Silhouette


 

Penulis   :  Karra Ryna  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel Publishing Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 1.36 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jan 2019
ISBN : 978-967-2185-89-5
Rating : 

 
       
 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Secara peribadi aku suka dengan tema thriller tentang dendam dan pengkhianatan dalam karya ini. Silhouette dalam bahasa inggeris bermaksud bayang adalah tentang kisah Razin Qayyim yang punyai sejarah silam yang gelap dan hitam. Sejujurnya aku mengakui bukan mudah untuk mengubah sisi gelap dan hitam dalam diri kita menjadi sisi putih bersih. Namun, aku mengakui hidayah itu milik Allah. 

Penggunaan teknik flashback atau imbas kembali dari awal hingga akhir perjalanan cerita dalam karya ini memang berjaya membuatkan aku sentiasa dalam debaran tahap maksima dan buat aku tertanya-tanya dan jadi begitu teruja nak tahu siapakah Raid dan Razin sebenarnya.  Apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada Raid dan Razin yang begitu misteri dalam karya ini. 

Rasanya lepas ni aku kena selongkar karya-karya penulis ni yang lain pula.

Son of Anonymous ~ Tidak ada orang baik yang tidak punya masa lalu, dan tidak ada orang jahat yang tidak punya masa depan. Setiap orang memiliki kesempatan yang sama untuk berubah menjadi lebih baik. Bagaimanapun masa lalunya dahulu, sekelam apa lingkungannya dulu, dan seburuk apa perangainya di masa lampau. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. 

Baca dan renung kisah ini dengan mata hati dan mata akalmu nescaya banyak ilmu yang dapat diperolehi dari karya ini.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

  
 
Sinopsis 

“Eh, aku ada banyak duit. Berapa banyak kau nak aku boleh bagi. Semua benda aku boleh beli, faham?” – Thalea Aleesya

 

 

 

“Kalau macam tu, kau pergi beli otak yang pandai sikit, ganti otak sekarang. Bodoh sangat.” – Razin Qayyim

 

 

 

Pertemuan mereka bermula dengan pertengkaran. Thalea yang berlagak membuatkan Razin naik angin. Namun, pertolongan Razin pada malam itu membuatkan Thalea terhutang budi. Dia cuba mendekati Razin untuk membalas budi lelaki itu. Namun, ada saja alasan Razin untuk menolak. Kejadian demi kejadian mencambah rasa dua jiwa. Namun Razin cuba menidakkan. Dia rasa dia tidak layak mengecap bahagia. Tidak mungkin dia melupakan dendam yang masih bersisa. Sesuatu yang telah berlaku terhadap bapa Thalea membuatkan sikap Razin mula berubah, dan dengan sedaya upaya dia cuba melindungi Thalea daripada bahaya. Kali ini dia mesti menang dan membela apa yang telah hilang.

“Dengan apa yang jadi… aku yakin, selain aku… kau mampu lindungi Thalea. Jadi… aku nak tanya kau soalan terakhir, kau sudi tak jaga adik aku? Jadi suami dia?” – Hadif Alfian

Tawaran Hadif, abang Thalea membuatkan Razin mempersoalkan kemahuan hatinya. Dia nekad dan pasti, inilah bahagia yang hatinya mahukan.

“Walaupun awak tak pernah tanya, tapi saya nak awak tahu… saya kahwin dengan awak sebab saya cintakan awak dan nak lindungi awak. Bukan simpati…” – Razin Qayyim

Namun, bahagia yang diidam terlalu banyak halangan. Kisah silam sentiasa mengekori kebahagiaan yang mahu dicipta. Ada manusia yang berdendam dan mahu Razin terus lenyap di dunia ini. Setelah apa yang berlaku, adakah Razin akan memberi peluang pada hatinya semula? Adakah Razin akan terus memperjuangkan bahagia yang dia inginkan? Mampukah insan-insan tersayang menerima kisah silamnya, atau membuang jauh dirinya?

 

... lagu Sumpah - Naim Daniel ...  

 


 

 

No comments:

Post a Comment