Langsir Biji Remia





Penulis   :  Noor Suraya       
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  JS Adiwarna   

Bilangan Mukasurat : 263   
Tarikh Terbitan : April 2011  
ISBN :   978-976-0201-13-9  
Rating :
★★  
   

 



 
 


Ulasan :

Alhamdulillah dengan izin-NYA, ini adalah buku ke 5 kubaca selepas Jaja & Din, Surat Ungu Untuk Nuha, Mahadewi dan Panggil Aku Dahlia. Baru aku tahu rupanya buah kundang warna ungu ni orang utara panggil 'biji remia'.

Sejujurnya, kisah ini memang sedih, menyentap tangkai hati dan buat aku 'cembeng' lagi. Aku tak nak comment berjela, cukup aku tuliskan kisah ini buat aku insaf diri dan belajar mensyukuri dan aku mengakui nikmat yang ALLAH telah berikan pada aku hingga kini. Subhanallah, kisah ini betul-betul menginsafkan aku dan menyedarkan aku yang selalu terlupa dan leka dengan nikmat dunia yang mengasyikkan.

Terima kasih Cikgu Suraya. Banyak ilmu yang dapat aku pelajari melalui karya yang aku kira memang L.U.A.R B.I.A.S.A ini. Ia bukan sahaja dapat mencairkan segala rasa beku yang ada di hati aku ni. Malah mampu buat aku semakin terpaut hati dan terbelit terus dengan ayat-ayat syahdu karya penulis hebat ini. Aku rasa macam tidak puas je baca dan kalau boleh tak nak berhenti baca... 

Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan, inspirasi dan peringatan kepada kita semua. Tahukah kita cantik itu datang daripada hati dan bukan hanya pada rupa paras Orang ikhlas dan mulia akan nampak cantik. Itulah nikmat. Adakah nikmat itu akan sentiasa kekal hingga ke akhir hayat kita ??? Tepuk dada tanya iman... Sesungguhnya segala nikmat yang kita rasa itu adalah milik ALLAH dan bila-bila masa sahaja ALLAH boleh tarik balik semua nikmat itu daripada kita.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.




T.E.R.B.A.I.K.
 
Sinopsis





Duha Hafa si hujan renjai, pandanglah mataku yang berbisik... Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna
lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?

Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair Johan, teman bual jendela jiran sebelah rumahnya terpikat sejak dia masih kecil lagi.



Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam selepas peristiwa kebakaran yang menjadi trauma dalam hidupnya, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?

Adakah Umair masih terpaut hati pada Duha dan masihkah ada rasa kasih padanya setelah melihat wajah cacat Duha yang sebenar? Siapakah pemuda bernama Ahmad Muhsin yang dikenalinya di kota Madinah Al Munawarrah? Adakah Muhsin akan memandang hina kepada Duha ?

Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.



 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kelebihan karya NOOR SURAYA terletak pada bahasanya yang lembut berserta ceritanya yang memikat. Pemegang ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya ini menulis dengan hatinya. Disiplin menulisnya diterap sejak menjadi pelajar Komunikasi di Universiti Sains Malaysia lagi. Munsyi Dewan ini pernah memenangi beberapa hadiah penulisan antaranya Hadiah Utama Sayembara Cerpen Esso-Gapena IX (1992) dan Hadiah Penghargaan Menulis Cerita Kanak-kanak Mobil-DBP (1998)


Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-


Ya ALLAH, sesungguhnya waktu duha ini, waktu duha-Mu
Cahayanya cahaya-Mu
Kecantikan itu ialah kecantikan-Mu
Keindahan itu keindahan-Mu
Kekuatan itu kekuatan-Mu
Kekuasaan itu kekuasaan-Mu
dan perlindungan itu perlindungan-Mu

Y ALLAH, sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya
Jika ada di bumi maka keluarkannya
Jika adanya jauh maka dekatkannya
Jika haram sucikanlah
dan jika adanya hampir maka mudahkannya dengan kebenaran
Duha-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu dan kesucian-Mu
Berikanlah kepadaku sebagaimana Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Dan ALLAH cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW
dan ke atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan
Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan pentadbir sekalian alam 
   
Dalam hadis ada disebut, peniaga yang jujur akan dibangkitkan bersama-sama para syuhada

Pada Kaabah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari,
iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat Kaabah

Cinta kepada ALLAH tiada tolok bandingnya
ALLAH tidak pernah tinggalkan kita biar waktu kita senang atau susah
Manusia biasanya, hanya akan ingat waktu kita senang sahaja
Manusia selalunya, hanya akan pilih yang cantik-cantik sahaja


... lagu For The First Time - Kenny Loggins ...


 

... lagu Buta - Caliph Buskers ft. Faizal Tahir ...




kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...   
  Noor Suraya  


No comments:

Post a Comment