DIA... Cinta Yang Kucari





Penulis   :  Rehan Makhtar  
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  Karya Seni Sdn Bhd  
Bilangan Mukasurat :  611  
Tarikh Terbitan :  August 2014  
ISBN :   978-967-0890-27-2  
Rating : ★★


 



 
Ulasan :

Ini adalah buku kedua penulis ini yang telah kubaca selepas Tiba-Tiba, Dia Ada. Secara peribadi, karya ini lebih menyentuh hati aku berbanding karya pertamanya yang kubaca dulu. Sejujurnya setelah habis membaca karya ini buat aku menyedari kekurangan diri ini dan sebagai hambaNYA kita memang tidak sempurna dan akan sentiasa diuji selagi kita bernafas di bumi ALLAH ini. Usah memandang rendah kepada mereka yang kita sangka kurang sempurna daripada kita kerana orang yang kurang sempurna itulah kekadang yang lebih mulia di sisi Allah. Dan setiap ujian yang diberikan kepada kita itu sebenarnya adalah kerana kita masih disayangi dan ingin menyelamatkan kita sebagai hambaNYA. 

Kisah ini bukan sahaja mampu menyentuh dan melentur setiap hati dan jiwa yang beku malah dapat membuka minda supaya menghadam kisah ini untuk dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran kepada pembaca. Banyak kata-kata nasihat berupa mutiara kata, hadis dan sunnah Nabi yang dapat dijadikan sebagai makanan kepada jiwa yang kosong untuk pembaca di luar sana. Bacalah dengan mata hati dan mata akalmu, insya Allah pasti akan beroleh jawapan disebalik apa yang berlaku kepada kita. Semua yang berlaku kepada kita adalah hanya dengan izin Allah dan ada sebab dan tujuannya. 

  

Sinopsis


Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH. Pada LUTH, PAYED ialah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYED, LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti sempurna yang sebenar-benarnya.

“Aku tak rasa aku cinta dia. Dengan dia ni, aku rasa macam bad habit aje kut. Payah nak singkir…” - FAREED AL-FATTAH

PAYED dalam penafian. LUTHFIYA sebenarnya bagaikan magnet yang kuat menarik dirinya untuk didekati malah untuk memiliki gadis itu. Namun, atas dasar apa, dia seringkali berperang dengan kejahatan dalam diri?

“Awak pada saya seperti air laut. Semakin saya teguk, semakin saya kehausan…” - FAREED AL-FATTAH

Menyedari kekurangan padanya, LUTHFIYA seringkali memencilkan diri apatah lagi kakaknya, Luthfina juga membenci. Dia sedar, PAYED tak begitu jahat untuk terus dijatuhkan hukuman. PAYED hanya tersesat dan dia sudi menjadi penanda arah untuk membantu PAYED melangkah. 


“Boleh jadi awak tersesat dalam gelap dan kalau kata saya nak kongsi cahaya tu, awak nak tak, ikut cahaya tu untuk keluar dari gelap?” - LUTHFIYA

Saat LUTHFIYA menghulurkan tangan, PAYED menyambut dan menggenggamnya erat.

“Saya tak nak lepas dah tangan awak kali ni...” - FAREED AL-FATTAH


Namun, perancangan orang tua merubah segalanya apabila gadis itu mahu dijodohkan dengan FADLEE AL-FALLAH, adiknya sendiri. PAYED memberontak dan LUTH reda menerima.“Aku nak yang macam Luth. Fiya, Lee. Luthfiya. Bukan Fina.”- FAREED AL-FATTAH

Dugaan yang menimpa membuatkan PAYED sedar. Dia haus tanpa cinta dan kasih Tuhan. Ketenangan LUTHFIYA, kelembutan dan kemanisan nasihat gadis itu mengoyak egonya. Dia perlukan LUTHFIYA untuk temui cinta yang selama ini dia cari apatah lagi gadis itu telah berjanji.

Mampukah dia temui cinta sejati biarpun dia tahu cinta yang satu itu adalah sesuatu yang sukar untuk dia dakapi?






... Tika Dinihari - Devotees luahan hati Luthfiya ...




... Taubat Seorang Hamba - Hafiz Hamidun & Irsyadee luahan hati Payed ...





...Kalimah Cinta - In-Team ...






 

Kau Cipta Kasih





Penulis   :  Azilah Wahab
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 416
Tarikh Terbitan :  2010
ISBN :   978-983-124-559-0
Rating : ★★



 





Ulasan :

 

Pertama kali aku baca karya penulis ini secara online di eMall Karangraf. Aku kira karya ini memang begitu membuai rasa pada sesiapa sahaja yang dapat menghayati jalan cerita yang sungguh meruntun jiwa ini. Cerita yang memang menyayat hati aku hingga mengalirkan air mata dari awal pembacaan hingga akhir muka surat. Secara peribadi, cerita ini memang benar-benar wujud di celah-celah kehidupan kita ni. Cuma kadang-kadang kita hanya dapat menghidu bau-baunya saja tanpa dapat mengetahui isi sebenar yang berlaku kepada mereka. Sejujurnya cerita ini telah memberi suatu gambaran yang cukup hebat kepada aku tentang apa yang berlaku di kalangan masyarakat kita yang kadang-kadang kurang mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya. Aku tak nak komen lebih-lebih, cukup sekadar aku katakan ini adalah secebis kisah realiti bagaimana kesengsaraan empat beradik yang menjadi mangsa kezaliman nafsu serakah dalam sebuah keluarga yang serba pincang dan jauh dari pegangan agama. Mereka terpaksa berjuang sendirian dalam menghadapi dugaan hidup yang sungguh pilu dan memalukan. Namun, mereka tidak pernah putus asa malah mereka tetap tabah dan terus berusaha dan berdoa meneruskan sisa-sisa kehidupan yang mendatang.


Baca dan renung kisah ini dengan mata hati dan mata akalmu nescaya banyak
pengajaran dan dapat dijadikan motivasi yang amat berguna kepada pembaca terutamanya kepada generasi muda dalam mengenal dan mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini. Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku kepada kita itu ada nikmat dan hikmah yang tidak kita ketahui sebabnya. Hanya ALLAH yang mengetahui. Namun jangan kita mempersoalkannya dan terima segala ujian mendatang itu dengan redha dan berlapang dada. Kebahagiaan yang dicari pasti akan menjadi milik kita dengan izinNYA insya-ALLAH.



Sinopsis


Khadijah - Kakak sulung yang sanggup berkorban impian demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa nafsu serakah bapanya sendiri. Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya tanpa pembelaan ibunya sendiri.


Idris - Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia dibuang ibubapa selepas kelahirannya dan sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah. Hidupnya hanya bersama atok dan nenek.

Ramlah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!

Hasnah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri...

Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?




Aku Yang Menanti




Penulis   :  Haiza Najwa  
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  Alaf 21  
Bilangan Mukasurat : 528  
Tarikh Terbitan : 5 Apr 2011  
ISBN :   978-983-124-675-7  
Rating : ★++

 

 



 
Ulasan :

Pertama kali aku baca karya penulis ini secara online di eMall Karangraf. Pendapat peribadi, ceritanya agak sedih dan berjaya menarik aku untuk baca hingga akhir cerita. Namun, gaya penggunaan ayat dan bahasa seperti bahasa persuratan Indonesia buat aku kurang faham dan jelas maksud sebenar kebanyakan perkataan dalam karya ini. Tetapi, secara keseluruhan penulis berjaya buat aku tertanya-tanya dan nak tahu lebih lanjut apa sebenarnya yang telah terjadi kepada Zaidura atau Zeidra sehingga dia terpaksa merengkok di dalam penjara selama lebih tiga tahun di negara asing. Plot dan teknik ceritanya memang menarik penuh suspen dan imbas kembali hingga akhir muka surat.  Aku memang tak percaya kerana berjaya habiskan bacaan dalam masa satu hari sahaja tau.

Ada mesej dan pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis dalam karya ini untuk dijadikan iktibar oleh pembaca. Cinta boleh membuat manusia jadi hilang arah, hilang pertimbangan dan pedoman malah boleh bertukar menjadi seorang yang kejam dan tiada belas kasihan walaupun pada darah daging sendiri Tahniah kepada penulis ini, terima kasih kerana telah menghasilkan sebuah cerita yang bukan sahaja dapat dijadikan pengajaran bahkan dapat memberi manfaat kepada pembaca. 


" Hebatnya kuasa cinta mampu mengubah dendam jadi sayang "




Sinopsis

Demi membalas dendam pada suami, Zaidura sanggup menukar nama menjadi Zeidra. Juga mengubah imej agar misi kesumatnya terhadap Adiwira berjaya dilunaskan.

Hati siapa yang tidak hancur luluh? Suami sendiri sanggup menjeratnya hingga ditangkap bersama bungkusan dadah di dalam bagasi ketika di Lapangan Terbang Dublin. Sudahnya, tiga tahun dia menjadi penghuni penjara di negara asing itu. Mujur Robin ada di sisi. Sering lelaki itu melawatnya dan berusaha agar dia dibebaskan. Sedangkan Adiwira ghaib tanpa khabar berita.

Zeidra kembali ke Kuala Lumpur dengan tekad. Adiwira harus disumbat ke tempat yang memenjarakannya selama ini. Sebaliknya, Adiwira yang tidak mengenali Zeidra mengatakan bahawa hidupnya menderita ditinggalkan isteri. Lara jiwanya kerana merindui Zaidura setiap detik. Zeidra kaget. Di mata suaminya itu dia nampak bergumpal seksaan yang ditanggung Adiwira. Dan ada sinar kejujuran. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya?





Gantung





Penulis   :  Nadia Khan    
Negara   :  Malaysia    
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Seram, Mindfuck, Persahabatan, Gender
Penerbit  :  Buku Fixi    
Bilangan Mukasurat : 293   
Tarikh Terbitan : 2013   
ISBN : 978-967-0374-50-5  
Rating : ★★
 




 


Ulasan :

Hmmm karya kedua yang kubaca selepas Kelabu ni memang buat aku kagum dengan penulis muda hebat ini. Aku tak sangka ceritanya macam ni. Syabas kepada penulis kerana berjaya menghasilkan cerita yang tidak pernah lagi aku jumpa yang macam ni ala-ala thriller-seram-sedih memang sungguh luarbiasa pada aku yang tak berapa gemar nak baca cerita genre seram camni. 

Secara peribadi, cerita ini pada amatan aku memang cukup P.E.R.F.E.C.T. walaupun, aku tidak berapa suka dengan gambaran perilaku sosial 4 watak utama budak lelaki sekolah menengah dalam cerita ini yang agak liar dan terlibat dengan aktiviti seks bebas. Macamana nak cakap ye...cerita ini agak kurang sesuai untuk dibaca oleh adik-adik yang masih bersekolah lagi sebab ada banyak unsur-unsur yang kurang baik untuk dijadikan ikutan dan contoh. walaupun, mungkin ada mesej baik yang ingin penulis sampaikan secara tidak langsung. Sebab tu jugak aku terpaksa buang satu . Mungkin juga aku kurang faham atau mungkin salah faham dengan mesej yang cuba disampaikan oleh penulis agaknya. 

Secara keseluruhan cerita ni memang creepy dan buat aku seperti berada di alam mimpi ngeri, terbuai dengan perkembangan cerita yang cukup boleh buat aku naik bulu roma dan asyik dok pandang-pandang keliling sewaktu baca nih (baca waktu malam ye) he he he. Dan seolah-olah aku juga wujud bersama watak-watak utama dalam cerita ilusi yang macam betul-betul berada depan mata aku ni.  Kalau tak percaya, cuba baca sendiri lepas ni baru faham apa yang aku maksudkan. Kali ni pun aku dah kena main dengan si Nadia ni tau bukan setakat kena main fikiran je, emosi dan perasaan pun kena main jugak...sebab waktu akhir-akhir bab baru aku tau Gibbs dan KJ ni sebenarnya dah lama mati dan Ray atau Khalil ni sebenarnya yang masih hidup...Aduh terkena lagi aku.... 


Highly Recommended Book



  
Sinopsis
 










"Musketeer Code - no all for one, just one for all." 





Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua. 

 









Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian —

 



...Suratan atau Kebetulan - Kenny, Remy & Martin ...







Kelabu




Penulis   :  Nadia Khan  
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Cinta, Agama, Gender
Penerbit  :  Buku Fixi  
Bilangan Mukasurat : 456  
Tarikh Terbitan : 2011  
ISBN : 978-967-0374-04-8
Rating : ★★★+
 




 





Ulasan :

Syukur kerana dengan izin-Nya aku masih lagi diberi kesempatan untuk menghayati karya penulis tempatan di tahun baru ini. Pertama kali aku cuba baca karya terbitan Buku Fixi yang bertemakan urban dan kontemporari. Pertama kali jugak aku cuba baca karya Fixi ni bukan apa...saja nak tahu best sangat ke buku penulis ni yang hangat diperkatakan sekarang ni !!!

Perghh !!! Aku ingat cerita ni cerita tipu, tapi rupanya aku yang kena tipu hidup-hidup tau ha ha ha...Punyalah aku terpesona baca dan terbuai dengan watak Amir ni sampaikan selepas Bab 24 baru aku tau sebenarnya AMIR ni AMIRA rupanya whoahhh nak nangis aku dibuatnya si Nadia ni tau...memang confuse aku sekejap melopong terbeliak biji mata aku dibuatnya...memang terbaikkk cara penulis ni olah dan mainkan jalan cerita karya ni sampaikan aku pun dah kena main dengan si Nadia ni...hahhh Nadia...Nadia...you know what should I say about you ??? You're GENIUS Nadia and your story absolutely EXQUISITE. Setiap dialog dan monolog Amir/Amira ini memang buat aku jadi bisu dan terpaku sekejap dan begitu asyik melayani, menghayati setiap baris ayat sampai tak sedar dah sampai muka surat yang terakhir. Teringat aku dengan watak Ashiya Mizuki dalam drama Jepun Hana Kimi. Agaknya Amir ni macam ni la kot....  ke lain ???

Cuma aku agak terkilan dan kurang puas hati dengan akhiran cerita ni yang terlalu mengejut dan buat aku pun terkejut terhenti sekejap otak aku nak pikir siapa orang tu yek. Oleh sebab tulah aku terpaksa buang 1/2 bintang ye...Secara peribadi, aku tabik spring penulis ni sebab percubaan berani bermain dan mendedahkan isu yang agak berat dan sensitif serta bak kata Nik dalam cerita ni, di luar batasan seorang manusia yang beragama. Tahniah kepada penulis muda hebat ini kerana cerita anda telah berjaya sampai ke dalam lubuk hati aku nih... Semoga anda dapat menghasilkan karya yang lebih umpph di masa akan datang, bukan sahaja cerita yang hebat tetapi karya yang penuh ilmu yang dapat beri manfaat dan mengajak pembaca untuk sama-sama muhasabah diri menuju kebaikan ye. Banyak maklumat berguna dan pengajaran yang dapat aku belajar sewaktu baca cerita ni. Semoga kisah ini dapat dihadam dan diproses dengan sebaik-baiknya di minda dan dapat dijadikan ikhtibar dan pedoman buat semua pembaca di luar sana. 



Highly Recommended Book

  
Sinopsis
 
Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih.
Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci,
lelaki-perempuan.

Apa jadi pada yang tengah-tengah?
Apa jadi pada orang-orang macam aku?

Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata "ya" pada awek cun?
 

Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri? 
  




Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?

Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana ada hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku.
Dunia KELABU.









...Hanya NamaMU - Caliph Buskers ...
 


...Ku Ingin Lari - Khadijah Ibrahim ...





Kau tak perlu tahu mengapa ku begini
Hidup bersendirian
Ku tak ingin tahu mengapa kau begitu
Suka ambil kesempatan
Sekali memadai
Terpenjara dalam hidupmu
Sekali ku mengerti
Tak rela lagi ku tertipu

Ku ingin lari dari kepura-puraan
Tak ingin lagi hidup dalam kepalsuan
Biar dunia mengata aku bersalah
Bebas darimu hidupku lebih bermakna 




kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...