H.I.M


 

Penulis   :  Fazlyn Ridz      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel Publishing
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : November 2016  
e-ISBN :  978-967-2185-00-0 
Rating : 

 
 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله‎ dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 3 penulis ni 
selepas Janji Pada-Nya dan  Si Kolot Suamiku.

Kisah ini sebenarnya sambungan dari Janji Pada-Nya iaitu kisah anak Ariff aka Estaban dan Insyirah.

Walaupun kisah Afyra dan Fakhri ni nampak macam cliche je, kisah orang yang baru nak belajar bercinta lepas kena kahwin paksa tapi kisah diorang ni berjaya meninggalkan kesan mendalam dan mainkan emosi aku jugak. Seringkali kita anggap kahwin tanpa cinta tidak akan berjaya membina keluarga bahagia. Namun, kita terlupa semua yang berlaku itu adalah ketentuan dari Allah SWT. 

Banyak mutiara ilmu rumahtangga dan pengajaran yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni. Penulis berjaya menyampaikan mesej yang patut kita renung dan teladani.

Tahniah Cik Penulis. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 
 
Sinopsis   
  
NURUL AFYRA... Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain.

Takdir mendatang apabila tunangnya Naquib memutuskan ikatan pertunangan sehari sebelum nikah. Tidak cukup itu, penghinaan diberikan kepada keluarganya.Dihantar seorang lelaki asing sebagai galang ganti.

Dalam keadaan genting, Afyra bersetuju demi maruah diri dan keluarganya. Permulaan hidup bersama itu memang aneh. Lelaki itu tidak dikenali. Namun sedikit rasa dalam hati mengesan, ada kelainan pada keperibadian lelaki itu walaupun si suami berahsia entah kenapa.

AHMAD FAKHRI RIZAL... Adik tiri kepada Naquib. Ibu Fakhri adalah isteri kedua kepada ayah Naquib. Fakhri rela menikahi Afyra demi beribu sebab. Cantik, datang dari keluarga kaya dan alim, itu antara sebabnya. Siapa kata hidup mereka tidak dilanda masalah pada permulaannya, namun ujian kecil itu tidak mampu menjadi kudis kepada mereka. Mereka semakin teguh membina ikatan cinta bersama.

Sebaliknya, abang kandung dan ibu tiri, teman-teman yang disangka sahabat... mereka semua itulah yang menjadi barah dalam kehidupan Fakhri dan Afyra. Fakhri hampir terjatuh dalam hidupnya, namun ada seorang wanita yang setia di sisi. Itulah isterinya. Memberi semangat, menjadi penawar dan penglipur lara Fakhri.

Fakri tidak pernah berputus asa. Dia seorang lelaki yang cekal. Dia dikurniakan Allah kepandaian. Kebijakan Fakhri mula mendapat perhatian. Dia mula bangkit semula sehingga membuka mata setiap orang yang merendah-rendahkannya.

Hero In A Million!

Dialah seorang lelaki istimewa di mata mentuanya. Hero kepada isteri dan anak-anaknya. Seorang sahabat kesayangan kepada sahabatnya. Juga seorang anak yang pemaaf kepada bapanya. Dia tidak sempurna. Namun lelaki seperti dia hanya ada satu dalam sejuta!

 

 ... lagu Bagaikan Puteri - Farra ...