Sara Nur Naila




Penulis   :  Mardihah      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 730
Tarikh Terbitan : Julai 2019  
ISBN :  978-967-469-134-9 
Rating :
★★
       
 


 
 

Ulasan :
 
 
الحَمْد لله dengan izinNYA setelah beberapa bulan lamanya buku ini tersadai atas meja akhirnya dapat jugak aku baca buku ke 4 penulis hebat ni selepas Andai Gerimis Berhenti, Dan Gerimis Berbisik dan Nadratul Nisa'.

Pendapat peribadi, aku rasa cerita kali ini agak kurang beri kepuasan pada aku kalau nak dibandingkan dengan karya-karya terdahulu. Aku tak pasti di mana kurangnya tu...atau mungkin perasaan aku je sekarang ni yang tidak menentu agaknya he he he. Sorry Sis, watak Reza Fahmy si duda ni tidak dapat menandingi Akhtar lah adoi...Watak Khalil juga agak kurang memberi kesan pada aku nih. 
  
Walau bagaimanapun, watak dan kisah Sara ni berjaya juga menjentik pelbagai rasa dihati aku ni. Bahagian pertama cerita ni memang berjaya buat aku terhibur dengan gelagat Sara dan Reza ni dan buat aku sengih macam kerang busuk jer. Tapi, bila masuk bahagian kedua dan ketiga penulis berjaya mainkan emosi aku nih ...

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

 
 

Sinopsis
 
Kisah silam yang sentiasa melukakan. Namun kisah cinta aku hadir seperti langit yang meneduhkan

**********


“Kalau kita ditakdirkan berpisah, you nak cari lelaki yang macam mana?” Khalil

“Kalau dia senyum kan, hati I mesti akan rasa berdebar-debar. Macam ada gendang tau kat hati I nanti.” Sara

Namun bilang emak, Sara ini tak akan sesekali beroleh bahagia. Sumpah itu sendiri telah diiakan oleh Sara, bahawa memang takdirnya akan begitu. Bahagia takkan pernah singgah dalam hidupnya. Khalil itu lantas bukan jodohnya, malah penyebab deritanya.

“Pergilah mana saja kau pergi. Sesekali pun kau takkan bahagia. Kalau aku dah benci dan tak reda dengan kau, sampai bila-bila kau akan sentiasa merana.” - Nonie

Kerana khilaf dan titik duka itu, dia menjadi pelarian di bumi Melbourne, mencicip manisnya kehidupan bersama Haslinda, mak su kesayangannya. Dalam tak sengaja, wajah yang lama bermuram itu mula pandai mengukir senyum kepada insan selain Haslinda saat munculnya Reza. Lelaki yang mengembara ke tanah kanggaru mencari anak lelakinya.

“Kau ada dua bulan lebih aje kat sini nak cari anak kau. Untuk pengetahuan kau, wahai Encik Reza oi, pulau yang bernama negara Australia ni besar. Kau ingat Aussie ni kecil macam Melaka?” – Sara

Mereka bertekak, bersenda, lalui musim kegembiraan yang buat hati masing-masing berbisik rasa indah. Sara menjadi penenang yang setia buat Reza. Dan apabila tiba saat untuk Reza pergi, Sara masih kukuh memegang rahsia hidupnya.

Dan akhirnya tiang utuh dalam hidup Sara telah roboh. Saat Haslinda dikhabarkan hilang, bagai roh Sara turut sekali melayang. Seperti tujuan hidupnya telah terlupus sama sekali.

Ketika itu, Reza pula membalas segala kebaikan Sara sepenuh hati. Kemunculan emak Reza yang begitu penuh kasih dan sayang bagaikan penawar bagi segala kesakitan Sara Nur Naila selama ini. Kebahagiaan yang dirasa itu buat Sara tekad mengikat hatinya buat Reza. 


 





“Lain kali kalau ada orang tanya, Sara ni kawan Reza ke? Atau Sara ni siapa? Jawab macam ni.” - Reza

 















“Jawab macam mana?” - Sara

“Saya ni isteri Reza.” - Reza

 









Reza yakin jalinan cinta itu perlu dinoktahkan segera. Dan apabila akad menyatukan, kisah silam dan luka lama isterinya itu telah melahirkan ‘Sara Nur Naila’ yang baru.

Dan Khalil, dia menjadi lelaki yang terus setia meskipun Sara itu telah menjadi milik Reza. Dia lelaki yang menyembunyikan keresahan akibat kisah silam si gadis yang berpunca daripada dia.

Satu soalan yang Sara Nur Naila fikirkan tanpa henti. Sejauh mana dia berusaha, mampukah dia untuk terus bahagia jika ada satu doa tak henti menghantui hidupnya?

 
“Ingat Sara, pergilah mana saja kau pergi. Sesekali pun kau takkan bahagia.”



... lagu Selamanya Cinta - Shila Amzah ft Aliff Satar ...






kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  

Mardihah