Penulis : Hanina Abdullah
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Penulisan2u
Bilangan Mukasurat : 776
Tarikh Terbitan : August 2014
ISBN : 978-967-0567-35-8
Rating : ★★★★
Seteguh Fayqa adalah karya kedua penulis ini yang baru aku 'bedah siasat' dan kalau nak tahu buku ini aku beli terus dari penulis ni via fb Hanina.
Sinopsis
Kisah pertemuan singkat Fayqa Lara Lyana Abdul Rahim (Fayqa) dengan Muhammad Dzariff Dzulqarnain (Dzariff) di hospital sewaktu kawan baik sekuliahnya Dzahim terlibat dalam pergaduhan telah menyebabkan Fayqa terpaksa tinggal bersama keluarga Dzariff untuk sementara waktu. Duduk sebumbung bersama keluarga Dzahim menyebabkan Fayqa sering berhadapan dengan Dzariff abang sulung kepada Dzahim yang sentiasa buruk sangka padanya dan sentiasa mencari kesalahannya setiap kali bertentang mata. Ada sahaja arahan dan karenah Dzariff yang membuatkan Fayqa hampir hilang sabar sehinggakan Fayqa menggelarnya 'Jeneral Sengal'. Perkenalan yang singkat ini tanpa disedari telah membuahkan suatu perasaan kasih dan sayang di dalam hati Dzariff dan terus mengambil keputusan melamar Fayqa.
Usia perkenalan yang singkat selama beberapa bulan dan seterusnya melangsungkan perkahwinan telah mewujudkan banyak cabaran dalam perhubungan setelah mereka berkahwin. Kebahagiaan yang baru dirasai oleh Fayqa yang masih muda, naif dan perbezaan usia yang jauh sering dikejutkan dengan kehadiran dan gangguan dari Musyrifah rakan kongsi perniagaan Dzariff sehingga membuatkan Nina menjeruk hati dan merasa terpinggir. Nina merasakan Dzariff tidak memperdulikannya, sering lupa pada janji dan terlalu sibuk dengan urusan perniagaannya dan banyak menghabiskan masa bersama Musy tidak kira di pejabat mahu pun di rumah.
Walau bagaimanapun, Nina tetap cuba mempertahankan rumahtangga yang baru dibina itu dan cuba belajar untuk bersabar dan tidak buruk sangka dan cuba menjadi isteri yang terbaik buat Dzariff walaupun sering diingatkan oleh kakak-kakak iparnya tentang Musy yang seakan cuba mengganggu gugat rumahtangga mereka. Selepas kejadian Fayqa diculik, kesetiaan dan keikhlasan cinta Dzariff mula dipertikai. Fayqa mula merasakan Musy sedang cuba untuk merampas Dzariff darinya dan seringkali panggilannya dimatikan oleh seseorang di pejabat Dzariff. Bermulanya konflik dalam rumahtangga mereka apabila Musy meluahkan perasaannya pada Fayqa dan ingin berkongsi kasih Dzariff. Adakah Dzariff setuju ? Adakah Dzariff berjaya mendapatkan kepercayaan dan memujuk Fayqa semula? Dan berjayakah mereka mempertahankan mahligai cinta yang baru dibina itu ? Kalau nak tahu bagaimanakah kesudahan cerita ini cuba dapatkan buku ini ye...sedih dan sebak jugaklah...
Ulasan :
Secara peribadi, aku rasa jalan cerita dalam buku ini lebih kurang sama dengan cerita Arluna kisah rumah tangga yang diganggu oleh orang ketiga. Sebabnya aku sudah baca karya Rin tu terlebih dahulu...Jadi aku seakan dapat buat andaian sendiri apa kesudahan cerita ni. Sebelum baca karya ini aku mengharapkan jalan cerita karya ini lebih 'ummpphh' dari karyanya yang pertama aku baca iaitu 'Projek Memikat Suami' tetapi aku memang agak terkilan kerana tidak seperti yang aku harapkan...biasalah kan cerita melayu ni kan klise. Gaya penulisan bahasanya memang menghiburkan dan mudah difahami. Watak-watak utama dalam karya ini berjaya mencuit hati aku terutamanya watak Fayqa dan Dzariff. Penulis berjaya menghidupkan watak-watak penting dalam cerita ini secara keseluruhannya melalui pengolahan dan perjalanan cerita yang menarik dan ada sedikit unsur 'suspen'. Ini berjaya membuatkan aku tertanya-tanya dan tidak sabar-sabar untuk mengetahui akhiran cerita ini.
Selain itu, penulis juga berjaya memeriahkan suasana cerita ini melalui dialog 'sempoi' dan aksi nakal dan bersahaja yang memang boleh menaikkan bulu roma aku aje. Aku rasa buku ini hanya sesuai dibaca dan dihayati oleh golongan yang telah pun bergelar ISTERI sahaja. Pengisian yang cuba diketengahkan oleh penulis lebih kepada pergolakan perasaan pasangan yang baru sahaja melayari bahtera ikatan perkahwinan.
Terima kasih kepada penulis kerana berkongsi karya yang bukan sahaja memberi maklumat dan pengajaran serta mengajak pembaca untuk sama-sama merenung, menerima dan yakin jodoh yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita adalah yang terbaik, terindah dan saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Sentiasa memaafkan suami atau isteri kita kerana masing-masing ada kelemahan dan kekurangan. Berusaha baiki kelemahan diri dan bantu pasangan kita untuk berbuat yang sama. Sentiasa TEGUH hadapi dugaan dengan pasangan kita, pertahankan hak kita, jangan mudah mengalah dan menyerah kalah walau apa sekalipun badai yang melanda. Sentiasa berbincang dari hati ke hati dengan pasangan kita, cari jalan yang terbaik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan mahligai yang baru dibina demi mencapai matlamat keluarga bahagia. Semoga kita dipermudahkan melayarkan bahtera rumah tangga ini hingga ke syurga-Nya, insya-Allah.
tqvm kerana review secara membina & positif :)
ReplyDeletesemasa Arluna diterbitkan, selepas membacanya saya ada PM Rin Ahmad ttg beberapa persamaan spt heroine menjadi isteri pada usia yg muda kemudian menghadapi isu org ke 3. May I say Great minds think alike? (joking ye)
-HA
Tqsm HA sbb sudi singgah dan baca review SF. I really appreciated it...Harap dpt baca karya yang lebih menyengat jiwa ragaku selepas ini ye... Luv u
ReplyDelete