Demi Waktu Demi Nina

 

Penulis   :  Nisyah   
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 455
Tarikh Terbitan : 2014  
ISBN :  978-967-0508-90-0 
Rating :


 
       
Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk cari dan baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan.

Sejujurnya aku memang sudah lama mencari karya penulis Jemari Seni ni. Syukur akhirnya dapat jugak aku peluk dan bacanya. Seperti kata penulis karya hebat ini, kisah ini mengajak pembaca memperbaiki diri dan berusaha ke arah yang lebih baik. Kisah Din dan Nina ini mengundang pelbagai rasa, ada gembira, sebak dan mendebarkan dari awal hingga ke akhirnya.

Apa yang aku boleh katakan kisah Din dan Nina ini terlalu sedih dan memilukan hati ini untuk menerima akhiran takdir kasih di antara mereka. Setiap baris ayat dalam karya ini memang berjaya buat air mataku ini melimpah keluar tak henti-henti, bengkak mata tersedu sedan dan sakit dada. Aku jatuh berkali-kali kasihan dengan Din dan agak terkilan dengan tindakan kurang sabar Nina menanti kesembuhan Retrograde Amnesia Din. Bacalah, anda pasti akan dapat rasa apa yang kurasa.  

Aku mengakui ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita sebagai hambaNYA. Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Jodoh, pertemuan, perpisahan, ajal dan maut telah tertulis untuk kita. Siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh ALLAH di Lauh Mahfuz untuk hambaNya walaupun amat berat dan payah untuk kita terima. 

Yakinlah dengan ketentuan ALLAH. Kehilangan sesuatu atau meninggalkan sesuatu semata-mata untuk mencapai keredhaan ALLAH adalah tindakan terpuji. ALLAH akan menggantikan kehilangan kita dengan sesuatu yang lebih baik atas kehendakNYA andai kita bersabar dan mentaati perintahNYA. Moga kita sentiasa diberikan kekuatan, kesabaran yang berlipat ganda dan dipermudah untuk menerima segala ketentuan dan menghadapi setiap ujian dengan hati yang tenang dan meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini dengan sabar.

Seperti kata penulis hebat ini, jangan putus asa untuk kembali ke jalan yang benar kerana jalan itu tidak pernah tertutup buatmu. ALLAH itu Maha Pengasih dan Penyayang, carilah DIA dan jangan sekali-kali kita putus harapan denganNYA.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

p/s ~ " Nina, relakanlah takdir ini. Hikmahnya terlalu hebat. Bukalah hatimu untuk suamimu sepertimana kau buka hatimu itu untukku satu ketika dulu ..."  coretan terakhir Din kepada Nina ni terlalu menusuk qalbu seperti kaca yang jatuh hancur berkecai 

 

T.E.R.B.A.I.K.
 
 

 
Sinopsis 

  

mata itu sedang mencari cinta, sedangkan cinta sudah berada di hadapannya...

Din bukanlah manusia bodoh, namun dek rasa ingin tahu seorang remaja telah membuatkan dia terjerumus dalam kancah dadah kesesatan bertahun lamanya. Di Genting Sempah dia mengurung diri, mencari titik putih dalam hidupnya. Di sana dia bertemu dengan sesuatu yang merubah dirinya.

Kerana pernah rasa dihianati, Nina menganggap cinta itu derita. Tapi dia tidak lokek untuk berkongsi rasa dengan mereka yang memerlukan. Dia bahagia apabila dapat membantu mereka walau hanya dengan kata-kata. Tanpa dia sedar, dia juga turut mengenali apa itu cinta daripada mereka.

Kesungguhan Nina memimpin Din keluar dari neraka ciptaannya membuka ruang-ruang kasih antara mereka. Cinta ternyata tidak mengenal hitam atau putih masa lalu. Mereka melakar impian untuk membina hidup bersama. Meski begitu, adakah percaturan hidup menyebelahi kisah kasih antara Din dan Nina ?

kadangkala, perasaan yang hadir tidak memerlukan sebab dan jawapan 


... lagu Aku Tanpa CintaMU - Mirwana ft. Jay Jay ...


 

... lagu Aku Ingin Pulang - Ebiet G. Ade ... 

 

 
 ... lagu I Will Always Love You - Whitney Houston ...
 
 




  

Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

 

 Manusia lebih suka menghukum daripada mengetahui asbab kejadian. Hasilnya mereka terus jauh tersesat, hilang keyakinan diri dan tidak mahu kembali ke asalnya.

'Hidup itu peluang, sayang peluang itu tidak aku gunakan'.

Jangan gopoh untuk menilai seseorang, kerana dia mungkin lebih baik daripada kita.

Jangan nilai orang daripada tingkah lakunya, kerana ia bisa dilakonkan.

Di sebalik semua pergolakan dalam hidup kita tak boleh lupa adanya satu kuasa  Yang Maha Besar. Alhamdulilah, di sebalik segala kesusahan, kita ada ALLAH.

Hidup ini satu pilihan. Memang sukar untuk berubah. Tetapi setiap manusia perlu berhijrah. Hijrah daripada tidak elok kepada elok. Hijrah daripada baik kepada lebih baik.

Untuk memulihkan penagih dengan secawan air masak  dihembus dengan ayat-ayat :-

surah at-Taubah ayat 28-36, ayat 60-70

surah al-Hijr ayat 66-99

surah al-Hajj ayat 40-55

surah al-Ikhlas

sebelum minum baca selawat

Setiap ujian Allah itu menandakan kasihNya pada hambaNya. Tidak Allah menurunkan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Allah Yang Maha Penyayang.

surah Yasin, pada setiap perkataan Mubin, dia akan memanjatkan doa. Tujuh kali Mubin, tujuh kali doa.

Falling in love is a mixture of everything; emotion, respect, friendship, tenderness, loyalness, passion and affection.

Love can also be complicated, somewhat daunting...

to be in love is nice, but hanging on to love is complicated

Cinta pada Allah itu pengabdian hamba pada penciptaNya, cinta sesama manusia itu pula adalah nikmat yang Dia beri pada hambaNya.

Setiap orang ada buat salah, yang penting dia tahu dan mahu perbetulkan kesalahannya.

Setiap orang pernah buat silap. Siapa kita untuk menghukum malah tidak mahu bagi peluang kedua.

The struggle, the pain, the loneliness that we have to go through, moga kita tidak pernah lelah untuk menjadi orang yang lebih baik

Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk mencari jalan pulang. Sembuhkanlah dia. Sesungguhnya Engkaulah penyembuh segala macam penyakit. 

Hakikat hidup, tidak semua yang pahit harus berserta dengan manis, dan tidak semua luka akan kembali semacam asal, pasti ada parutnya.

Setiap manusia yang diuji kerana Allah sayangkan hambaNya.

Kita semua punya cerita sendiri. Kita juga punya cerita yang indah, cuma kita tak nampak cantiknya cerita kita. Kita terlalu memfokuskan kesedihan. Kita ada pilihan untuk lakarkan sama ada cerita gembira atau sedih. Terpulang ...

Mind over matters. Insya Allah. Maka selalulah kita latih untuk tajamkan fikiran dan tidak lemah dengan tuntutan masalah yang akan sentiasa ada dalam hidup ini.



kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  
Nisyah