situ bahagianya bersembunyi? Cinta lelaki itukah yang mampu mengubati satu persatu kelukaan di hatinya ini?
“Qis, abang janji, abang akan jaga Qis elok-elok lepas kita dah kahwin nanti. Abang takkan biarkan Qis terseksa lagi..” - Ustaz Amirul
Bagi diri Balqis Maisara, dia keliru di dua persimpangan. Di kirinya Ustaz Amirul yang cukup melindungi, dan di kanannya pula Tengku Harith yang penuh rasa benci. Jika dia selapang dada menerima Ustaz Amirul, mengapa wajah Tengku Harith yang muncul setiap kali dia menunaikan solat sunat Istikharah?
Apa yang tersembunyi? Apa yang bakal menantinya suatu hari nanti? Dan mampukah sebuah perkahwinan melenyapkan seluruh duka yang mejadi teman setianya selama ini? Sebuah kebahagiaan yang tidak pernah pasti, namun Balqis Maisara membulatkan tekad di hati.
Dan cinta itu pasti akan menjadi miliknya… suatu hari nanti.
... lagu For The Rest Of My Life - Maher Zain ...
No comments:
Post a Comment