TEBUS


 



Penulis   :  Hana Ilhami
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penulisan2u
 
Bilangan Mukasurat : 595   
Tarikh Terbitan : Jun 2019
ISBN : 978-967-2102-96-0   
Rating :


 
Ulasan :

  الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 5 penulis favourite aku ni selepas  Ya Maulana, Perempuan Lindungan Kaabah, Membakar Syurga Mengguyur Neraka dan Bidadari Bermata Jeli

Genre sebegini memang favourite aku. Kisah penjenayah siber atau scammers dengan aksi-aksi yang mendebarkan dan buat aku tidak senang duduk dan memang tak boleh letak buku ni selagi tak habis, betul tak tipu. Memang betul-betul mencabar tahap kesabaranku nak habiskan baca buku ni. Penulis berjaya mengolah perjalanan cerita dan watak-watak utama yang ada dalam cerita ni dengan cukup rencah pendek kata  P.A.R.F.A.I.T. !!!

 
Banyak ilmu yang dapat aku pelajari melalui kisah jenayah siber ini. Baru aku tahu apa itu 'Keldai Akaun', skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya. Bacalah dan cuba ambil ikhtibar dari kisah ini dan ambil pengajarannya. Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan.


Tahniah cik penulis, cerita anda memang menarik dan bukan sahaja berjaya buat aku tertarik tapi terpikat terusss... Tak sangka di akhir cerita aku jadi jatuh tergolek-golek suka pulak dengan watak Leo aka Kasemchai si gengster BAD BOY  yang berubah bertaubat dan kembali menjadi muslim yang sebenar ni. Adoiii rupanya dalam hati dia ni ada taman he he he. Kalau tak percaya, cuba baca ye !!!
Son Of Anonymous ~ Tidak ada orang baik yang tidak punya masa lalu, dan tidak ada orang jahat yang tidak punya masa depan. Setiap orang memiliki kesempatan yang sama untuk berubah menjadi lebih baik. Bagaimanapun masa lalunya dahulu, sekelam apa lingkungannya dulu, dan seburuk apa perangainya di masa lampau. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah.
Jangan pernah lupa kerana ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.



T.E.R.B.A.I.K.

 Sinopsis
 
 
Aku benar-benar kesal kerana memilih jalan gelap itu...

Akak inspektor, tolonglah pulangkan duit mak saya! Saya tak tahu macam mana nak bagi tahu dia nanti. Mesti dia akan terkejut dan marah. Kesianlah kat mak saya. Dia susah payah kerja sebab nak sara anak-anak. Duit abah tu bukannya banyak mana. Hanya cukup untuk keperluan sekolah sehingga kami tamat belajar.
Thursday, 13 June. 15.20

Akak, tolonglah! Saya merayu kat akak. Kalau tak pulangkan semua, akak pulangkanlah separuh. Asalkan dapat cover perbelanjaan persekolahan saya dan adik-adik.
Thursday, 13 June. 16.00

Kerana kenaifannya, duit simpanan arwah bapanya lesap, ibunya meninggal dunia akibat serangan jantung dan dia menjadi mangsa kemarahan adik lelakinya.

Enam tahun berlalu, peristiwa itu masih segar dalam ingatannya. Kini, Durrah rasa dia bertanggungjawab menyekat penipuan siber dan Skim Cepat Kaya, dia berusaha menyebarkan pengetahuan agar yang lain tidak terpedaya. Tidak mahu masyarakat diambil kesempatan seperti dirinya.

Usaha Durrah tidak mudah. Semakin Durrah menyebarkan kebenaran, semakin dia terancam. Paling menakutkan, akibat kelantangannya dalam menentang Skim Cepat Kaya, maruah dirinya hampir diragut.

Peristiwa itu tidak mematahkan semangat Durrah. Malah dia jadi lebih berani. Tetapi lubang bahaya sentiasa menganga untuk menerima kehadiran Durrah. Durrah sekali lagi diduga. Dia diculik untuk dijadikan pelacur di negara jiran.

Durrah diselamatkan oleh Leo yang Durrah sendiri tidak tahu akan kewujudannya. Bukan sekali, malah dua kali harga dirinya berjaya dipertahankan.








“Terima kasihlah, penyelamat misteri kerana telah menyelamatkan maruah aku.” - DURRAH ADNIN
 



 

 







“Aku akan pastikan tiada sesiapa yang akan menyentuh anak-anak kau. Ini janji aku.” - LEO KITSAKORN KASEMCHAI

 







Siapakah Leo sebenarnya yang jauh tapi seakan-akan dekat dengan Durrah? Berjayakan Durrah menebus kembali kesilapannya atau Durrah akan serik untuk menyebarkan kesedaran tentang penipuan siber?




Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-


Dunia ini ibarat fatamorgana
Walau penat mengejar, belum tentu dapat
Walau dapat, belum tentu kekal

Rezeki yang tidak berkat itu tidak pernah cukup
Umpama minum air laut
Semakin diminum semakin haus




... lagu Doa Taubat - Raihan ...



... lagu Sedetik Lebih - Anuar Zain ...