Gemalai Kasih





Penulis   :  Lynn Safiya
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Malay
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  LoveNovel
Bilangan Mukasurat : 542
Tarikh Terbitan : Mar 2015
ISBN : 978-967-0657-99-8
Rating :







 Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini.

Secara peribadi aku suka setiap watak dan nilai-nilai kekeluargaan yang ada dalam cerita ini. Kisah Lia dan Fendi ni satu lagi kisah realiti. Penulis berjaya membuai jiwa dan ragaku dalam menyampaikan isi hati, perasaan dan emosi setiap watak terutamanya watak Lia dan Fendi dalam cerita ini dengan berkesan sekali. Sampaikan aku terperasan sekejap akulah sebenarnya yang ada dalam cerita nih he he he.

Syabas Cik Penulis, kerana anda telah berjaya buatku terpikat dengan gaya penulisanmu yang cukup rencah dan rasa ni.  Jom lepas ni kena cari karya yang lain pulak.

 
Sinopsis

Intan Marliana (Lia) seorang anak yang patuh kepada orang tuanya. Disebabkan kesalahan abang-abangnya yang lalu, Lia sering berkorban demi menjaga hati ibu dan bapanya yang tercalar. Maka pinangan Asrul Effendi (Effendi), seorang duda beranak satu, diterima atas dasar patuh kepada ibu dan bapanya, walaupun pada mulanya dia cuba memujuk lelaki itu untuk tidak meneruskan niat untuk memperisterinya.




“So! Our parents think we should marry!” - Effendi
 

“... Lia langsung tak kenal Fendi ni, so how can we marry? - Lia

Namun mengapa Effendi yang tidak lagi percaya kepada cinta, bersungguh-sungguh inginkan Lia sebagai isterinya?  



“Cinta? Fendi pernah kahwin atas dasar cinta. Tak berkekalan pun! So, why not with someone I don’t know? Lagipun, my mother thinks you are perfect for me.” - Effendi

 
Apakah muslihat di sebalik pinangan itu? Sejak kegagalan perkahwinannya yang pertama, hati Effendi sudah tertutup. Maka hati halus Lia terpaksa dikecewakan agar gadis itu tidak menaruh sebarang harapan terhadapnya. Namun mengapa hatinya turut terluka pada saat hati Lia terpaksa dilukai?

Kelembutan Lia menambat hati Effendi. Penerimaan Lia terhadap anak kecilnya, Ina, menyentuh jiwanya sehinggakan dia mula mendambakan kasih sayang yang dicurahkan Lia kepada Ina untuk dirinya sendiri. Mampukah Lia mengembalikan kepercayaan Effendi kepada ikatan cinta yang tulus lagi sejati? Mampukah Effendi merawat luka yang telah terpalit di hati Lia setelah Lia mengetahui sebab sebenar mereka disatukan? Mampukah ikatan perkahwinan mereka bertahan dengan kehadiran bekas isteri Effendi, Mona yang mahu merebut Ina? Betulkah Mona mahukan Ina atau apakah yang sebenarnya yang Mona mahukan?

Hak keputusan di tangan Lia. Itu janji Effendi. Hak yang diberikan Effendi seakan membunuh dirinya sendiri. Ketika Lia memilih untuk berpisah, Effendi tidak senang duduk. Hatinya parah. Lia harus dijejaki. Sanggupkah dia kehilangan Lia setelah perasaan cinta itu kembali berputik di hati?



... lagu Akhirnya - Camelia ft Innuendo ...




kalau ingin tahu lebih lanjut karya penulis boleh klik link ni... Lynn Safiya



 

No comments:

Post a Comment