Penulis : Ainul Farihah
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : JT Publishing House Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 382
Tarikh Terbitan : Okt 2022
ISBN : 978-967-2899-29-7
Rating :
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 5 penulis hebat ni selepas Vehaen : Satu Cerita, Vehaen II : Rifat, Lilin dan Anugerah Teragung Dari Tuhan.
Menurut penulis karya hebat ini, kisah ini menyelam suara jiwa duka empat orang sahabat yang menjerit tidak berbunyi dan menderita sakit yang tidak terzahir. Kisah Azfar dan Firman ni memang sarat dengan emosi, meninggalkan pelbagai rasa di hati ini. Membaca setiap baris ayat dalam karya ini memang buat aku sebak dan pilu sehingga tidak mampu ku tahan air mataku ini melimpah keluar. Bacalah, anda pasti akan dapat rasa apa yang kurasa.
Baru aku tahu, orang yang menghidap skizofrenia ini perlu elak daripada berada dalam situasi menekan dan perlu ambil ubat sebagai bantuan tambahan. Tahap skizofrenianya pula, jika tidak mendapatkan bantuan rawatan atau ubat, boleh menyebabkan dia mendengar suara bisikan dan melihat sesuatu yang tiada. Pesakit berkemungkinan boleh mencederakan dan membunuh bergantung kepada trigger skizofrenia dan anxiety kepada keadaan sekeliling. Seseorang yang mengalami skizofrenia ini tidak sedar apa yang dilakukannya. Manakala orang yang mengalamai anxiety disorder pula akan berasa berdebar, takut atau ada rasa tidak selamat yang tersangat tinggi hingga mengganggu rutin hariannya. Penyakit mental bukan sejenis penyakit yang boleh sembuh sepenuhnya dengan mudah kerana perlu ada pantauan yang ketat dan rapi.
Sebagai ibubapa, kita perlu menerima dan belajar untuk fahami dan hormat perasaan anak-anak kita. Tidak usah memaksa anak-anak kita untuk buat perkara yang mereka tidak minat atau tiada masa depan dan nampak tidak memberi pulangan yang bagus di mata kita. Anak-anak kita bukan robot yang hanya perlu patuh pada setiap arahan dan desakan ibubapa mereka.
Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi pengajaran kepada semua pembaca di luar sana. Ucapan terima kasih daripada hatiku yang paling dalam dan tahniah kepada penulis karya hebat ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang mampu menyedarkan dan buat pembaca muhasabah diri.