Miss Pen Pal


 

Penulis   :  akuorgbiasa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Gemok Publication
Bilangan Mukasurat : 6.00 MB (epub)
Tarikh Terbitan : Jan 2019
ISBN : 978-967-18781-7-0
Rating : 

 
       
 

 

Ulasan :
 

الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 5 penulis hebat ni selepas
Kekasih Diya, Syarat yang ke 3, My Not-So-Perfect Sweetheart dan Ceritera Cinta Express     

Aku tak nak comment panjang berjela, cukup kalau aku katakan kisah Teja Amani aka Juliet dan Edison Ng aka Romeo aka Sky of Pheonix ini memang sarat dengan emosi, meninggalkan pelbagai rasa di hati ini. Bacalah, anda pasti akan rasa apa yang kurasa. Membaca setiap baris ayat dalam karya ini memang buat aku sebak dan pilu sehingga tidak mampu ku tahan air mataku ini melimpah keluar.  Benarlah kata orang, cinta pertama pasti meninggalkan suatu kenangan hingga ke akhir nafas. 

Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut telah tertulis untuk kita sebagai hambaNYA. Namun, siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah di Lauh Mahfuz untuk hambaNya walaupun amat berat dan payah untuk kita terima. Jangan pernah lupa kerana ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita.  

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

  
 
Sinopsis 

 

Aku rasa seriklah dengan dunia internet ni, Yan! Tak ada limit, tak ada sempadan! Semua tentang kau macam boleh dibogelkan pada dunia. Logik tak di zaman ni aku nak cari pen pal? – Teja Amani

Terkesan dek insiden mengaibkan di media sosial, Teja Amani memulakan misi mencari pen pal. Tiga surat dikirimkan, hanya satu yang berbalas.

Sorry Juliet. Harapan kau untuk jadikan Edward Cullen sebagai Romeo kau takkan kesampaian. Sebab surat kau yang bodoh tu tak sampai pada Edward Cullen.  – Romeo

Saya rasa, jiwa awak tak tenang, Romeo. Awak ada masalah yang awak pendamkan? Awak marahkan seseorang? Awak rasa tertekan? – Juliet

Edward Cullen yang diharapkan, Romeo-jiwa-kacau yang dia dapat. Namun, kata-kata kesat daripada si dia menimbulkan rasa simpati di hati sang Juliet. Lalu surat itu dibalas dengan penuh hikmah melembutkan hati si Romeo. 

Bermulalah kisah cinta si Juliet dan Romeonya.

Saya mintak maaf! Saya dan awak, takkan boleh bersama. Jalan kita terpisah di sini. Saya memilih jalan ini. – Sky of Phoenix

Semuanya berubah apabila janji dimungkiri. Teja Amani patah hati.

Lain kali, sebelum nak jatuh hati dekat mana-mana lelaki, beritahu aku dulu. Biar aku scan dia dulu. Lulus ke tak lulus. Aku tak suka tengok kau menangis macam ni. Pedih hati aku ni, tahu tak? – Thor

Si dia yang sentiasa ikhlas berada di sisinya mengubati hati yang remuk. Teja Amani memilih untuk melupakan si dia dan berbahagia dengan lelaki yang setia menanti cintanya.

Apa caturannya wahai Tuhan? Beritahu aku, kerana aku tak sanggup luka buat kali kedua… – Edison Ng 

Namun, takdir telah menemukan semula si Juliet dengan Romeonya setelah kedua-duanya memilih untuk melupakan.

Kalau nak dirembat orang, lama dah kena rembat, mak. Bukan semalam Ngah luahkan perasaan dekat dia. Bertahun-tahun dah. Teja dah fikir masak-masak la tu – Ahmad Tariq 

Apa keputusan Teja Amani? Memilih cinta pada si teman pena yang tak kesampaian, atau setia dengan si dia yang sentiasa berada di sisi?

 

 

... lagu Insha Allah - Maher Zain ...  

 




 

 

Silhouette


 

Penulis   :  Karra Ryna  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel Publishing Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 1.36 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jan 2019
ISBN : 978-967-2185-89-5
Rating : 

 
       
 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Secara peribadi aku suka dengan tema thriller tentang dendam dan pengkhianatan dalam karya ini. Silhouette dalam bahasa inggeris bermaksud bayang adalah tentang kisah Razin Qayyim yang punyai sejarah silam yang gelap dan hitam. Sejujurnya aku mengakui bukan mudah untuk mengubah sisi gelap dan hitam dalam diri kita menjadi sisi putih bersih. Namun, aku mengakui hidayah itu milik Allah. 

Penggunaan teknik flashback atau imbas kembali dari awal hingga akhir perjalanan cerita dalam karya ini memang berjaya membuatkan aku sentiasa dalam debaran tahap maksima dan buat aku tertanya-tanya dan jadi begitu teruja nak tahu siapakah Raid dan Razin sebenarnya.  Apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada Raid dan Razin yang begitu misteri dalam karya ini. 

Rasanya lepas ni aku kena selongkar karya-karya penulis ni yang lain pula.

Son of Anonymous ~ Tidak ada orang baik yang tidak punya masa lalu, dan tidak ada orang jahat yang tidak punya masa depan. Setiap orang memiliki kesempatan yang sama untuk berubah menjadi lebih baik. Bagaimanapun masa lalunya dahulu, sekelam apa lingkungannya dulu, dan seburuk apa perangainya di masa lampau. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. 

Baca dan renung kisah ini dengan mata hati dan mata akalmu nescaya banyak ilmu yang dapat diperolehi dari karya ini.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

  
 
Sinopsis 

“Eh, aku ada banyak duit. Berapa banyak kau nak aku boleh bagi. Semua benda aku boleh beli, faham?” – Thalea Aleesya

 

 

 

“Kalau macam tu, kau pergi beli otak yang pandai sikit, ganti otak sekarang. Bodoh sangat.” – Razin Qayyim

 

 

 

Pertemuan mereka bermula dengan pertengkaran. Thalea yang berlagak membuatkan Razin naik angin. Namun, pertolongan Razin pada malam itu membuatkan Thalea terhutang budi. Dia cuba mendekati Razin untuk membalas budi lelaki itu. Namun, ada saja alasan Razin untuk menolak. Kejadian demi kejadian mencambah rasa dua jiwa. Namun Razin cuba menidakkan. Dia rasa dia tidak layak mengecap bahagia. Tidak mungkin dia melupakan dendam yang masih bersisa. Sesuatu yang telah berlaku terhadap bapa Thalea membuatkan sikap Razin mula berubah, dan dengan sedaya upaya dia cuba melindungi Thalea daripada bahaya. Kali ini dia mesti menang dan membela apa yang telah hilang.

“Dengan apa yang jadi… aku yakin, selain aku… kau mampu lindungi Thalea. Jadi… aku nak tanya kau soalan terakhir, kau sudi tak jaga adik aku? Jadi suami dia?” – Hadif Alfian

Tawaran Hadif, abang Thalea membuatkan Razin mempersoalkan kemahuan hatinya. Dia nekad dan pasti, inilah bahagia yang hatinya mahukan.

“Walaupun awak tak pernah tanya, tapi saya nak awak tahu… saya kahwin dengan awak sebab saya cintakan awak dan nak lindungi awak. Bukan simpati…” – Razin Qayyim

Namun, bahagia yang diidam terlalu banyak halangan. Kisah silam sentiasa mengekori kebahagiaan yang mahu dicipta. Ada manusia yang berdendam dan mahu Razin terus lenyap di dunia ini. Setelah apa yang berlaku, adakah Razin akan memberi peluang pada hatinya semula? Adakah Razin akan terus memperjuangkan bahagia yang dia inginkan? Mampukah insan-insan tersayang menerima kisah silamnya, atau membuang jauh dirinya?

 

... lagu Sumpah - Naim Daniel ...  

 


 

 

Lelaki Introvert


 

Penulis   :  Dilla Ahmad  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  AA Idea Publication
Bilangan Mukasurat : 3.00 MB EPUB(e-book)
Tarikh Terbitan : Dec 2020
ISBN : 978-967-1821-3-3-6
Rating : 

 
       
 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya keempat penulis ini selepas Darjat Cinta, Luq dan Bukan Kemahuan Fikiran. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Hazeel Irham dan Saidatul Naura ini biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Ini kisah kena nikah kahwin terpaksa adik dan abang angkat. Dari apa yang aku tahu introvert bermaksud perwatakan seseorang yang pendiam, banyak rahsia, pemarah dan suka bersendirian.

Secara peribadi aku rasa agak kurang puas hati baca kisah ni berbanding dengan kisah Ain dan Hadif dalam Bukan Kemahuan Fikiran. Kisah diorang ni kurang berjaya menyentuh hati dan perasaan aku ni.

Walau bagaimanapun, ada juga mutiara ilmu keluarga, rumahtangga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni.

Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

  
 
Sinopsis 

“Abang tahu tak macamana nak lafaz nikah” – Naura

“Lafaz jelah" - Hazeel

"Abang relaks aje. Jangan gugup tau" - Naura

"Kau ni macam yakin ajekan yang papa akan pilih aku?"- Hazeel

Mereka dinikahkan juga bila Ryan yang sepatutnya hadir di majlis pernikahan itu tidak muncul. Ada konspirasi menculik Ryan dan Naura dituduh bila Ryan tiba-tiba muncul selepas selesai pernikahan itu.

Hazeel mula mengesyaki isterinya adalah dalang dalam penculikan Ryan.

"Kalau ya, abang nak buat apa? Ara dah sah jadi isteri abang and you can never go back!"- Naura

Hazeel sendiri punya misi. Untuk menakluki Naura, dia harus mengugut Tan Sri Hanif, bapa angkatnya. Keji? Memang keji. Dia tidak akan membiarkan mana-mana lelaki mendekati Naura.

When love is so strong, people get weak. Itu yang dia rasakan terhadap Saidatul Naura. Walau besar mana badai melanda, kita tetap akan bersama!

 

... lagu Layar Impian - Ella ...