Penulis : A. Ubaidillah Alias
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : PTS Litera
Bilangan Mukasurat : 387
Tarikh Terbitan : 2009
ISBN : 978-983-3892-37-2
Rating :
Ulasan :
Syukur kerana dengan izin-Nya aku masih lagi diberi kesempatan untuk menghayati karya kedua penulis hebat ini selepas Cinta Kembali Bertasbih. Karya ini juga memaparkan sebuah kisah yang menggetarkan jiwa dan penuh berilmu. Apa yang dapat aku katakan membaca setiap bait-bait ayat dalam karya penulis hebat ini berjaya menyedarkan aku apakah maksud sebenar seorang khalifah itu diciptakan dibumi fana ini. Bahkan menimbulkan suatu perasaan sebak dan getaran di hatiku.
Kisah yang bukan sahaja mampu menyentuh dan melentur setiap hati dan jiwa malah dapat membuka minda para gadis dan teruna di luar sana supaya menghadam kisah ini untuk dijadikan sebagai contoh dan pengajaran dan memahami obligasi sebenar sebagai khalifah. Jangan dicari cinta nafsu tetapi carilah ilmu agama yang dapat memberikan satu kebaikan abadi di akhirat kelak.
Subhanallah. Sebuah karya yang sangat sempurna dan sesuai untuk dibaca oleh semua golongan. Banyak
mutiara
ilmu, nasihat dan maklumat berguna yang dapat aku belajar melalui karya
hebat ini. Moga kisah ini dapat memberi
manfaat berguna kepada kita semua insya Allah.
Highly Recommended Book. PERFECT
Sinopsis
Imran, remaja yang tercari-cari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi. Dia cuba menyelami hakikat khalifah yang makin kabur. Dalam diam, jiwanya sentiasa memugar cinta Laila yang prejudis terhadap agamawan. Kerana cinta dia berusaha mengubah persepsi Laila. Namun, Laila tetap dengan pendiriannya.
Ketika itu, hadirlah Nanda Gracer iaitu seorang gadis asing yang mengheretnya ke dalam perdebatan antara kebenaran Islam dan kejahatan orientalis. Imran tekad menghadapi argumentasi itu dan merubah pandangan Nanda.
Dalam diam, Nanda terpesona terhadap karisma dan kemantapan ilmu Imran. Dalam menggapai cinta Laila dan hambatan cinta Nanda, adakah Imran akan memperkukuhkan dirinya sebagai Khalifah Tuhan di muka bumi?
" Ada dua musuh utama manusia. Pertama, kejahilan dalam diri kita. Ia perlu diperangi habis-habisan. Kita perlu mencari ilmu agama untuk meruntuhkan kejahilan sendiri. Kedua, pemikiran atau budaya barat yang merosakkan. Kita perlu mengerti dan memahami ilmu dengan baik untuk mengelakkan budaya buruk meresap ke dalam diri kita "
" Islam tidak menyuruh kita mencari cinta manusia. Islam hanya menyuruh kita mencari ilmu dan beramal mencari kecintaan dan keredaan Allah. Sebelum kita mengenali yang lain, kita perlu mengenali Allah. Sebelum kita mencintai yang lain, kita perlu mencintai Allah "
" Kita harus yakin, setiap ketentuan Tuhan terselit hikmah. Keadilan Tuhan kadang-kadang tersembunyi dan sukar dimengerti. Namun percayalah Tuhan tidak pernah menzalimi hambanya "
" Bila kita mati dan dibawa ke hadapan Allah, Allah akan persoalkan perkara yang berkait dengan diri kita sahaja. Allah tidak akan tanya tentang kerja orang lain. Oleh itu, pastikan kita menjalankan amanah kita sepenuhnya "
" Segala yang ada di dunia ini hanya pinjaman, sebagai modal untuk membuat bekal ke akhirat "
" Nabi pernah pesan bahawa gopoh itu amalan syaitan, bertenang itu lebih disukai Allah "
" Nabi pernah menyebut dalam suatu mafhum hadisnya, barang siapa yang ingin diselamatkan dari kesakitan sakratul maut, kegelapan kubur dan azabnya, hendaklah dia membaca surah as-Sajadah dan al-Mulk sebelum tidur "
" Percayalah, harta dan karier tidak akan mampu menyelesaikan masalah kehidupan. Sebaliknya ia boleh membutakan sifat manusiawi dalam diri kita "
" Nabi bersabda yang mafhumnya berbunyi, 'Sesiapa yang banyak cakapnya, akan banyaklah silapnya. Sesiapa yang banyak silap, akan banyaklah dosanya. Sesiapa yang banyak dosa, maka nerakalah tempatnya'. "
" Percayalah, harta dan karier tidak akan mampu menyelesaikan masalah kehidupan. Sebaliknya ia boleh membutakan sifat manusiawi dalam diri kita "
" Nabi bersabda yang mafhumnya berbunyi, 'Sesiapa yang banyak cakapnya, akan banyaklah silapnya. Sesiapa yang banyak silap, akan banyaklah dosanya. Sesiapa yang banyak dosa, maka nerakalah tempatnya'. "
... Thank You ALLAH - Maher Zain ...