Aku Yang Menanti




Penulis   :  Haiza Najwa  
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  Alaf 21  
Bilangan Mukasurat : 528  
Tarikh Terbitan : 5 Apr 2011  
ISBN :   978-983-124-675-7  
Rating : ★++

 

 



 
Ulasan :

Pertama kali aku baca karya penulis ini secara online di eMall Karangraf. Pendapat peribadi, ceritanya agak sedih dan berjaya menarik aku untuk baca hingga akhir cerita. Namun, gaya penggunaan ayat dan bahasa seperti bahasa persuratan Indonesia buat aku kurang faham dan jelas maksud sebenar kebanyakan perkataan dalam karya ini. Tetapi, secara keseluruhan penulis berjaya buat aku tertanya-tanya dan nak tahu lebih lanjut apa sebenarnya yang telah terjadi kepada Zaidura atau Zeidra sehingga dia terpaksa merengkok di dalam penjara selama lebih tiga tahun di negara asing. Plot dan teknik ceritanya memang menarik penuh suspen dan imbas kembali hingga akhir muka surat.  Aku memang tak percaya kerana berjaya habiskan bacaan dalam masa satu hari sahaja tau.

Ada mesej dan pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis dalam karya ini untuk dijadikan iktibar oleh pembaca. Cinta boleh membuat manusia jadi hilang arah, hilang pertimbangan dan pedoman malah boleh bertukar menjadi seorang yang kejam dan tiada belas kasihan walaupun pada darah daging sendiri Tahniah kepada penulis ini, terima kasih kerana telah menghasilkan sebuah cerita yang bukan sahaja dapat dijadikan pengajaran bahkan dapat memberi manfaat kepada pembaca. 


" Hebatnya kuasa cinta mampu mengubah dendam jadi sayang "




Sinopsis

Demi membalas dendam pada suami, Zaidura sanggup menukar nama menjadi Zeidra. Juga mengubah imej agar misi kesumatnya terhadap Adiwira berjaya dilunaskan.

Hati siapa yang tidak hancur luluh? Suami sendiri sanggup menjeratnya hingga ditangkap bersama bungkusan dadah di dalam bagasi ketika di Lapangan Terbang Dublin. Sudahnya, tiga tahun dia menjadi penghuni penjara di negara asing itu. Mujur Robin ada di sisi. Sering lelaki itu melawatnya dan berusaha agar dia dibebaskan. Sedangkan Adiwira ghaib tanpa khabar berita.

Zeidra kembali ke Kuala Lumpur dengan tekad. Adiwira harus disumbat ke tempat yang memenjarakannya selama ini. Sebaliknya, Adiwira yang tidak mengenali Zeidra mengatakan bahawa hidupnya menderita ditinggalkan isteri. Lara jiwanya kerana merindui Zaidura setiap detik. Zeidra kaget. Di mata suaminya itu dia nampak bergumpal seksaan yang ditanggung Adiwira. Dan ada sinar kejujuran. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya?





No comments:

Post a Comment