Penulis : Raihan Zaffya
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Karangkraf Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 520
Tarikh Terbitan : 2012
ISBN : 978-983-124-784-6
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA aku telah diberi kesempatan
dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya yang sungguh hebat
ini. Rindu Syahadah-MU adalah karya pertama penulis hebat ini
yang baru sahaja aku baca. Karya hebat ini boleh di kategorikan sebagai novel tarbiah dan kisah ini
boleh dijadikan sebagai iktibar dan panduan hidup para pembaca. Penulis berjaya memperlihatkan kepada pembaca apakah
tanggungjawab sebenar seorang khalifah di atas muka bumi Allah ini.
Dan setiap perkara yang kita lakukan di atas muka bumi ini niatkanlah hanya kerana ALLAH. Niat begitu penting untuk menjalin perhubungan manusia dengan-NYA. Sentiasa menjaga iman dan akidah kita. Perlu jaga niat, ucapan dan perbuatan.Nyawa itu pada setiap detik boleh terpisah dari badan.
Orang yang beriman akan terima apa saja qadak dan qadar yg ALLAH sudah aturkan. Akan ada terlalu banyak tipu daya di akhir zaman ini. Sentiasa meletakkan ALLAH di dalam hati dan sentiasa memastikan segala tindak tanduk kita
mesti berpegang teguh pada apa yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Setiap Muslim yang mukmin mesti mempertahankan kedua-duanya daripada dicela oleh musuh-musuh Islam. Kita mesti ada ilmu dan jihad menentang nafsu dalam diri sendiri. Jadilah hamba yang merendah diri kepada TUHANnya. Jadilah umat yang bangga akan Rasulullah s.a.w. Insya-ALLAH kemana saja kita pergi, kita akan selamat. Dan kita harus akur bahawa ujian ALLAH ditimpakan adalah kerana kasih sayang-NYA. Kita diuji dan diturunkan rahmat agar kita sedar bahawa kita masih diberi peluang untuk memperbaiki diri.
Kisah tentang Qistina Alia gadis
berdarah Inggeris merasakan ada sesuatu yang pincang dalam kehidupannya.
Kemewahan yang melimpah tidak memberi makna buatnya. Dia perlukan kasih
sayang ibu bapanya yang tidak pernah ditemui sejak 19 tahun. Lantaran
itu, dia nekad untuk mencari jawapan siapa ibu dan ayahnya yang sebenar.
Dalam
pencariannya, Qistina terpaksa melalui pelbagai konflik yang menguji
diri. Paling hebat apabila keimanannya menjadi taruhan oleh orang yang
tidak dikenali. Gadis yang masih rapuh iman itu cuba untuk bertahan.
Hinggalah suatu ketika, dia benar-benar tercabar tatkala diculik dan
dikurung di sebuah tempat yang terlalu asing. Di situlah, dia menyedari
bahawa akidahnya sedang dipermainkan.
Kehadiran doktor muda, Rian
Hazriq telah menjadi penguat semangat Qistina. Jejaka itu bukanlah
ustaz atau orang alim yang menjadi dambaannya, tetapi setiap kata Hazriq
yang telah mengusik perasaannya.
Ketika kehilangan Qistina yang
penuh misteri, Hazriqlah yang paling bimbang. Dia berusaha untuk mencari
gadis itu. Ada sesuatu yang mahu disampaikan kepadanya. Ia adalah
tentang suara hatinya. Hazriq amat gusar seandainya semua itu telah
terlewat...
Di sebalik kisah yang sungguh meruntun jiwa ini, aku cuba menghayati
mutiara indah yang cuba disampaikan oleh penulis bahawa sebagai seorang Muslim, kita perlu berpegang teguh pada Rukun
Iman. Qada' dan Qadar Allah adalah satu perkara yang perlu diyakini. Di
sebalik semua ketentuan pasti ada hikmah yang tersembunyi. Membaca
setiap baris ayat dari karya ini bukan
sahaja buat aku sebak, malah banyak menyedarkan dan menginsafkan aku.
Dan aku terasa seperti berada di dalam watak Qistina dan sungguh
terkesan
hingga ke lubuk hatiku yang paling dalam. Sejujurnya aku mengakui aku
juga telah banyak melakukan dosa dan masih banyak kekurangan diri ini.
Masih banyak tanggungjawabku yang tidak
terlaksana dan perlu diteruskan walau sebesar mana sekalipun
ujian dan dugaan duniawi yang perlu aku tempuhi. Sememangnya
Allah sentiasa mendahului segala perancangan dan sebagai manusia kita
harus pasrah menerima aturan takdir-Nya. Kekecewaan yang pernah kita
lalui mungkin akan menjadi satu nikmat yang akan kita syukuri satu masa
nanti.
Subhanallah. Setinggi-tinggi penghargaanku dan ucapan terima kasih yang
tak terhingga kepada penulis hebat ini kerana telah berkongsi karya hebat ini
dan berjaya menghasilkan karya yang sungguh mantap sehingga
menggetarkan seluruh jiwa dan ragaku. Ya
Allah kuatkan imanku, bimbing dan permudahkan aku untuk menjadi isteri yang
solehah insya-Allah dan
aku memohon keredhaan-Mu. Mudah-mudahan Allah akan pandu kita semua melayarkan bahtera
rumah tangga kita ini hingga ke syurga-Nya, insya-Allah.
' Sesungguhnya orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira ' ~ ( Surah az-Zumar 39 : 10 )
Doa mesti dipanjatkan usai bersolat. Jika tidak, itu tandanya diri adalah manusia yang sombong di sisi ALLAH.
Besar kelebihannya bagi sesiapa yang menunaikan solat subuh. Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam riwayat Muslim dan At-Tarmizi :
' Barangsiapa menunaikan solat subuh, maka mereka dalam jaminan ALLAH. Maka janganlah cuba-cuba membuat ALLAH membuktikan janji-NYA. Sesiapa yang membunuh orang yang sedang solat subuh, ALLAH s.a.w akan menuntutnya, sehinggalah DIA membenamkan mukanya ke dalam neraka.'
Dunia ini tempat ujian dan bukan tempat nak bersenang-senang. Kita kena yakin semua ujian datangnya daripada ALLAH. Mungkin kita fikir apa yang jadi pada kita paling teruk tapi kita lupa ada yang nasibnya lebih buruk daripada kita. Yang paling beruntung siapa yang selalu diberi ujian maknanya ALLAH sangat sayang pada orang itu.
Wanita yang cantik dan takwa, rumah yang luas, rezeki yang cukup dan tetangga yang soleh adalah kenikmatan yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia.
Sifat manusia selalu ada pertentangan yang menghuni di dalam diri. Selagi masih ada setitis iman, maka akan ada sedikit ingatan di dalam diri mereka kepada TUHAN. Kuatnya iman atau akidah seseorang bergantung bagaimana mereka mengendalikan dan memupuknya. Iman itu ada turun naik lakaran grafnya. Ia bukan seperti baton yang boleh diserahkan kepada orang lain dalam satu larian pantas. Iman dan akidah di dalam diri setiap insan, masing-masing bertanggungjawab membajanya dengan baik agar terus subur mekar dan bertunas sehingga setiap jiwa sanggup berjihad pada jalan Islam.
Iman itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu sabar dan syukur. Allah telah berfirman ketika memuji sifat sabar :
Jangan mencintai manusia terlalu berlebihan kerana manusia akan binasa. Cintai ALLAH lebih dari manusia dan cintailah manusia itu kerana ALLAH.
' Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.'
~ ( Riwayat Al-Bazzar )
Islam menuntut agar umatnya menyampaikan kebaikan biar hanya dengan sebaris ayat
' Redha adalah sifat makrifah dan mahabbah kepada ALLAH S.W.T. Terima dengan senang dengan apa yang ALLAH berikan, baik berupa hukum atau peraturan dan juga menerima sesuatu ketentuan yang datang daripada ALLAH. Maksudnya redha itu terbahagi kepada dua. Pertamanya, berlapang dada menerima hukum atau peraturan yang dah ditentukan. Yang kedua, berlapang dada dengan ketentuan ALLAH tentang nasib atau mengenai diri.'
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w bersabda :
' Setiap umatku akan masuk Syurga kecuali orang yang enggan. Para sahabat bertanya : " Wahai Rasulullah ! Siapakah orang yang enggan itu ? Rasulullah menjawab : " Sesiapa yang taat kepadaku maka ia akan masuk Syurga dan sesiapa yang derhaka maka sesungguhnya dia telah enggan. "
Banyak sebab yang boleh membuatkan seseorang itu jadi munafik. Antaranya orang yang mendusta dan mengingkari ayat-ayat ALLAH iaitu al-Quran. Orang yang tak nak menerima hukum-hakam ALLAH. Orang yang menuduh perempuan baik-baik melakukan zina dengan tanpa bukti dan orang yang melakukan kezaliman dengan sesuka hatinya.
Setiap gerak hati adalah aturan daripada ALLAH. DIA yang menyusun atur hati-hati manusia mengikut apa yang DIA mahu. Bila sahaja ALLAH berkata ' KUN FAYAKUN ' maka terjadilah apa yang sepatutnya terjadi.
Tubuh itu amanah ALLAH. Jangan sia-siakan. Berdosa ... akan disoal nanti. Apa yang ada pada kita ini semua dipinjamkan. Hak ALLAH.
Kitalah yang perlu bentuk dan didik diri kita untuk dekat dengan ALLAH.
Iman adalah nikmat terbesar yang ALLAH lontarkan dalam hati-hati manusia yang diingininya. Beruntung kepada sesiapa yang ALLAH telah anugerahkan.
Dua perkara pokok yang penting bagi orang Islam, pertama adalah akidah, iaitu percaya pada rukun iman. Letaknya di hati. Ia satu keyakinan yang mengikat hati manusia dari segala keraguan. Ia adalah asas atau pokok. Keduanya ialah perbuatan kita, iaitu cara-cara beramal seperti solat, puasa, zakat dan apa saja bentuk ibadah. Ia adalah cabang kepada pokok atau asas tadi.
Tidur adalah kematian kecil. Ketika itu roh dikeluarkan sebentar oleh malaikat dengan seizin ALLAH. Kemudian ALLAH memegang jiwa-jiwa orang yang sedang tidur seperti DIA memegang jiwa-jiwa orang yang telah mati. Setelah itu jiwa-jiwa itu akan dilepaskan semula bila sampai ketikanya.
Dalam Islam telah nyata tentang halal haramnya sesuatu perkara. Bila mana ada was-was di antara kedua-duanya ia telah jatuh kepada syubahah. Jika sesuatu hukum itu tidak diketahui dengan jelas, itulah yang dimaksudkan dengan syubahah.
Islam melarang kita mendoakan keburukan orang lain.
' Cukuplah ALLAH bagiku, tiada Tuhan selain dari-NYA. Hanya kepada-NYA aku bertawakal. '
~ ( Surah At-Taubah : 111 )
' Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir. ' ~ ( Surah Yusuf : 12 )
Sentiasa memberi kemaafan kepada orang-orang yang telah menyakiti kita