Penulis : Rin Ahmad
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Kaki Novel
Bilangan Mukasurat : 618
Tarikh Terbitan : 2012
ISBN : 978-967-5067-32-7
Rating : ★★★★★
Setelah membaca karya pertama penulis, aku begitu tertarik dengan kata-kata di kulit novel "Bist du mit Liebe verliebt oder liebst du der, der die Liebe erschaffen hat ? Are you in love with the idea of love or do you love the creator of love? Hatiku seperti ditarik-tarik dan ingin menyelongkar apakah isi yang terkandung dalam karya ini yang pada firasatku karya ini juga tidak akan mengecewakan aku kerana karya ini telah mendapat perhatian yang meluas dari geng goodreads. Ternyata karya ini begitu berbeza sekali dan seperti kata pepatah melayu karya ini "membuka pekung di dada" memperlihatkan keruntuhan akhlak dan perilaku anak-anak bangsaku yang bijak pandai semakin tersasar jauh bukan sahaja daripada adat dan budaya malah telah luntur iman dan pegangan agama yang tersemat di dada. Walaupun pahit umpama hempedu namun itulah kenyataan yang perlu ditelan dewasa ini.
Sinopsis
Nur Lisa, gadis pintar yang melanjutkan pelajaran ke Technical University of Munich (TUM) terperangkap menjadi roommate jejaka kacak, Syed Azri dengan sexy-smart-beard yang egonya tinggi melangit di studio kecil Pasing, Jerman. Sikap selamba Nur Lisa telah berjaya menambat hati Syed Azri yang pantang dicabar.
Berpasangan dan berkasih bukanlah tiket untuk hubungan kekal lama apabila cahaya hidayah menjengah ruang hati Nur Lisa. Bertahun hidup bersama di bumi asing merantai kaki Nur Lisa tetapi dia tegar melangkah pergi. Pergi meninggalkan semua dosa.
Impian Nur Lisa yang mendambakan lelaki yang beriman sebagai pasangan yang mampu membimbingnya lebur. Bagi Nur Lisa, sedalam mana cintanya terhadap Syed Azri, perkahwinan bukanlah penghapus dosa silam. Dipaksa berkahwin oleh keluarga yang malu apabila mengetahui kehidupan bebas Nur Lisa bersama Syed Azri di Jerman dulu menambah duka. Betullah kata orang... nak buat baik susah, nak berubah jadi baik, berganda-ganda lagi susah. Tanpa sokongan keluarga dan suami sendiri, mampukah Nur Lisa tegap berdiri di jalan yang telah dipilihnya? Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-Nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur Lisa?
Ulasan :
Di sebalik kisah yang syahdu ini ia membuktikan kepada kita alangkah ruginya jika seorang hamba kehilangan kasih Allah, dia akan hilang segala-galanya. Walaupun kita berdosa sebanyak bintang di langit, sebanyak debu di gurun atau sebanyak buih di lautan, yakinlah kasih sayang Allah dan keampunannya terlalu luas. Yakinlah di sebalik semua yang terjadi dan berlaku kepada kita itu ada hikmah dan nikmat yang akan kita syukuri satu masa nanti. Walaupun penulis menceritakan tentang kisah pergaulan bebas watak-watak utama secara jelas dalam karya ini namun aku kira secara tidak langsung kisah ini juga sebagai kiasan untuk memperlihatkan kepada pembaca bahawa inilah keadaan sebenar yang terjadi kepada segelintir anak bangsa melayu yang menimba ilmu di perantauan yang hilang jati diri dan semakin nipis iman yang diharap menjadi pelapis dan pejuang agama, bangsa dan negara. Syabas dan tahniah serta ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada penulis ini kerana berani menggarap kisah ini dan berkongsi karya hebat ini untuk dijadikan tauladan kepada para pembaca.
Secara peribadi, aku dapati banyak maklumat dan persoalan sebagai seorang hamba-Nya, sebagai isteri dan sebagai anak dikupas dengan begitu sempurna sekali dalam karya ini. Juga, banyak ilmu rumahtangga dan tanggungjawab isteri yang boleh dijadikan sebagai ikutan, panduan dan pengajaran untuk membimbing suami ke jalan yang diredhai oleh ALLAH swt dengan penuh helah manja menggunakan sepenuhnya kuasa wanita dengan cara yang taat. Sejujurnya aku mengakui ayat-ayat dalam karya hebat ini yang mengatakan memang benar ramai orang yang bertemu hidayah jauh di rantau orang, kerana di sana hati cepat menjadi sunyi, menjadi walang dan mudah tersentuh. Paling penting, di tempat orang senang nak membezakan baik dan buruk. Jelas perbezaannya. Di tempat sendiri kadang-kadang nur ilahi terkambus antara adat dan budaya, terselimut antara yang fasik dan yang benar.
Highly Recommended Book kepada yang berkeinginan untuk berubah dan menemui Pencipta juga kepada yang akan bergelar ISTERI. Jangan pernah berhenti berdoa kerana doa seorang isteri itu akan makbul jua, insya-Allah. Buatlah apa saja asalkan niat kita kerana Allah dan untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. Ya Allah tetapkan imanku dan bimbinglah aku agar sentiasa mengerjakan amal soleh dan sentiasa taat dan menjadi isteri yang solehah, semoga dipermudahkan insya-Allah. Amin.
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
"...Sometimes the bad things that happen in our lives put us
DIRECTLY
in the path of the BEST things that will ever happen to us ..."
" Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hamba-Nya
di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat,
sedangkan hamba-Nya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah istidraj "
Rasulullah SAW bersabda :
" Ketika kamu mahu tidur bertasbihlah sebanyak 33 kali , bertahmid 33 kali dan bertakbirlah 33 kali. Sesungguhnya zikrullah memberi kekuatan jiwa dan membantu menanggung segala penderitaan hidup dan Allah akan sentiasa bersama orang yang basah bibirnya dengan zikrullah "
Allah berfirman dalam satu hadis qudsi.
Innamal a'malu bil niat
Setiap amal tergantung pada niat
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Rin Ahmad
Rasulullah SAW bersabda :
" Ketika kamu mahu tidur bertasbihlah sebanyak 33 kali , bertahmid 33 kali dan bertakbirlah 33 kali. Sesungguhnya zikrullah memberi kekuatan jiwa dan membantu menanggung segala penderitaan hidup dan Allah akan sentiasa bersama orang yang basah bibirnya dengan zikrullah "
Allah berfirman dalam satu hadis qudsi.
Innamal a'malu bil niat
Setiap amal tergantung pada niat
Bist du mit Liebe verliebt oder liebst du der,
der die Liebe erschaffen hat ?
Are you in love with the idea of love or
do you love the creator of love?
Untuk Semua Dosaku
Fuer alle meine Suenden
... Jay Jay & Dayangku Intan - Kita Insan Biasa ~ gambaran hati Lisa ...
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Rin Ahmad