Rahsia Hati Mrs. Fakrul


 

Penulis   :  Mia Azwari
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Feb 2020
ISBN : 978-967-17946-0-9
Rating :


Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah cinta sepupu yang bermula dari zaman budak-budak ni memang biasa-biasa aje pada amatan aku. Memang ada berlaku kat luar sana tu. Penulis berjaya mengolah jalan cerita dengan begitu baik sekali dan dapat menarik aku untuk menghayati cerita ini hingga ke akhirnya.

Walaupun kisah cinta Kinah dan Arul ni pada aku padat dengan mainan emosi dan perasaan, tapi ada banyak pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah romantis diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Rasanya lepas ni aku kena selongkar karya-karya penulis ni yang lain pula.

 


 

Sinopsis

Fakrul Azim berazam seboleh-bolehnya tidak mahu menjadi seperti abangnya yang berkahwin dengan sepupu sendiri. Walaupun ada rasa di dalam hatinya terhadap Nur Sakinah, dia cuba menjauhkan dirinya dari perasaan itu. Baginya, Sakinah harus dianggap sebagai adik sahaja! 

Sakinah seorang yang sangat ceria dan manja. Namun disebabkan satu rahsia yang besar, apabila dapat tahu dia adalah anak angkat, hidupnya mula berubah dalam sekelip mata. Dia tekad untuk menjauhkan diri dari seseorang yang pernah mendapat tempat di hatinya.

Kehadiran Deeja, membuat hati Fakrul bahagia sama seperti saat mengenali Sakinah. Lima tahun menimba ilmu di bumi Jerman, Deeja menjadi teman rapat serta tempat meluahkan segala perasaan. Pulangnya Fakrul ke Malaysia dengan niat untuk membuka lembaran baru bersama Deeja, kerana ingin menunaikan permintaan si dia. Namun kejutan yang diterimanya membuatkan hati Fakrul berdolak-dalih.

Pertemuan yang tidak dijangka antara Fakrul dan Sakinah membuatkan Fakrul tidak dapat mengelak dari rasa ingin memiliki dan semakin sukar melepaskan Sakinah. Lalu, kejadian 'itu' di luar kesedaran normalnya.


 

 “Kinah...” Matanya dibuka semula. Terasa semakin hangat kolam matanya ketika ini. Sakinah tidak mampu mengalihkan pandangan ke arah lain. Takut jika ini kali terakhir dia akan melihat wajah Fakrul. 

 

 


“Abang...” Bergetar suara Sakinah memanggilnya. Fakrul berasa sangat sebak. 

Akhirnya suara yang dirinduinya selama ini dapat didengarinya hari ini. Kedua-duanya masih berada di dalam dunia mereka sendiri.

Tanpa sedar perlahan-lahan wajah Fakrul mendekati Sakinah. Hanya tinggal beberapa inci sahaja bibir Fakrul menghampiri bibir Sakinah dan tiba-tiba...

 “Astaghfirullahalazim. Arul!” 

 

 

Apakah rahsia sebenar yang disembunyikan oleh Sakinah sehingga membuatkan Fakrul goyah? Dan bahagiakah Fakrul berdiri di atas kelukaan hati seseorang? 

Kerana dari dulu, hati ini tetap miliknya... 


... lagu Dunia Batinku - Ella & Tam Spider ...
 
 

 
... lagu Kehebatan Cinta- Jamal Abdillah & Francisca Peter ...
 
 

 


Anak Cikgu Timah Masuk Kampung


 

Penulis   :  Najwa Rahman
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jun 2020
ISBN : 978-967-1794-263
Rating :


Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Elin dan PG ni kisah budak-budak baru nak belajar bercinta he he he. Dalam kelakar cerita ni ada jugak sinisnya. Cumanya, kisah diorang ni agak kurang beri kesan dan kepuasan pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa he he he.

Harap Cik Penulis akan terus menghasilkan karya yang lebih baik dan dapat memberi manfaat kepada pembaca di masa akan datang ye. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

 

Sinopsis


PG (Hazwan), pernah jatuh hati namun dia dikecewakan. Pertemuan dengan Elin, anak Cikgu Timah yang baru masuk ke Kampung Alor Papan menimbulkan pergaduhan yang tak berkesudahan. Bagi PG, wanita itu berlagak, cerewet dan kurang ‘bermoral’.

Elin pening! Baru saja ke kampung dia terpaksa berdepan dengan si mulut laser. Muka saja kacak... tapi sikapnya menyakitkan hati dan perasaan!

"Hang berkenan dengan tok wan aku ka?"

Spontan Elin kalih memandang PG, "Excuse me?"

"Daklah! Hang dok renung tok wan aku lain macam ja."

"Ei, gila! I tengok tok wan you sebab I kesian tengok dia dok panjat tangga susah payah."

Dalam diam, Elin mula terusik dengan tingkah lelaki itu. Cuma resah Elin, adakah perasaannya bakal disambut?

Elin menjauhkan diri apabila dirinya dilukai. PG tak pernah sukakan dirinya! Namun hilangnya Elin membuat PG tersedar, hatinya sudah terisi dengan gadis itu.

Masihkah ada peluang kedua untuk PG? Dapatkah Elin memaafkan PG? Kalau benar Elin membenci, kenapa ada cemburu bila Zara mendekati PG?

 

 

 

Bukan Kemahuan Fikiran


 

Penulis   :  Dilla Ahmad
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Penerbitan Anaasa PLT
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jun 2017
ISBN : 978-967-0870-410
Rating :


Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Pendapat peribadi, kali ini aku memang puas hati baca kisah Ain dan Hadif ni hingga akhir cerita. Kenapa aku kata macam tuhhh ???

Walaupun kisah Ain dan Hadif nampak macam cliche je, kisah rumah tangga orang yang baru nak belajar bercinta lepas kena kahwin paksa tapi kisah diorang ni berjaya meninggalkan kesan mendalam dan mainkan emosi aku jugak. Orang kata bercinta lepas nikah ini lebih manis dan indah. Kita akan lebih kenal perangai si dia tu dengan sepenuhnya lepas nikah, senang kata kita akan nampak the true colour he he he. Betapa besarnya kuasa akad nikah, perasaan cinta dan sayang itu akan wujud dalam hati dengan tak di sangka-sangka. Namun, cinta yang paling agung hanyalah untuk Allah SWT.

Banyak mutiara ilmu rumahtangga dan pengajaran yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah santai romantik diorang ni. Penulis berjaya menyampaikan mesej yang patut kita renung dan teladani.

Tahniah Cik Penulis. Semga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

 

Sinopsis

Benarlah jodoh itu di tangan Tuhan. Bukan di tangan manusia.

Nurul Ain telah ditunangkan dengan sepupunyaTengku Zarif. Tapi kemudian dinikahkan dengan Tengku Hadif bila abangnya Tengku Zarif tiba-tiba menghilangkan diri. Untuk menjaga nama baik Tok Abah dan Ayah Ku, Tengku Hadif yang punya masalah sendiri akur dengan permintaan keluarganya.


 

 

 

"Ain nak mintak abang tolong tanggalkan sepit kat belakang selendang Ain ni. Boleh tak? Kalau tak boleh tak apalah..." - Nurul Ain


"Aku tunggu kat luar. Aku bagi sepuluh minit untuk kau bersiap. Lambat, aku tinggalkan aje..." - Tengku Hadif

Dia bukan lelaki yang sukakan komitmen. Dia sendiri masih mencari siapa dirinya. Dengan kehadiran Ain semakin menambahkan masalah yang sedia ada.

"Aku tak pernah expect ada orang lain yang akan tinggal kat dalam rumah ni. Jadi aku harap kau tak harapkan apa-apa dari aku." - Tengku Hadif

 

 

"Ain tak apa-apalah, Abang Hadif. Di mana suami berada, di situ isteri kena ada. Ain akan jaga Abang Hadif baik-baik ya." - Nurul Ain

Walau kena tengking dan mendapat layanan dingin daripada Tengku Hadif, Ain langsung tak ambil hati. Dia lelaki tak sempurna. Tetapi dialah yang membuatkan hati dan perasaan Ain tertambat kuat.

Kalau dah duduk serumah dan memandang wajah ayu itu setiap hari takkan hati tak terusik. Walau cuba dinafikan hakikat itu, namun Tengku Hadif terus akur juga. Nurul Ain itu isterinya.

Harus dia jaga dan cuba melindungi dari mata-mata jahat dan niat manusia. Siapa dia nak mendustakan takdir?

 

... lagu Keabadian Cinta - Anuar Zain ...
 
 

 
... lagu Fallin' For You - Colbie Caillat ...